Wednesday, 8 April 2015

Restoran melayu pilihan popular di bumi Zurich

‘HEBAT dan membanggakan’ apabila sebuah restoran jati anak Melayu berjaya menerobos cita rasa Mat Salleh di bumi Zurich, Switzerland sehinggakan berjaya menjadi antara restoran pilihan dan popular di bumi Eropah.

Apa yang lebih mengkagumkan restoran tersebut dinobatkan sebagai restoran nombor satu selama tiga bulan pada tahun 2014 oleh portal Tripadvisor, mengalahkan lebih 1,400 restoran sekitar Zurich.

Malahan, My Kitchen sekarang menjadi satu ikon utama restoran halal, Melayu dan makanan Asia di Eropah.
Antara pengunjung tempatan yang menjamu selera di Restoran My Kitchen.

Pemiliknya, Zamri Ismail, 49, berkata antara punca pencapaian tersebut adalah kerana cita rasa masakan Melayu asli serasi dengan selera antarabangsa.

“Roti canai, rendang, teh tarik, nasi lemak, ikan pais, sate ayam antara pilihan utama mereka. Kami benar-benar terkejut dengan sambutan tersebut, rupa-rupanya mereka suka masakan Melayu asli.

Pencapaian itu, katanya telah menyebabkan pihak akhbar tempatan Zurich dan pengkritik restoran temu ramah dia sebanyak 2 kali dan menyiarkan artikel yang berjudul ‘kenapa masyarakat perlu pergi ke restorannya’.

Restoran yang menyajikan makanan Melayu halal itu, turut menjadi pilihan semua generasi termasuk ahli korporat, pelajar dan pelancong, selain kerabat diraja yang melawat Zurich.

“Ada yang terkejut ada restoran anak Melayu di Zurich, terutama pelancong dari Malaysia.

“Selain itu pengunjung ke restoran kami adalah warga antarabangsa dari seluruh pelusuk dunia dan ada yang belum melawat Malaysia atau merasa makanan Malaysia. Mereka kagum dengan konsep ‘we make you feel at home’,” katanya.

Dalam pada itu katanya, selain masakan utamanya seperti nasi lemak, dia turut menyediakan kuih-kuih tradisional Melayu.

Kuih ketayap dan sagu gula melaka menjadi kegemaran masyarakat antarabangsa sebagai pilihan pencuci mulut.

My Kitchen ditubuhkan pada tahun 2008 di bumi Zurich bermula dengan konsep 'take a way' dan ianya diubahsuai pada awal 2014 kepada konsep restoran atas permintaan pelanggan setia.

Pasangan yang telah lebih 17 tahun mencari rezeki di bumi Switzerland turut berkongsi pengalaman pelanggan mereka menerusi laman Facebook 'My Kitchen Zurich'.

Bagi pemiliknya, sebagai anak Melayu dan Malaysia dia berbangga dengan pencapaiannya dan berharap anak Melayu lain di tanah air menanam ‘niat’ yang sama dengannya.

Baginya, anak Melayu boleh berjaya walau di mana mereka berada, yang penting kesungguhan dan semangat yang tinggi.

Malaysia boleh!

Sinar Harian

Baca lagi >>

1MDB tak muflis

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini menafikan syarikat pelaburan strategiknya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah muflis.
   
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu tidak seharusnya timbul kerana syarikat berkenaan telah berjaya melunaskan hutangnya sebanyak RM2 bilion kepada dua institusi kewangan pada 13 Febuari lepas.   

"1MDB telahpun melunaskan hutang sebanyak RM2 bilion dengan Maybank dan RHB pada 13 Februari 2015 mengikut syarat-syarat perjanjian pinjaman.   

"Sedemikian itu tidak timbul isu 1MDB sudah muflis," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, dalam satu jawapan bertulis kepada Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) di Dewan Rakyat di sini.   

Chuan Aun meminta Menteri Kewangan menjelaskan sama ada 1MDB sebenarnya sudah muflis kerana tidak berupaya membayar balik mengikut jadual berkontrak bagi pinjamannya sebanyak RM2 bilion daripada Maybank. -

Sinar Harian

Baca lagi >>

Macam-macam! Pergi IKEA untuk tidur je

BEIJING - CHINA. Syarikat perabot popular, Ikea kini melarang pelanggan daripada tidur di perabot-perabot yang dipamerkan di gudang-gudang jualan mereka di China.

