Friday, 27 February 2015

Bayaran kesihatan di Malaysia termurah di dunia - PM

Hospital dan klinik kerajaan di Malaysia menggenakan bayaran perubatan dan kesihatan yang termurah di dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kerajaan bukan sahaja membelanjakan wang yang besar untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, malah menggenakan bayaran terendah di dunia kepada pelanggan.

"Apabila menjadi pesakit luar dan berjumpa dengan doktor, pelanggan hanya perlu membayar RM1 manakala bayaran RM5 dikenakan jika berjumpa dengan doktor pakar. Ubat-ubatan pula diberi secara percuma.

"Tidak ada sistem kesihatan lain di dunia yang menggenakan bayaran yang sebegini rendah. Secara keseluruhannya, subsidi kesihatan di Malaysia mencecah 98 peratus, maknanya 98 peratus kos kesihatan bagi setiap pesakit ditanggung oleh kerajaan, cuma satu atau dua peratus sahaja dikenakan bayaran," katanya.

Perdana Menteri berucap demikian ketika merasmikan majlis peletakan batu asas Hospital Pakar Minor Sri Aman di sini, hari ini.

"Ini menunjukkan bahawa sistem kesihatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Malah, kalau kita buat analisis antara kos dan perkhidmatan yang disediakan, saya berani mengatakan sistem kesihatan di Malaysia adalah yang terbaik di dunia," katanya.

Menurut Najib, Malaysia disenaraikan sebagai ketiga terbaik daripada 24 negara di dunia dalam penyediaan kemudahan kesihatan.

Sementara itu, Najib berkata pembinaan hospital baharu Sri Aman yang dijangka siap pada 2018 sekali lagi membuktikan kerajaan menepati janjinya kepada rakyat.

Katanya, sejumlah RM12 juta dibelanjakan untuk memperoleh tapak dan kerja pembersihan tapak serta anggaran RM150 juta untuk pembinaan struktur bangunan hospital berkenaan.

Beliau berkata, apabila siap kelak hospital baharu itu akan dilengkapi dengan 108 katil dan menyediakan pelbagai kemudahan rawatan pakar seperti bilik pembedahan, hemodalisis, radioterapi sekali gus merupakan lonjakan daripada segi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan Sri Aman.

"Ini merupakan bukti usaha kerajaan terus membela nasib rakyat dan memberi keutamaan yang tinggi sekalipun di kawasan luar bandar.

"Pembinaan hospital dan klinik termasuk Klinik 1Malaysia, kemudahan pendidikan dan sebagainya akan terus dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan Sarawak.

"Memang masih ada kekurangan, saya tidak nafikan dan banyak cabaran tetapi kita tetap akan memberi dengan membina hospital tambahan dan baharu serta dilengkapi dengan doktor-doktor pakar," katanya.

Menurut Najib, disebabkan usaha memujuk doktor-doktor pakar untuk berkhidmat di hospital luar bandar di negeri ini merupakan cabaran yang amat besar, justeru kerajaan akan menyediakan insentif khas kepada mereka.

"Perkara ini sedang kita fikirkan kerana kita mahu hospital-hospital disediakan dengan doktor-doktor pakar yang diperlukan," katanya. 

Pada majlis itu Perdana Menteri turut menyampaikan wang ihsan kepada 18 mangsa banjir dari Rumah Lembu, Entulang, Skrang Engkilili dan Nanga Tebat, Sri Aman. 

Bernama 

Baca lagi >>

Proton Iriz bakal menyaingi Myvi?

KETIKA sesi uji pandu untuk media di Borneo baru-baru ini, kereta kompak itu meluncur dengan begitu selesa, bermula dari Miri di Sarawak menuju ke Brunei dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah.

Kereta yang dipandu ternyata begitu stabil meskipun di selekoh tajam dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan jalan yang tidak sempurna apatah lagi bila melalui jalan lurus.

Model kereta Proton yang penulis maksudkan ialah Proton Iriz yang setakat ini mencatat 17,000 tempahan sejak dilancarkan September 2014 dengan hampir 10,000 unit kini berada atas jalan raya.

Mungkinkah kereta ini usaha terbaik Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. untuk memulihkan semula bisnes syarikat itu yang dilaporkan telah menurun? Atau ia juga tidak akan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia?

KEISTIMEWAAN IRIZ

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Proton telah mengkaji semula strategi syarikat untuk membolehkannya menempatkan diri sebagai sebuah daripada syarikat pengeluar kereta yang berdaya saing dalam pasaran automotif.

Langkah ini dilihat perlu untuk mengubah imej syarikat yang sebelum ini sering dikaitkan sebagai pengeluar kereta yang tidak berkualiti dengan ciri-ciri yang tidak menarik.

