Thursday, 26 March 2015

Hutang 1MDB dengan bank tempatan berjumlah RM5.037 bilion - PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan bank-bank tempatan berjumlah sebanyak RM5.037 bilion.


"Sehingga Januari 2015, jumlah hutang 1MDB dengan bank-bank tempatan adalah sebanyak RM5.037 bilion," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang diedarkan di lobi Parlimen di sini, hari ini. 

Mohd Rafizi dalam soalannya meminta Menteri Kewangan menyatakan setiap hutang 1MDB dengan bank-bank tempatan sehingga Januari 2015 dan keputusan audit tahunan terkini yang dibuat Bank Negara Malaysia bagi setiap hutang tersebut.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Awas emel palsu promosi Airasia Mac 2015 yang menjanjikan habuan RM130,000

AIRASIA Group hari ini mengesahkan penyebaran emel palsu Program Promosi AirAsia Mac 2015 dari AirAsia Singapura yang menjanjikan habuan wang tunai lumayan.

Sambil mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan penipuan itu, AirAsia dalam satu kenyataan, berkata emel palsu itu mengaitkan penerima terpilih sebagai pemenang bertuah wang tunai RM130,000 daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes.

Sehubungan itu, syarikat itu telah membuat laporan polis mengenainya.

"Kami ingin menjelaskan serta mengesahkan bahawa penyebaran itu adalah satu penipuan yang menggunakan jenama AirAsia tanpa kebenaran bagi mengumpan  masyarakat awam untuk menyertai skim palsu berkenaan.

"Kami tidak pernah menggunakan pihak ketiga dalam penganjuran aktiviti kami dan sebarang pengumuman rasmi akan dibuat menerusi saluran rasmi dan sumber  oleh dipercayai seperti media massa dan media sosial.

"Sehubungan itu, kami menasihat masyarakat agar tidak mengendahkannya dan AirAsia tidak akan bertanggungawab ke atas sebarang dakwaan berkenaan skim  palsu itu," kata syarikat tambang rendah itu dalam satu kenyataan.

Malah, AirAsia menegaskan, ia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menganjurkan skim  haram menggunakan jenama AirAsia.

Katanya, sebagai syarikat yang dikenali di Malaysia dan rantau ini, jenama AirAsia sering disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menipu masyarakat. 

Sinar Harian

Baca lagi >>

Sekitar majlis perkahwinan Najwa Tan Sri Muhyiddin Yassin

Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Noorainee Abd Rahman, Najwa, 28, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Idris Koh Keng Hui, 29, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Sri Satria, di sini, pagi tadi.


Idris Koh Keng Hui, 29, menyarungkan cincin kepada Najwa, 28.

Menurut kenyataan pejabat Timbalan Perdana Menteri, mereka dinikahkan oleh Muhyiddin di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat dan Khatib Dr Sirajuddin Suhaimee pada 11.40 pagi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menikahkan sendiri anak perempuannya
Muhyiddin turut memuat naik gambar majlis pernikahan itu di Facebooknya serta memberi nasihat kepada anak dan menantunya.

Pasangan Idris Koh Keng Hui, 29, dan Najwa, 28, bergambar bersama ibu bapa pengantin lelaki, Chiam Juat Wah dan Koh Lai Poo.

"Kepada Idris dan Najwa, selamat menempuh alam rumah tangga. Najwa, jadilah seorang isteri yang solehah, berilah ketaatan kepada suami, jagalah budi pekerti dan akhlak sebagai seorang isteri serta taatilah Allah sepanjang hidupmu," katanya.

Pengantin bergambar dengan kedua-dua belah ibu bapa
Kira-kira 300 tetamu menghadiri majlis pernikahan itu termasuk ibu dan bapa pengantin lelaki, Chiam Juat Wah dan Koh Lai Poo serta ahli keluarga pengantin kedua-dua pihak dan sahabat.

Hmetro

Baca lagi >>

Penggali kubur pengsan apabila penutup keranda tiba-tiba terbuka ketika hendak dikebumikan

GELSENKIRCHEN - JERMAN. Seorang penggali kubur pengsan selepas terkejut apabila penutup keranda tiba-tiba terbuka dan kemudiannya mendengar 'mayat' bertanyakan di manakah dia berada.

'Mayat' wanita warga emas yang berusia 92 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh doktor di rumah orang-orang tua dan kemudiannya dibawa ke tempat pengebumian untuk disemadikan.

Anehnya, dia 'hidup semula' sebelum dikebumikan dan membuatkan penggali kuburnya pengsan.

Pengurus rumah pengebumian kemudiannya menemui wanita tua tersebut berbaring dalam keranda dengan kedua-dua mata terbuka sebelum membawanya ke hospital.

Dia turut memeriksa nadi wanita berkenaan dan mendapati dia masih hidup.

Memetik laporan Mirror.uk, polis sedang menjalankan siasatan ke atas jururawat dan doktor yang mengesahkan kematian wanita tersebut.

Menurut laporan, wanita itu ditemui di tempat tidur di rumah orang-orang tua oleh penjaga, dan dia menyangka wanita tersebut sudah tidak bernafas.

Seorang doktor telah dipanggil dan kemudiannya mengesahkan wanita berkenaan telah meninggal dunia sebelum dia dibawa pergi oleh seorang pengurus mayat.

