Monday, 13 April 2015

Tahniah Canon Malaysia! 12 tahun kekal sebagai pengeluar kamera nombor satu di dunia

Canon Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar kamera nombor satu di dunia dari segi jualan selama 12 tahun berturut-turut dengan barisan kamera digital boleh ubah lensa mereka (ILS) merangkumi DSLR dan kamera kompaknya tahun lalu.

Canon menghasilkan sendiri komponen utama kamera mereka seperti sensor imej CMOS, pemproses imej serta lensa boleh ubah pada kamera mereka.

Kesemua teknologi tercanggih dilengkapkan dalam seluruh produk mereka merangkumi kamera untuk profesional sehingga model untuk pengguna baru yang mana model menyeluruh terbabit memastikan Canon dapat mengekalkan kedudukan nombor satu mereka di peringkat antarabangsa.

Pada peringkat permulaan kamera DSLR pada 2003, Canon memperkenalkan model mampu milik mereka, EOS Kiss Digital atau lebih dikenali sebagai EOS 300D di Malaysia dan EOS Digital Rebel di beberapa negara lain.

Kamera DSLR yang kompak dan ringan serta berharga kompetitif ini menjadi batu loncatan kepada perkembangan pasaran DSLR. Sejak itu, Canon memperkenalkan pelbagai kamera DSLR termasuk siri EOS-1D yang dihasilkan untuk pengguna profesional serta siri EOS 5D yang membuka jalan kepada rakaman video menggunakan DSLR kerana dilengkapi sensor kerangak penuh untuk fungsi rakaman video.

Oktober tahun lalu menyaksikan Canon melancarkan model EOS 7D Mark II yang disasarkan untuk pengguna amatur yang mahukan fungsi seperti profesional.

Untuk terus memperkukuhkan kedudukan mereka, Canon memperkenalkan lima lagi model kamera awal tahun ini iaitu EOS 5DS dan 5DS R, EOS 760D (dikenali juga sebagai EOS Rebel T6s atau 8000D) dan EOS 750D serta kamera digital kompak EOS M3.

Hmetro

Baca lagi >>

Yana Samsudin tanggung suami?

DUA bulan mendirikan rumah tangga bukan bererti pelakon popular ini terlepas daripada terus menjadi perhatian peminat seni tempatan.

Walaupun rumah tangga yang dibina tampak bahagia, tetapi timbul pula khabar angin kurang enak mengenai perkahwinannya mereka.

Kerana kekerapan si suami menemani si isteri di majlis dan program-program tertentu telah menimbulkan ura-ura yang mengatakan si suami menumpang rezeki isteri sepanjang usia perkahwinan mereka.

Berkesempatan bertemu tuan punya badan pada majlis pelancaran program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang, Yana Samsudin ketika di aju pertanyaan tersebut masih mampu tersenyum dan ketawa.

Tidak mudah melenting dengan khabar angin sedemikian, ujar pelakon Wawa Semput itu, dia tidak tahu mengapa gosip sedemikian ditujukan kepadanya.

"Mungkin kerana dia sering menemani saya, mereka melihat dia seperti tidak bekerja dan ada kerjaya.

"Lagipun dia seorang yang 'low profile' dan tidak suka menunjuk apa yang dilakukannya," kata Yana mengenai suaminya Fadzil Zahari.

Jelas Yana, khabar angin mengatakan dia yang menanggung suami adalah tidak benar sama sekali.

"Semua orang hanya kenal dia sebagai adik kepada Farid Kamil, yang lain orang tidak tahu.

"Sedangkan suami saya mempunyai syarikat pengiklanan dan agensi bakatnya sendiri.

"Malah dia juga kini dalam proses menerbitkan sebuah cerekarama terbaharu di bawah syarikatnya itu untuk siaran di TV3 yang berjudul Kapal Kertas," jelasnya Fadzil adalah pemilik kepada Prokuya Studio Sdn. Bhd.

Pada masa sama, Prokuya Studio turut menguruskan beberapa selebriti terkenal tempatan seperti Diana Danielle.

Kata empunya nama Norliana Samsudin ini, bagaimanapun, bukan sepanjang masa Fadzil menemaninya.

"Adakala, jika dia perlu menguruskan Diana, dia tidak akan bersama saya. Dia juga punya urusan sendiri, tetapi bila ada kelapangan dia akan mengikut saya," katanya turut bernaung di bawah syarikat suaminya itu.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Perhatian warga kota, gangguan bekalan air di beberapa tempat pada hari Selasa dan Rabu minggu depan

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual 21 April (Selasa) depan, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, gangguan bekalan air sementara itu berikutan kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air di kawasan terbabit.