Dengan kemunculan Iriz yang memaparkan kualiti serta ciri terkini, kereta ini membuktikan Proton berada pada tahap kematangannya.

Siapa yang boleh menjangkakan kereta Proton dilengkapi dengan enjin 'Variable Valve Timing' (VVT), kotak gear CVT, kawalan kestabilan elektronik (ESC), sistem brek antikunci (ABS), kawalan 'traction' dan kawalan casis.

Semuanya ini adalah ciri utama yang menjadikan Iriz mendahului pesaing-pesaingnya.

Ketua pereka bentuk, Azlan Othman memberitahu Bernama, Iriz adalah hasil usaha pembangunan selama empat tahun sejak kereta itu dipamerkan di Geneva Motorshow pada tahun 2010.

Iriz juga kereta bahagian-B pertama untuk syarikat pengeluar kereta nasional itu yang selama ini kepakarannya adalah untuk kereta bahagian-C dan sedikit bahagian-D (Proton Perdana) serta SUV (Proton Exora).

TAMPAK KELEBIHAN

Iriz juga bersaing dengan Myvi, keluaran syarikat kereta nasional kedua Malaysia, Perodua tetapi senarai ciri serta kecekapan bahan bakar memberikan kelebihan kepada Iriz.

Menurut Tengku Azizan Tengku Ahmad, Pengurus Besar bahagian kejuruteraan Proton, enjin VVT dan transmisi CVT menyumbang kepada kecekapan bahan bakar Iriz.

Sewaktu uji pandu media, kereta Iriz 1.6 liter yang digunakan mencatat penggunaan bahan bakar paling rendah iaitu 4.9 liter untuk 100 kilometer sementara penggunaan bahan bakar paling rendah untuk model 1.3 liter manual ialah 5.2 liter untuk 100 kilometer.

PERLU LEBIH BANYAK PENINGKATAN

Meskipun Iriz mungkin telah membuka satu lembaran baru untuk Proton, masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pencapaian syarikat kereta nasional ini.

Mungkin teknologi bukan sangat masalah untuk bersaing dengan syarikat pengeluar kereta yang lain, tetapi Proton perlu memberi perhatian kepada ekonomi skala untuk terus maju.

Ini bermakna Proton perlu mengembangkan sayapnya ke pasaran eksport di mana ia perlu bersaing dengan syarikat pengeluar kereta yang sudah lama bertapak dalam industri automotif.

Proton dikatakan sedang meninjau teknologi baru seperti sistem bantuan pemanduan maju (ADAS), malahan mahu membangunkan enjin diesel apabila lima diesel Euro diperkenalkan di Malaysia.

Bagaimanapun, buat masa ini, Iriz mungkin menjadi penyelamat untuk Proton dan sebagai tanda aras untuk kenderaan yang bakal dikeluarkan oleh syarikat ini pada masa hadapan. 

Bernama

Baca lagi >>

Ribuan ikan mati terdampar di tapak sukan Olimpik 2016


Ribuan ikan dijumpai mati dan terdampar di Teluk Guanabara, Rio de Janeiro, tapak sukan Olimpik 2016 akan diadakan.


Punca kematian terus menjadi misteri yang mengapa kira-kira ikan sardin seberat 12.3 tan ini mati sejak dua hari lalu.

Baca lagi >>

Helikopter tentera Iran terhempas


TEHRAN: Tiga orang maut apabila sebuah helikopter tentera Iran terhempas di utara Tehran semalam, lapor media.

"Maklumat yang diterima menunjukkan helikopter itu adalah milik tentera udara dan tiga kru yang berada di dalamnya terkorban," kata agensi berita Fars yang memetik Gabenor wilayah Shemiranat, Ezzatollah Khanmohammadi.

Katanya, nahas petang itu mungkin disebabkan ribut salji tebal yang melanda wilayah berkenaan sehingga ke Tehran.

Nahas berlaku di kawasan pergunungan Alborz, beberapa kilometer utara Tehran. - AFP

Bharian

Baca lagi >>

Balai polis RM20 juta bakal dibina di Beladin

BELADIN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukkan RM20 juta untuk membina sebuah balai polis di sini.

Beliau berkata, tender untuk pembinaan Balai Polis Beladin itu akan dibuka September ini.

"Balai polis ini perlu dibina bagi meningkatkan lagi keselamatan di kawasan ini.
Datuk Seri Najib Razak merasmikan pembinaan Dewan Masyarakat Beladin yang bernilai 3.6 juta hari ini

"Saya mendengar keluhan rakyat di Beladin ini yang amat mengharapkan sebuah balai dibina," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis pecah tanah pembinaan Dewan Masyarakat Beladin di sini, hari ini.

Dewan bernilai RM3.6 juta itu dijanjikan Najib ketika melawat Beladin pada Februari 2013.