Menurut Yahoo News, larangan berkenaan dibuat selepas terdapat sejumlah besar 'pelanggan' datang hanya untuk menikmati penghawa dingin dan keselesaan perabot dan langsung tidak membuat sebarang pembelian.


Sebelum ini, Ikea Beijing membuka bilik pameran tambahan dan menjemput pelanggan yang kepenatan untuk 'tidur sebentar' di atas sofa dan katil.

Namun, aktiviti berkenaan menjadi serius dan mengurangkan jumlan pelanggan yang berpotensi untuk membeli barang di gudang-gudang pameran.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Syukur bukan duit GST rakyat yang digunakan untuk membeli kereta BMW 5 Series dan 7 Series ini

BMW Group Malaysia menafikan dakwaan yang mengatakan kerajaan membeli beberapa kereta mewah BMW 5 Series dan 7 Series.

Sebaliknya, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, kereta dengan nombor pendaftaran jata negara itu adalah kenderaan rasmi yang akan digunakan untuk Sidang Kemuncak Asean 2015 ke-26, ditaja sepenuhnya oleh syarikat itu.

“Kereta berkenaan tidak dibeli oleh kerajaan persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Menurutnya, kenderaan itu akan digunakan dalam Sidang Kemuncak Asean 2015 ke-26 di Kuala Lumpur dan Langkawi dari 24 hingga 28 April 2015.

“Kesemua BMW 5 Series dan BMW 7 Series itu akan digunakan untuk delegasi dan tetamu terhormat sepanjang persidangan itu,” jelasnya.

Terdahulu, dalam satu sidang akhbar di Lobi Parlimen, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli meminta penjelasan kerajaan berhubung dakwaan pembelian enam kereta mewah BMW 7 Series oleh kerajaan yang dipasang nombor plat jata negara.

Rafizi mendakwa, kereta tersebut berada di cawangan BMW Bandar Puteri, Puchong dan meminta pihak BMW mengesahkan perkara berkenaan.

Katanya, beliau mendapat maklumat dan gambar-gambar berkenaan sekitar jam 7 hingga 10 pagi tadi.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kakitangan dan pekerja di cawangan itu, kenderaan itu milik kerajaan. 

“Mengukuhkan lagi spekulasi itu apabila kenderaan itu tidak mempunyai nombor pendaftaran sebaliknya hanya mempunyai jata negara,” katanya.  

Namun Rafizi mengakui, beliau tidak mengetahui tujuan pembelian kenderaan berkenaan.

Sementara itu, sebaik pendedahan dibuat oleh pihak BMW, Rafizi kemudiannya memuat naik posting terbaharu di laman sosial Facebooknya untuk memaklumkan perkara itu. 

“Saya telah dimaklumkan bahawa BMW Malaysia menyatakan enam kereta BMW yang dipaparkan ditaja oleh BMW bagi persidangan Asean.

“Terima kasih kepada orang ramai yang mengambil gambar dan lain-lain; syukur bukan duit GST rakyat yang digunakan untuk membeli kereta-kereta ini,” katanya.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Mengejutkan, pelayan restoran berubah 100%, melayan dan mempelawa Josh untuk menikmati makanan di restoran mereka

BINTANG YouTube, Josh Paler Lin diberitahu bahawa layanan antara satu sama lain berbeza mengikut taraf.

Beliau kemudian bertindak merekod sebuah video 'prank' untuk memastikan sendiri perkara tersebut.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik ke Youtube pada 23 Mac lepas, Josh menyamar sebagai seorang pengemis dan pergi ke beberapa buah restoran.
Sedutan Video eksperimen yang dimuatnaik oleh Josh Paler Lin

Tidak mengejutkan, beliau kemudiannya dihalau oleh pengurus restoran.

Josh kemudian datang kembali ke restoran-restoran berkenaan berpakaian kemas sambil  memandu sebuah kereta Ferrari.

Mengejutkan, pelayan-pelayan restoran tersebut berubah 100 peratus, melayan dan mempelawa Josh untuk menikmati makanan di restoran mereka.

Josh bagaimanapun bertindak memerli dan menghentam pelayan-pelayan tersebut tentang cara layanan mereka yang bermuka-muka dan memilih kasih.

Sehingga kini, sudah lebih enam juta pelayar menonton video tersebut.

Kebanyakannya tidak bersetuju dengan cara Josh melakukan 'eksperimen'.

"Saya tak setuju dengan (cara) ini. Itu dipanggil sebagai 'dress code'.