Katanya kerja penukaran injap kekupu baru bersaiz 700mm berdekatan Shell di Taman Putra Height, Shah Alam yang akan bermula 21 April (Selasa) dari jam 9.00 malam akan menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Wilayah Klang dan Shah Alam sehingga 8.00 pagi keesokan harinya (22 April).

"Kawasan-kawasan yang terlibat ialah di:
  • Putra Indah, 
  • Putra Bahagia, 
  • Putra Permai, 
  • Putra Mahkota, dan 
  • Bukit Lanchong, Shah Alam", 

katanya dalam kenyataan media, di sini.

Manakala, kerja penukaran injap kekupu bersaiz 450mm di Bulatan Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur pula bermula pada 21 April (Selasa) dari jam 9.00 malam hingga 12.00 tengah hari keesokannya 22 April.

"Kawasan yang terlibat di Wilayah Kuala Lumpur ialah di 
  • Taman Cheras Utama, 
  • Taman Pandan Perdana, 
  • Taman Cheras Indah, 
  • Taman Maju Jaya, 
  • Taman Pandan Indah, 
  • Taman Kencana, 
  • Taman Pandan Indah Komersial dan 
  • Jalan Pandan Cahaya".  


"Para pengguna dinasihatkan supaya membuat persediaan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara itu serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan air tersebut", menurut Priscilla.

Katanya, pengguna yang memerlukan maklumat berhubung kerja-kerja berjadual boleh mengakses aplikasi sistem my-Syabas yang boleh dimuat turun melalui Google Playstore dan Appstore serta di laman web rasmi Syabas di www.syabas.com.my atau melayari laman Facebook, Twitter Syabas dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas". 

Sinar Harian

Baca lagi >>

Usaha isteri mendapatkan sperma suaminya yang telah meninggal dunia membuahkan hasil

CANBERRA - AUSTRALIA. Seorang wanita telah melahirkan seorang bayi lelaki melalui kaedah 'In Vitro Fertilisation' (IVF) dengan menggunakan sperma yang diambil selepas 48 jam bapanya meninggal dunia.

Sebelum itu, ibu kanak-kanak tersebut terpaksa berjuang di Mahkamah Agung Australia untuk mendapatkan kebenaran untuk menggunakan sperma suaminya yang terbunuh dalam kemalangan motosikal.
Bayi dikandung menggunakan sperma yang diambil selepas 48 jam bapanya meninggal dunia. - Foto Alamy

Pada mulanya doktor tidak pasti sama ada prosedur tersebut akan berjaya kerana keputusan mahkamah mengambil masa selama dua hari.

Ia bukan kali pertama sperma diambil dari orang mati untuk melahirkan bayi, tetapi ia adalah 18 jam lebih lama daripada yang telah dilakukan pada masa lalu.

Pakar IVF, Steve Robson berkata, ia menjadi luar biasa untuk melibatkan diri dengan membantu seorang wanita yang mempunyai begitu banyak cinta dan keberanian.

“Sebagai sebuah kumpulan kami kagum dengan cinta yang dipunyai wanita ini dan mempunyai daya tahan yang luar biasa terhadap segala rintangan yang dihadapi beliau,” katanya dipetik metro.uk.

Bagaimanapun, wanita tersebut terpaksa pergi ke Canberra dari Adelaide untuk menjalankan prosedur berkenaan kerana prosedur ini diharamkan di Adelaide.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Hudud bukan isu politik, ia tanggungjawab umat Islam

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Terengganu menganggap pelaksanaan hukum hudud menjadi agak sukar disebabkan mentaliti sesetengah pihak yang menganggapnya sebagai isu politik.

Ketuanya, Kamaruzaman Abdullah berkata, pelaksanaan perundangan syariah yang diperjuangkan sejak sekian lama itu tidak seharusnya dilihat sedemikian kerana ia merupakan hukum tuhan yang tidak perlu dipersoalkan.


Menurutnya, mentaliti sedemikian tidak akan membawa penyelesaian yang baik dan bersifat lebih islamik terutama dalam membentuk pembinaan sahsiah masyarakat di negara ini.

“Ini bukan isu politik, tetapi tanggungjawab umat Islam. Keadaan ini tidak akan menjawab sebagai orang Islam. Disebabkan negara kita demokrasi, untuk buat hudud, (parti Islam) kena berkuasa,” katanya.