Bharian

Baca lagi >>

BN tidak tidak bertanding dalam PRK Dun Chempaka

Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bulan depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, keputusan itu diambil atas beberapa sebab termasuk untuk memberi keutamaan kepada urusan bantuan pasca banjir kepada mangsa dan usaha kepada perpaduan ummah.

"Pada PRK Parlimen Gelugor kita tidak meletakkan calon, jadi tak semestinya mesti letak calon...kita lihat juga pada keadaan dan situasinya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammudin Hussein; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Bendahari UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzalah; Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan; dan Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Najib yang juga Presiden UMNO, keputusan itu juga dibuat selepas mengambil maklum pandangan daripada UMNO di negeri dan bahagian terbabit.

"Bagaimanapun kita tidak boleh menghalang mana-mana individu jika mereka mahu menawarkan diri bertanding pada PRK berkenaan," katanya.

Mengenai PRK Parlimen Permatang Pauh, Najib berkata ia belum dapat diputuskan kerana keluarga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah mengemukakan petisyen Pengampunan Diraja.

Katamya, sama ada berlaku kekosongan kerusi Parlimen itu dan pilihan raya kecil perlu diadakan perlu diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kita tunggu ikut pada tafsiran Perlembagaan oleh SPR, jika sudah diputuskan, MT akan bermesyuarat untuk tentukan keputusan," katanya.

Bharian

Baca lagi >>

Keputusan Liga Europa


PARIS: Berikut keputusan peringkat kedua 32 akhir pada awal pagi tadi:

Di Khimki, Russia

Dinamo Moscow (RUS) 3 (Kozlov 47, Yusupov 64, Kuranyi 90+5) Anderlecht (BEL) 1 (Mitrovic 28)

Dinamo menang agregat 3-1

Di Saint-Petersburg, Russia

Zenit St. Petersburg (RUS) 3 (Rondon 29, 67, Hulk 48) PSV Eindhoven (NED) 0

Zenit menang agregat 4-0

Di Warsaw

Legia Warszawa (POL) 0 Ajax (NED) 3 (Milik 11, 43, Viergever 13)

Ajax menang agregat 4-0

Di Salzburg, Austria

Salzburg (AUT) 1 (Djuricin 18) Villarreal (ESP) 3 (Vietto 33, 76, G. dos Santos 79)

Villarreal menang agregat 5-2

Di Florence, Itali

Fiorentina (ITA) 2 (Gomez 54, Salah 71) Tottenham (ENG) 0

Fiorentina menang agregat 3-1

Di Milan, Itali

Inter Milan (ITA) 1 (Guarin 88) Celtic (SCO) 0

Inter menang agregat 4-3

Di Moenchengladbach, Jerman

Moenchengladbach (GER) 2 (G. Xhaka 19, T. Hazard 29) Sevilla (ESP) 3 (Stranzl 8-o.g., Vitolo 26, 79)

Sevilla menang agregat 4-2

Di Kiev

Dynamo Kiev (UKR) 3 (Teodorczyk 31, Buialsky 46, Gusev 75-pen) Guingamp (FRA) 1 (Mandanne 66)

Dinamo menang agregat 4-3

Di Istanbul, Turki

Besiktas (TUR) 1 (Arslan 72) Liverpool (ENG) 0

1-1 berdasar agregat, Besiktas menang penalti 5-4

Di Liverpool, England

Everton (ENG) 3 (Lukaku 25-pen, 30, Mirallas 42) Young Boys (SUI) 1 (Sanogo 13)

Everton menang agregat 7-2

Di Bruges, Belgium

Club Brugge (BEL) 3 (Vázquez 11, Oularé 64, Bolingoli Mbombo 74) AaB (DEN) 0

Club Brugge menang agregat 6-1

Di Piraeus, Greece

Olympiakos (GRE) 2 (Mitroglou 14, Dominguez 90-pen) Dnipro Dnipropetrovsk (UKR) 2 (Fedetskiy 22, Kalinic 90+2)

Dnipro menang agregat 4-2

Di Lisbon

Sporting Lisbon (POR) 0 VfL Wolfsburg (GER) 0

Wolfsburg menang agregat 2-0

Di Naples, Itali

Napoli (ITA) 1 (De Guzman 19) Trabzonspor (TUR) 0

Napoli menang agregat 5-0

Di Bilbao, Sepanyol

Athletic Bilbao (ESP) 2 (Iraola 44, De Marcos 61) Torino (ITA) 3 (Quagliarella 16-pen, Maxi Lopez 45+3, Darmian 68)

Torino menang agregat 5-4

Di Rotterdam, Belanda

Feyenoord 1 (Manu 57) Roma 2 (Ljajic 45+2, Gervinho 60)

Roma menang agregat 3-2

Bharian

Baca lagi >>