"Tiada siapa mahu makan berdekatan orang berpakaian kotor, tidak berkasut dan berkaki busuk!," kata seorang pelayar.

"Saya faham apa yang kamu cuba sampaikan, namun restoran-restoran berkenaan adalah 'high class' dan eksklusif. Cuba kamu buat eksperimen kamu di restoran-restoran biasa," kata bekas pelayan restoran, Elisabeth.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Caj perkhidmatan tidak lagi relevan - Datuk Seri Alias Ahmad

Caj perkhidmatan yang diamalkan kebanyakan restoran dan hotel di negara ini bagi menggantikan konsep memberi tip, dilihat tidak lagi relevan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Alias Ahmad.

Katanya, caj perkhidmatan bukan sesuatu yang wajib dikenakan pengusaha hotel dan restoran dengan mengambil contoh Carlton Holiday Hotel, Shah Alam yang tidak mengenakan caj berkenaan kepada pelanggan mereka.

Alias berkata, kutipan caj perkhidmatan itu juga berkemungkinan tidak disalurkan kepada pekerja.

"Tidak semua pengendali restoran dan hotel yang mengenakan caj perkhidmatan mengamalkan konsep sama seperti 'tipping' dengan memberi wang yang dikutip itu kepada pekerja mereka...ini salah," katanya dalam sidang media berkenaan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) (Antipencatutan) di sini, hari ini.

Beliau berkata caj perkhidmatan juga tidak wajar dikenakan memandangkan dasar gaji minimum telah dilaksanakan sejak Januari tahun lepas.

Alias berkata, kerajaan dalam proses mengeluarkan polisi baharu berkaitan caj perkhidmatan berkenaan dan peniaga harus mempamerkan notis perjanjian bersama di premis mereka berkenaan caj yang dikenakan.

Katanya negara maju seperti Amerika Syarikat, Mexico dan Emiriah Arab Bersatu, tidak lagi mengamalkan konsep 'tipping'  di negara mereka.

"Banyak negara telah berubah," katanya.

Dalam pada itu, Alias berkata, tujuh kesalahan membabitkan aktiviti pencatutan, tidak meletakkan tanda harga dan tanda harga mengelirukan dikesan hasil pemeriksaan ke atas 98 restoran dan 37 hotel.

"Notis telah dikeluarkan kepada mereka dan tempoh tujuh hari diberikan untuk mereka menjawab notis tersebut sebelum siasatan dilakukan," katanya.

Alias berkata sepanjang seminggu pelaksanaan GST, sejumlah 320 notis telah dikeluarkan kepada peniaga untuk mendapatkan penjelasan dan justifikasi punca kenaikan harga atau caj perkhidmatan yang tidak munasabah di pasaran.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat - Tun Dr Mahathir

1. SAYA tidak tawar untuk menolong sesiapa untuk mengatasi apa-apa masalah.

2. Dalam blog saya, saya tidak menuduh Datuk Seri Najib melakukan apa-apa jenayah. Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat.

3. Saya akui di masa saya juga ada kehilangan wang negara. Tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang. Kerugian yang dialami oleh Perwaja diketahui. Demikian juga dengan salah urus Bank Bumiputra oleh pengurusannya. Maminco rugi kerana London Metal Exchange memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli. Ini diputuskan untuk menyelamat penjual yang tidak ada timah. Malaysia sebagai pembeli mengalami kerugian.

4. Saya ingin penerangan berkenaan bagaimana Konsortium Perkapalan dan Forex merugikan Kerajaan dan bagaimana saya terlibat dalam perkara ini.

5. Yang nyata ialah negara tahu di mana pergi wang yang dilabur semasa saya. Dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi. Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui ke mana.

6. Hari ini nilai Ringgit jatuh sebanyak 70 sen. Tiap satu Ringgit jatuhnya matawang kita, negara, Kerajaan dan rakyat kerugian berbillion. Kejatuhan sebanyak 70 sen pun merugikan berbillion Ringgit juga.

7. Tetapi apabila Ringgit diselamatkan dari penyangak matawang, berbillion Ringgit duit Kerajaan diselamatkan. Dan ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998. Lupakan sahajalah peristiwa ini kerana ia berlaku di zaman saya.

8. Tetapi dalam kes 1MDB, tidak ada jawapan yang munasabah berkenaan 42 billion Ringgit yang dihutang. Kenapa bayar lebih 10 peratus komisyen kepada Goldman Sachs hanya kerana menjual bond atau membuat pinjaman bagi Kerajaan. Kenapa faedah 5.9 peratus dikenakan, satu faedah yang amat tinggi.