Sementara itu, pengurus rumah orang-orang tua tersebut, Lother Burger berkata ini adalah sesuatu yang tidak dijangka dan sukar untuk diterangkan.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Kerajaan lantik 7 buah bank kutip GST mulai 1 April ini

KERAJAAN melantik tujuh bank yang akan bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mengutip cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, bank terbabit ialah RHB Islamic Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, Public Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Bhd dan Hong Leong Islamic Banking Bhd.
Khazali (lima, kiri) pada majlis menandatangani perjanjian antara Jabatan Kastam dangan tujuh bank pemungut cukai GST, semalam

“Bank-bank yang dilantik ini bukan ejen memungut cukai bagi Kastam sebaliknya ia menyediakan kemudahan pembayaran. Bayaran itu akan masuk ke akaun JKDM,” katanya pada sidang media selepas menandatangani perjanjian dengan wakil bank terbabit, semalam.

Khazali berkata, perniagaan yang berdaftar GST boleh memanfaatkan semua kemudahan yang disediakan oleh bank terlibat termasuk perkhidmatan kaunter, mesin deposit dan laman sesawang untuk membuat pembayaran GST.

Menurutnya, bank yang terlibat mempunyai cawangan di seluruh negara, sekali gus menambah kecekapan kutipan GST.

"Kastam mengalu-alukan bank tempatan dan antarabangsa yang lain membuat permohonan untuk menjadi rakan strategi kepada Kastam bagi menyediakan ruang pilihan lebih banyak kepada orang berdaftar untuk membuat bayaran,” katanya.

Mengulas insiden bantahan kumpulan anti-GST, Isnin lalu, Khazali berkata, mereka menuntut jawapan kepada 106 soalan berhubung GST dengan niat memperlekeh tahap persediaan Kastam dalam pelaksanaan sistem cukai baharu itu.

“Kami sudah sedia untuk melaksanakan GST sekalipun banyak komen negatif. Soal persediaan tidak menjadi isu, semua pihak bersedia termasuk rakyat Malaysia.

“Kami bersedia menjawab 106 soalan itu dan ia akan dimuat naik ke laman sesawang rasmi GST dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa kesal dengan kewujudan banyak ‘profesor tidak bertauliah’ yang memberi maklumat tidak tepat mengenai GST sehingga mengelirukan orang ramai.

Khazali menjelaskan, ramai rakyat Malaysia masih tidak sedar bahawa mereka kini dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Ramai ingat seolah-olah kita tidak bayar cukai selama ini. Sebenarnya GST adalah cukai menggantikan SST dan ia bukan tax-on-tax (cukai atas cukai),” katanya.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Pemangsa enam ekor anak lembu yang hilang akhirnya berjaya ditangkap

KLANG - Misteri kehilangan enam anak lembu milik penduduk akhirnya terjawab dengan tertangkapnya seekor buaya tembaga sepanjang tiga meter, di kawasan perumahan awam, Jalan Kampung Sungai Kandis, Kampung Jawa, malam kelmarin.

Penduduk mendakwa haiwan itu telah membaham enam lembu berkenaan yang dilaporkan hilang sejak beberapa bulan lalu di kawasan itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Selangor, Leftenan Kolonel Khairil Izzwan Abdul Rahman berkata, setelah sekian lama berusaha, akhirnya penduduk berjaya menangkap buaya berkenaan.
Khairil Izzwan (kanan) sedang melihat buaya sepanjang tiga meter yang berjaya ditangkap penduduk, malam kelmarin.
“Beberapa jam sebelum itu, penduduk memaklumkan mereka telah ternampak kelibat buaya di kawasan perangkap sampah di sungai di kawasan tersebut dan menghubungi pihak kami (JPAM) untuk tangkapan.

“Selepas itu kami dimaklumkan buaya itu gagal dikesan sehinggalah sekali lagi kami menerima panggilan memaklumkan buaya itu berjaya ditangkap penduduk,” katanya.

Menurutnya, berikutan itu, anggota JPAM seramai lapan orang diketuai Pegawai Sukarela, Wan Harun Wan Jaafar ke lokasi berkenaan.

“Penduduk mengikat haiwan itu menggunakan tali. Kami kemudiannya menggunakan peralatan khas bagi memastikan haiwan itu tidak terlepas dan sekitar jam 10.15 malam ia berjaya dibawa ke JPAM Klang, di Jalan Raya Barat,” katanya.

Katanya, dengan tertangkapnya haiwan itu, pihaknya percaya ia dapat menyelesaikan kes kehilangan lembu penduduk yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Obama tangguh tarik balik tentera dari Afghanistan

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memutuskan untuk menangguhkan keputusan menarik balik tenteranya dari Afghanistan dan bersetuju mengekalkan 9,800 anggota keselamatan sehingga hujung tahun ini.

Obama berkata, tentera AS akan terus melatih dan membantu pasukan keselamatan Afghanistan dalam usaha mereka untuk memerangi pejuang Taliban dan kumpulan militan lain.

"Presiden Ashraf Ghani meminta kelonggaran terhadap tempoh tersebut dan kita bersetuju dan bersedia untuk membantu mereka dalam menyelesaikan beberapa isu termasuk logistik," katanya.

Bagaimanapun, Obama menegaskan tarikh akhir tidak akan berubah dan ia kekal mengikut rancangan sebelum ini iaitu pada 2017.

Sianr Harian

Baca lagi >>