Friday, 1 May 2015

Ahmad Maslan akur keputusan PM

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan akur keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan tidak akan membincangkan isu kad tambah nilai yang dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata demikian mengulas mesej di Twitter PM yang mahu isu kad tambah nilai itu diberi penerangan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).


Tweet itu dihantar hari ini kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkenaan isu kad tambah nilai yang menjadi topik utama sejak beberapa hari lalu.

Berdasarkan tweet itu, Najib mahu agar sebarang pengumuman kepada rakyat mengenai isu tambah nilai hanya dibuat oleh KKMM sahaja.

Ahmad ketika ditemui mengesahkan maklumat berkenaan dan akur dengan kehendak PM dan tidak akan membincang isu itu lagi sebaliknya menyerahkan kepada KKMM.

Hmetro

Baca lagi >>

Mungkin lebih 10 000 orang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Nepal

KATHMANDU - Jumlah kematian dalam kejadian gempa bumi kuat yang menggegarkan Nepal pada 25 April lepas, boleh melebihi 10,000 orang, menurut Tentera Nepal.

"Unjuran kami ialah jumlah mangsa yang terkorban boleh melebihi 10,000 orang," kata Panglima Tentera Darat Nepal Jeneral Gaurav Sumsher Rana dalam taklimat media kepada sekumpulan wartawan kanan di Kathmandu pada Jumaat.


Setakat ini, angka kematian mencecah 6,204 orang dan 13,932 lagi dilaporkan cedera.

"Bagaimanapun, angka ini sudah tentu meningkat kerana pasukan penyelamat terus menemui lebih banyak mayat mangsa," kata Rana.

Sebanyak 161,386 rumah mengalami kerosakan termasuk 24,182 yang musnah sama sekali.   

Panglima Tentera Darat Nepal itu melahirkan rasa puas hati dengan operasi menyelamat dan bantuan tersebut.

"Kami telah melakukan yang terbaik semasa tragedi dahsyat ini walaupun mempunyai sumber yang terhad," katanya.

Beliau turut memuji masyarakat antarabangsa kerana menghulurkan bantuan kepada kerajaan Nepal dalam operasi menyelamat dan bantuan itu.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Kit Anti Histeria mula dipasarkan

PUTRAJAYA - Universiti Malaysia Pahang (UMP) melancarkan Kit Anti Histeria untuk mengubat masalah histeria yang kerap dihadapi pelajar di sekolah berasrama atau universiti.

Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan UMP, Dr Mahyuddin Ismail berkata, kit itu dihasilkan selepas melakukan kajian terhadap penyakit berkenaan selama lima tahun.


“Penyakit histeria bukan sahaja berlaku di negara ini tetapi turut berlaku di United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan dan beberapa negara lain.

“Kit ini dibuat mengikut kaedah Pusat Rawatan Al-Manarah, Rawang merawat pesakit histeria dan rasukan. Kaedah ini sudah digunakan pusat berkenaan lebih 20 tahun,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Kit Anti Histeria oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Asma Ismail di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya sudah mencuba kit tersebut di 11 sekolah di seluruh negara dan kesemua pesakit histeria berjaya disembuhkan dengan selamat.

Katanya, terdapat empat bahan di dalam kit itu terdiri daripada kayu penyepit, cecair lada hitam, cecair asid formik dan air yang sudah dibacakan ayat al-Quran.

Menurutnya, kit tersebut dijual dengan harga RM8,750 sekotak.

Katanya, harga itu termasuk kursus yang akan diberikan kepada pembeli kit tersebut.

“Kursus ini meliputi cara menggunakan kit ini dan apa yang perlu dilakukan untuk mengubati histeria,” katanya.

Mahyuddin berkata, mana-mana pihak yang ingin mendapatkan kit itu boleh menghubungi syarikat Ranum Merah Sdn Bhd sebagai pengedar yang sah.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Kerana kacang bendi, sebuah pasaraya terkenal dihadapkan ke mahkamah

SHAH ALAM - Sebuah pasar raya terkenal bakal menjadi premis pertama dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kerana menaikkan harga kacang bendi melebihi 50 peratus, empat bulan lepas.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata pasar raya yang terletak di Bangi itu akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 14(1) akta berkenaan.