9. Disoal juga peranaan Jho Low. Siapa dianya yang diberi kepercayaan mengendali wang 1MDB berbillion-billion ringgit milik syarikat Kerajaan? Tidak ada persamaan antara Jho Low dengan Daim yang saya lantik sebagai menteri.

10. Di mana datangnya ratusan million Ringgit untuk membeli bangunan-bangunan dan melabur dalam filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Datuk Seri Najib.

11. Saya bukan tuduh Datuk Seri Najib. Saya bertanya beberapa soalan kerana hutang berbillion ini akan ditanggung akhirnya oleh rakyat. Jawapan tidak juga diberi oleh mereka yang mengecam saya selain daripada berkata saya punyai kepentingan atau saya juga buat kerja yang sama.

12. Apabila saya letak jawatan satu usaha dibuat untuk mendapat bukti saya lesapkan duit Kerajaan. Kalau hendak buat siasatan lagi, saya tidak ada halangan.

Dahulu sokong, kenapa tidak sekarang?

13. Pembaca portal “Free Malaysia Today”, Izack Chin bertanya kenapa saya dahulu sokong Dato Seri Najib supaya mengganti Tun Abdullah. Pada masa itu Najib ternampak bersih. Sekarang ada syak wasangka dikalangan orang ramai yang tidak terjawab..


14. Sudah lapan tahun berlalu kenapa bangkit perkara ini? Ini bukan masalah lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh. Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.

15. Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul dan rakannya.

Temasek and 1MDB

16. Salleh Said Kruak compares Low Taek Jho and my critic of him with the criticism against me regarding Ananda Krishan’s involvement in Petronas and the appointment of my friend Daim Zainuddin as Finance Minister. I really do not see any similarity.

17. Ananda Krishnan bought the race course in Jalan Ampang. He could develop this prime land by himself. But he decided to sell one half share of the 100 acres land to Petronas and developed it together. Later he sold his tower to Petronas. What is wrong with that? Petronas made tons of money from the project.

18. There is no similarity at all between Temasek of Singapore and 1MDB. Temasek did not lose money but money borrowed by 1MDB has disappeared.

19. 1MDB is not excess fund belonging to the Government. 1MDB borrowed all its billions. Borrowed money cannot be regarded as wealth. So far the only asset owned by 1MDB are the pieces of land bought from the Government at a price very much below market price. They have been highly revalued. But until they are sold, they cannot be used to pay the 42 billion the 1MDB borrowed. They cannot even pay the interest.

20. As for the comment that it is unfair for me to ask Najib to step down as he was elected through democratic process, I would like to remind Datuk Jamal (Md Yunos) that Tun Abdullah was also elected but Najib was partly instrumental in asking him to step down.

21. With regard to my political agenda, what is wrong with that? A Prime Minister must be seen to be clean and able to explain and answer questions and to be good for the country. Najib cannot even answer and has not answered any question, beyond exercising elegant silence or saying the allegations are not true.

22. There is also an attempt to divert attention from my question by saying that I am siding with the opposition, even that I have become leader of the opposition.

23. If saying something that is similar to the opposition makes me aligned with the opposition, then Najib must be more with the opposition than me because he agreed with the opposition to abolish the ISA, the prevention of crime law and ignore the NEP. He also wanted to abolish the Sedition Act as demanded by the opposition. If Umno did not object the Sedition Act would have been abolished. So is Najib a member of the opposition?

24. I am still an Umno member. My disagreement is with the leader, not with the party. I criticised the leader, not the party. It is simply because I want to see the party win. It will not win if Najib is the leader.

25. I had great hopes when Najib took over from Abdullah.

26. But he did even worse than Abdullah, losing more badly in Selangor where he was the Head of Umno. Thre are so many scandals surrounding him now. His popularity is now even lower than when he led the BN in 2013. In a number of constituencies the margins won by Barisan Nasional (BN) are very narrow.

27. Sabah and Sarawak, are now no longer safe, no longer BN’s fixed deposits.

28. Is it too absurd to predict defeat for the BN in 2018.

29. As for my sons, if I had wanted them to succeed in politics I could have done so when I was Prime Minister. If they succeed it will be by their own effort. If the people don’t like them they will not get this support.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Sinar Harian

Baca lagi >>