Tuesday, 24 March 2015

Mohd Azraai Khor ganti Boateng sebagai jurulatih baru TRW

Bekas pengendali T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah sah menjadi ketua jurulatih Kelantan menggantikan George Boateng berkuat kuasa esok.

Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebooknya, hari ini.

Menurutnya selepas perbincangan dan rundingan dibuat dengan semua peringkat pengurusan, KAFA membuat rombakan demikian untuk memantapkan lagi The Red Warriors (TRW).

"Mohd Azraai Khor dilantik sebagai ketua jurulatih TRW dan akan dibantu Zahasmi Ismail serta Mohamad Sidek.

"Boateng dilantik sebagai ketua jurulatih kanan merangkap pengarah teknikal yang bertanggungjawab terhadap nasihat, latihan dan pembangunan latihan staff di semua peringkat.

"Dia juga bertanggungjawab untuk membentuk pelan pembangunan jangka panjang KAFA," katanya.

Annuar berkata, Hashim Mustafa memegang jawatan Penolong Pengarah Teknikal, sementara Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih Piala Presiden.

Katanya, pengubahsuaian tugas perlu disegerakan demi memastikan TRW berada pada tahap terbaik menjelang April.

Sebelum ini, desas desus timbul mengatakan Boateng bakal dikeluarkan dari barisan jurulatih TRW berikutan prestasi buruk pasukan dalam beberapa siri perlawanan.

Hmetro

Baca lagi >>

Adik Adam koma akibat kemalangan

Tasek Gelugor: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun koma selepas basikalnya berlanggar dengan sebuah van di Permatang Sungai Dua, di sini, 1 petang Khamis lalu.

Ketika kejadian, murid Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh itu, Adam Haris Mohd Hisham dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil bubur di masjid yang mengadakan majlis kenduri.

Anak kedua daripada empat beradik itu jatuh tertiarap dan diseret beberapa meter sehingga tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospitap Pulau Pinang (HPP).

Murid berkenaan parah termasuk patah dua tulang rusuk selain otaknya bengkak menyebabkan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.

Kemalangan yang menyebabkan Adam Haris koma itu menjadi viral di laman sosial sejak semalam dan ramai yang melahirkan simpati memandangkan bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Hmetro

Baca lagi >>

Helikopter terhempas atas rumah, 3 orang maut

Tiga orang terbunuh selepas sebuah helikopter Robinson R44 terhempas di atas sebuah rumah di sini.

Menurut pegawai bomba, nahas itu berlaku kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan kelmarin di Alamanda Street, kira-kira 2 kilometer dari Lapangan Terbang Eksekutif Orlando.

"Tiada penghuni ketika kejadian tersebut kerana semua penghuni berada di bahagian utama rumah tersebut", katanya dipetik Florida Today.

Mangsa yang maut ialah penumpang yang berada di dalam helikopter berkenaan dan nama mangsa masih belum didedahkan. Tiada mangsa lain yang cedera.

Sementera itu, memetik laporan Daily Mail, mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut ialah seorang ahli perniagaan, isterinya dan juga seorang rakan mereka.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Ingatannya hanya bertahan 5 minit sahaja

MALANG bagi seorang pemuda Taiwan apabila tahap ingatannya hanya mampu bertahan selama lima minit. Chen Hongzi, 25, mengalami masalah itu selepas terbabit dalam kemalangan kereta lapan tahun lalu.

Akibat penyakit amnesia itu, Hongzi terpaksa menulis aktiviti hariannya di dalam sebuah buku.

Katanya, hanya dengan cara itu sahaja dia mampu mengingati apa yang berlaku dalam kehidupannya.

Malah, setiap kali bangun daripada tidur, ibunya, Wang Miao-chiong sering mengingatkan Hongzi bahawa dia bukan lagi berusia 17 tahun.

"Setiap hari saya akan catat perkara penting yang saya buat. Tahap ingatan saya lemah, selepas 10 minit saya tidak mampu mengingati apa-apa," katanya.

Kisah Hongzi menarik perhatian pengguna laman sosial di China dan ramai membandingkannya dengan filem Before I Go to Sleep lakonan Nicole Kidman.

Filem berkenaan menceritakan kisah seorang wanita yang hilang ingatan sebaik bangun dari tidur, disebabkan trauma akibat kemalangan kereta 10 tahun lalu.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Menakjubkan pemandangan gua kristal di Iceland ni!