Tambah beliau, pihaknya mengesan kenaikan harga sayur tersebut hasil aduan orang ramai dan mendapati pemilik pasar raya itu telah menaikkan harga sayur berkenaan pada sekitar Januari lepas.

Beliau berkata dakwaan tersebut dibuat hasil pemeriksaan lanjut yang menunjukkan harga sayur berkenaan telah dinaikkan daripada RM12 sekilogram iaitu harga pasaran yang ditetapkan kepada RM18.60.

"Pemilik pasar raya tersebut akan didakwa pada Selasa ini kerana mengaut keuntungan sebanyak RM6.60 iaitu melebihi margin sepatutnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, jika sabit kesalahan pemilik premis boleh didenda mengikut Seksyen 18(a) akta sama iaitu didenda tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan pertama atau tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan kedua.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Tindakan pantas polis pecahkan cermin kereta berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal mengalami kecederaan apabila bertindak nekad memecahkan cermin kereta bagi menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap di dalam kereta terbakar di KM 5.5 timur Lebuhraya Sprint, hari ini.

Dalam kejadian 5.45 pagi, Lans Koperal Al Alif Al Dan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields sedang melakukan rondaan bersama seorang rakannya di kawasan perumahan Medang Tanduk Bangsar, di sini sebelum menyaksikan insiden terbabit.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, anggota polis berkenaan mengalami calar dan luka kecil di kedua-dua belah tangannya, manakala pemandu kereta hanya cedera ringan.

"Hasil siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa berusia 39 tahun itu terbabas sebelum melanggar tembok lebuh raya," katanya.

Zainuddin berkata Al Alif dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sinar Harian

Baca lagi >>

Dua beradik yang gagal dikesan selepas gempa bumi di Nepal akhirnya selamat tiba di tanah air

Terpaksa bersesak dengan ribuan manusia di  Lapangan Terbang Tenzing Hillary Lukhla, Nepal sejak Isnin lepas, akhirnya dua‎ beradik wanita rakyat Malaysia yang dilaporkan gagal dikesan selepas kejadian gempa bumi kuat di negara itu pada Sabtu lalu, tiba di tanah air malam ini.

Mereka ialah Gan Siew Fern atau Jane, 27; dan adiknya Gan Siew Mei atau June, 26; yang gagal dikesan sebelum ini, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 10.27 malam ini menaiki pesawat AirAsia X, D7 193.


Jane berkata mereka yang berada di Lukhla untuk aktiviti pendakian ke kaki Gunung Everest (Base Camp) terpaksa bersesak-sesak untuk mendapatkan tiket penerbangan domestik ke Kathmandu.

"Ia satu pengalaman yang menyeksakan kerana terpaksa bersesak-sesak dengan ribuan orang dalam keadaan yang kadang-kala bekalan elektrik terputus dan talian telekomunikasi yang terhad.

"Kami menunggu sejak Isnin dan hanya hari ini kami mendapat tiket dari Lukhla ke Kathmandu dan meneruskan penerbangan ke Malaysia malam ini.

"Terima kasih kepada wakil kedutaan Malaysia di Kathmandu yang dikenali dengan nama Fadli kerana membantu kami...Tanpa pertolongan beliau, saya rasa kami tidak dapat pulang ke Malaysia lagi," katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

Kedua beradik itu ke Nepal pada 21 April dan berjaya sampai ke Base Camp sebelum berlaku gempa bumi.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.

Setakat in, tragedi gempa bumi paling buruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu dilaporkan telah mencatat kira-kira 5,000 kematian dan kira-kira 8,000 orang cedera.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Julie Dahlan meninggal dunia, Al-Fatihah

PENERBIT filem terkenal, Julie Dahlan meninggal dunia jam 7.30 malam tadi akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Memetik laporan sebuah portal, Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.


Difahamkan jenazah Allahyarhamah masih berada di hospital.

Julie atau nama sebenarnya Junaidah Dahlan, 62, menghidap pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah penglihatan.

Al-Fatihah.

Sinar Harian

Baca lagi >>