Kamaruzaman menjelaskan, perjuangan dibawa Pas itu adalah perkara lama yang diulang-ulang bagi memastikan perundangan Islam tertegak di negara ini.

Katanya, hukum hudud pernah dimanipulasikan pihak tertentu sehingga rakyat tersalah anggap berhubung perundangan yang jelas termaktub dalam al-Quran itu.

Mengenai pembentangan Rang Undang-undang Persendirian bagi Kelantan di Parlimen bagi membolehkan hukuman hudud dilaksanakan, beliau berkata, orang Islam wajib memberi sokongan kepada usaha itu.

“Isunya adalah orang Islam. Kalau mereka faham berhubung pelaksanaan hudud ini, mereka wajib sokong,” katanya.

Katanya, jika undang-undang hudud tidak berjaya mendapat sokongan majoriti ahli parlimen, Pas tetap tidak akan berputus asa dan berganjak daripada perjuangan sebelumnya.

“Bagaimanapun, kita tidak paksa mana-mana pihak sama ada hendak sokong atau tidak. Kita serahkan kepada ALLAH,” katanya.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Ancaman dunia siber kita selalu buat tak endah

KEADAAN di dalam rumah senyap-sunyi. Di meja makan, anak perempuan berusia 16 tahun sibuk dengan laptop lama, mungkin melayari Faceook atau Instagram atau apa sahaja halaman sosial yang sedang menjadi kegilaan buat masa kini.

Sementara adik lelakinya yang berusia 10 tahun menghabiskan masa di dalam biliknya.

Ibu bapa berfikir mungkin anak lelakinya itu sedang tidur atau leka dengan permainan di tabletnya.

Apa pun, senario ini melegakan ibu bapa kerana anak mereka ada di dalam rumah dan dalam keadaan selamat.

Ibu bapa yang beranggapan begini diharap berfikir semula!

Mungkin benar anak ada di rumah tetapi gajet yang ada di tangan mereka itu adalah ‘pintu’ kepada dunia yang lain.

Pintu itu membuka laluan kepada pelbagai kemungkinan dan mendedahkan mereka kepada orang asing serta kenalan yang berniat jahat.

Tambahan, mereka juga terdedah kepada pelbagai visual dan maklumat yang tidak disaring.

Baik buruk internet

Memang tidak dapat dinafikan Internet memberi banyak manfaat kepada manusia.

Mereka boleh mengakses sebanyak mungkin maklumat, kebudayaan, komunikasi serta hiburan.

Peluang ini sudah tentu menggalakkan daya kreativiti dan melahirkan peluang dalam setiap sudut kehidupan.

Malangnya, Internet juga mempunyai keburukan kerana ia mengandungi ancaman terutamanya kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

Pembuli siber, pornografi, keganasan, penderaan perkauman dan penipuan kini adalah ancaman serius bagi mereka yang melayari Internet.

Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dipetik sebagai berkata, “ ancaman itu adalah benar.”

Menurut Rohani, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia telah memaklumkan kepada beliau kes bunuh diri dan membahayakan diri sendiri yang melibatkan kanak-kanak akibat buli siber serta ketagih permainan siber.

“Ini adalah ancaman serius tetapi kita selalu buat tak endah. Kanak-kanak pada usia muda telah terdedah kepada bahaya ini yang mungkin juga boleh membahayakan nyawa mereka atau menyebabkan kemurungan,” katanya.

Didik anak

Ibu bapa perlu sedar risiko-risiko ini dan selalu perhatikan anak mereka sewaktu mereka dalam talian.

Bagaimanapun, dalam situasi ini dengan gajet yang serba-serbi canggih, kemampuan ibu bapa untuk melindungi anak mereka juga terbatas.

Kanak-kanak mengguna telefon mobil atau gajet lain hampir saban waktu untuk mengakses media digital dan ini menyukarkan ibu bapa memantau kegiatan mereka.

Phenny Kakama, Pegawai Kanan Perlindungan Kanak-Kanak UNICEF, menegaskan kanak-kanak sendiri perlu memainkan peranan penting dalam soal keselamatan dalam talian.

Kanak-kanak perlu tahu untuk melindungi diri mereka serta rakan sebaya mereka.

“Kanak-kanak perlu tahu risiko dan bagaimana untuk mengelakkannya. Mereka perlu kemahiran untuk membuat pilihan dalam kegiatan ruang siber dan saling bantu-membantu,” katyanya.