PEMANDANGAN menakjubkan ini terhasil daripada gabungan ais biru zamrud dan abu gunung berapi di bawah glasier Breidamerkurjokull di Iceland.

Breidamerkurjokull adalah glasier alur Vatnajokull atau glasier Vatna yang merupakan salah satu puncak ais terbesar di seluruh Eropah.

Gua Kristal tersebut juga kelihatan seperti dalam filem animasi, Frozen.

Lantai aisnya yang memukau pandangan seakan sebuah tetingkap kaca.

Terdapat beberapa gunung berapi di bawah litupan ais tersebut.

Selain itu, lapisan abu gunung berapi yang terperangkap di dalam ais dan bentuk terowong melengkungnya sememangnya menghasilkan pemandangan luar biasa.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Pengawal keselamatan yang mencabul berjaya ditangkap oleh mangsanya

Tindakan seorang pengawal keselamatan mencabul seorang peguam di sebuah hospital mengundang padah apabila dia dicekup sendiri mangsa yang bertindak mengheretnya ke pondok polis berhampiran hospital, Jumaat lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Hasnah, 28, berkata, dalam kejadian kira-kira 5.35 pagi itu, dia duduk di kerusi di hadapan unit rawatan kritikal (CCU) sambil menemani adik sepupunya yang berusia 16 tahun yang tidur di lantai koridor terbabit.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam keadaan lengkap bertelekung sementara tunggu subuh sedang berehat di kerusi yang disediakan di koridor hadapan wad terbabit.

“Ia merupakan malam kedua saya dan adik sepupu menunggu nenek yang masih mendapatkan rawatan akibat sakit jantung yang dialaminya. Saya juga mengecam pengawal keselamatan yang sering melakukan rondaan setiap dua jam.

“Pada waktu kejadian, saya melihat seorang pengawal keselamatan yang berbeza dari sebelum ini berjalan dari hujung koridor dan saya tidak mengesyaki apa-apa duduk secara santai dan memejam mata,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Hasnah berkata, lelaki berusia 40-an itu yang menyangka dia tidur bertindak memegang kemaluannya sebelum panik melarikan diri menerusi tangga kecemasan selepas dia menjerit sekuat hati.

“Saya kemudian turun menuju ke pondok polis untuk membuat laporan telah terserempak suspek yang memegang topi keledar. Lelaki terbabit cuba melarikan diri namun, saya sempat tarik tanda nama yang dipakainya dan memegang kolar baju.

“Dalam hati, saya mahu membelasahnya tetapi saya fikir waras dan mengheretnya ke pondok polis dan pihak berkuasa menangkapnya semula sebelum siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Menurutnya, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak itu akhirnya direman untuk siasatan lanjut dan dia berasa lega apabila dalang kes cabul di hospital terbabit dapat ditangkap.

“Sebelum ini ada pelawat yang menceritakan ada kes cabul terutama di tandas wad tetapi tidak dapat ditangkap dalangnya,” katanya.

Beliau turut menyarankan kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di koridor wad yang terasing serta koridor yang sunyi demi keselamatan pelawat di hospital terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Sinar Harian

Baca lagi >>

KJ timang cahayamata ke 3

Nori Tun Abdullah, isteri Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, semalam selamat melahirkan cahaya mata ketiga pasangan itu, seorang bayi lelaki.    

Berkongsi berita gembira itu dalam akaun Twitter beliau, Khairy berkata anak lelakinya itu dilahirkan pada 3.53 petang.

Raif 'Leo' Averroes Jamaluddin Abu Bakar. Selamat berjaya menulis nama mu nanti di sekolah, anak lelaki ku!," tweet Khairy dan turut memuat naik gambar bayinya itu.

"Saya tidak tahu tentang jantinanya sehingga dilahirkan. Ia anak lelaki!," katanya dengan bangga. 

Nori ialah anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Endon Mahmood yang meninggal dunia akibat kanser pada 2005.      

Berkahwin pada 2001, Khairy dan Nori sudah mempunyai dua anak lelaki - Jibreil Ali dilahirkan pada 2007, dan Timor Abdullah, setahun kemudian.

Sinar Harian

Baca lagi >>