Langkah penulis ke bahagian dapur kediaman Yap Kim Sin, 56, serta isterinya, Cham Pa, 47, diiringi suasana sepi, hanya kelihatan kesibukan pasangan itu menyiapkan tempahan kuih bakul untuk sambutan Tahun Baharu Cina.
Bermula daripada membuat adunan sehinggalah ke peringkat mengukus, kesemuanya dilakukan sendiri oleh pasangan itu dan selama 24 jam, mereka bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja berkenaan.
Itulah pengorbanan pasangan suami isteri ini setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina dalam meneruskan tradisi peninggalan nenek moyang mereka.
Friday, 20 February 2015
Pantang larang semasa membuat kuih bakul
Kasihan mereka, terpaksa tidur di gerai elak barang jualan dicuri
Peniaga buah di bahu jalan, di Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Pulau Kerengga di sini, mendakwa mereka terpaksa menanggung kerugian berikutan hasil jualan dicuri orang.
Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati ada peniaga yang sanggup bermalam di gerai masing-masing bagi mengelak hasil jualan dicuri, walaupun terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa.
Bagaimanapun, seorang peniaga, Norlia Musa, 54 berkata, dia bersama anaknya, Norul Syafiqah Roslan, 20, tidak tidur di gerai sebaliknya akan pulang ke rumah selepas selesai waktu berniaga.
Sinar Harian
Lukisan paling mahal di dunia, RM813 juta!
SEBUAH lukisan abad ke 19 telah dijual pada harga RM813 juta dalam satu lelongan baru-baru ini dan dipercayai lukisan paling mahal di dunia.
Lukisan yang diberi nama Nafee Faa ipoipo (bilakah anda akan berkahwin?) adalah sebuah lukisan tahun 1892 yang memaparkan dua orang wanita Tahiti.
Tiket bola online - KAFA
SELEPAS hampir setiap perlawanan dihantui dengan kehadiran ulat tiket, kini peminat The Red Warriors (TRW) tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan tiket setiap perlawanan musim ini.
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa melalui entri Facebooknya sebagai berkata, penyokong dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan bagi mengelak daripada gejala ulat tiket yang semakin berleluasa dalam setiap perlawanan.
“Tidak perlu membeli daripada ulat, tidak perlu beratur panjang, tidak perlu tunggu hari perlawanan, Kafa sudah pun melancarkan penjualan tiket secara online (atas talian) bagi semua perlawanan liga musim ini,” katanya semalam.
Punca TMJ letak jawatan sebagai penasihat FAM
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan sebagai penasihat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Menurutnya, beliau tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil.
"Saya ingin bekerjasama dengan sebuah organisasi yang telus, bersih, jujur dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.
Rumah baru untuk mangsa banjir dibina oleh Yayasan Darul Hijrah
Rumah hasil sumbangan rakan-rakan FB saya yang siap dibina oleh Yayasan Darul Hijrah. Lokasi Manjor, Kuala Krai.
Maybank
5660 1060 9934
dan email maklumat sumbangan ke darulhijrahmalaysia@gmail.com
dan sms atau WhatsApp ke 018-359 0403.
Sumbangan anda membawa erti yang besar untuk meringankan beban saudara mara kita.
Dato Haji Husam Musa
Nak tahu kenapa harga teddy bear ni mahal sangat?
MEMILIKI patung beruang atau teddy bear merupakan impian bagi yang menyukai boneka berbulu tebal ini.
Tetapi siapa sangka harga satu patung beruang yang dikeluarkan oleh salah sebuah syarikat pembuat patung ini mampu menyamai harga sebuah kereta mewah?
Dibuat dari syarikat Steiff di Jerman, patung beruang yang berharga mencecah sehingga RM 298,124.24 itu merupakan jenis patung beruang pertama yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.