Phenny percaya kanak-kanak juga berperanan sebagai pendidik rakan sebaya, mentor dan penasihat.

“Bagaimanapun, orang dewasa perlu menyediakan rangka kerja bagi menjamin persekitaran dalam talian yang lebih selamat,” tambahnya.

Tanggungjawab, penggunaan positif internet

Dengan 17.5 juta pengguna Internet di negara ini, ibu bapa dan anak perlu dididik dan dilengkapkan dengan pengetahuan yang perlu mengenai keselamatan siber supaya mereka dilindungi apabila dalam talian.

Selaras dengan Matlamat Dasar Negara yang terkandung dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) giat mempromosi penggunaan positif Internet termasuk akses yang bertanggungjawab untuk kandungan yang bersesuaian.

“Kami maklum bentuk Internet kerap berubah dan tidak realistik untuk cuba mengawal semua orang. Kami sering menekankan pentingnya kepada pengguna mengawal diri sendiri,” kata Ketua Bahagian Jangkauan dan Penglibatan SKMM, Eneng Faridah Iskandar.

Menerusi program Klik Dengan BijakTM (KDB) yang dilancarkan pada Julai 2012, SKMM berharap dapat mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan penggunaan positif Internet di samping mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati akan jenayah siber.

Menurut Eneng, meskipun SKMM tidak mengendalikan kes yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa atau pelaku jenayah dalam talian yang serius, pihaknya ada menerima sejumlah kecil aduan berkaitan dengan salah guna dalam talian melibatkan kanak-kanak.

“Dalam kebanyakan kes, kami akan memberi nasihat bagaimana untuk mengendalikan kes ini.

“Untuk maklumat anda, SKMM telah menubuhkan ‘Biro Aduan SKMM’ untuk menerima dan mengendalikan aduan berhubung perkhidmatan komunikasi dan multimedia,” kata Eneng.

Sementara itu, berhubung keselamatan kanak-kanak di alam siber, Persidangan  Serantau Mengenai Perlindungan Kanak-Kanak Secara Dalam Talian akan diadakan pada 24 dan 25 Mac di Hotel Marriot Putrajaya.

Antara lain, persidangan ini bertujuan mendidik mereka yang berkepentingan seperti ibu bapa, sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan berhubung keselamatan kanak-kanak di alam siber.

Sinar Harian

Baca lagi >>

"Saya rasa dia akan menjadi penyebab Umno kalah dalam pilihan raya, percayalah saya"- Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan teguran beliau terhadap kepincangan kepimpinan negara merupakan hak beliau untuk membetulkan keadaan.

Bagaimanapun beliau berkata pihak yang ditegur itu juga mempunyai hak sama ada mahu menerima atau menolak teguran dilontarkan itu.


"Kalau dia nak tolak apa-apa (teguran), dia boleh tolak, jika saya rasa dia (Najib) ada melakukan sesuatu yang salah, saya ada hak untuk tegur.

"Saya rasa dia akan menjadi penyebab Umno kalah dalam pilihan raya, percayalah saya," katanya dalam video yang dimuat naik di blog Din Turtle, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas serangan bertali-arus yang dibuatnya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak akhir ini termasuk meminta Presiden BN itu menjawab kepada rakyat tentang beberapa persoalan.

Antaranya, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian pesawat baharu kerajaan, pelaburan ratusan juta untuk filem "The Wolf of Wall Street" oleh anak tiri Najib, Riza Aziz dan kredibiliti ahli perniagaan bernama Jho Low dalam pengurusan AS$700 juta dari 1MDB.

Ditanya mengenai keupayaan Najib yang dipersoalkan dalam memimpin parti Melayu itu, beliau bagaimanapun menegaskan Umno sudah lama berpecah sejak beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti.

"Umno sudah pecah dah, Umno yang saya pimpin dulu agak kuat, kalau kita tengok dalam perhimpunan pun boleh tahu tak semangat cukup," ujarnya.

Dr Mahathir juga mendedahkan perpecahan Umno itu berpunca daripada kesetiaan kepada parti kerana harta dan kebendaan.

"Umno sekarang adalah sebab duit, ketua-ketua Umno setia sebab dia dapat sesuatu atau kontrak, yang dapat jawatan-jawatan itu semua dapat duit.

"Bila dia buat macam itu, dia pergi kepada ketua, yang lain semua macam mana? Akar umbi tau sokong saja," katanya lagi.

Sinar Harian

Baca lagi >>