Wednesday, 18 February 2015

Lakukan perkara ini sebelum balik kampung

NASIHAT PDRM :

Rancang perjalanan anda untuk keselamatan semasa memandu di jalan raya.

Adakah anda telah melakukan antara perkara-perkara berikut :

1. Adakah kenderaan anda telah diselenggara secara berkala?

2. Adakah anda membawa lesen memandu yang sah?

3. Adakah anda tidur dan rehat yang secukupnya?

4. Adakah anda sudah mengenal pasti jalan dan laluan yang akan anda lalui?

5. Sudahkah anda memeriksa bahagian-bahagian enjin kereta anda?
6. Lampu utama, lampu isyarat, lampu brek dan lampu isyarat kecemasan. Adakah ianya berfungsi baik?

7. Adakah tekanan angin, keadaan tayar dan tayar gantian dalam keadaan baik?

8. Adakah anda sudah memeriksa minyak brek, brek tangan dan brek berfungsi baik?

9. Adakah pengelap cermin dipasang dengan sempurna?

10. Adakah cermin pandang belakang / sisi pada kedudukan sesuai?

DOA MENAIKI KENDERAAN.

Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
(Az-Zukhruf : 13-14)

(Bagi pengguna-pengguna jalan raya yang beragama Islam, adalah digalakkan anda membaca doa ini)

PDRM

Baca lagi >>

Rumah Ngaji bantu masyarakat memahami Al-Quran

Program Rumah Ngaji menjadi satu pendekatan baru yang ditunggu-tunggu masyarakat yang membolehkan mereka kembali kepada ajaran al-Quran, sekali gus mengamalkan apa yang diajar melalui isi kandungannya.

Timbalan Pengerusi Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah berkata, bagi perkasakan al-Quran tersebut, kaedah mengaji al-Quran sistematik turut diperkenalkan Karangraf melalui undangan guru agama melalui  konsep ‘Celik, Faham, Fasih dan Amal’.

Beliau berkata, memang sukar untuk mengajak masyarakat mengaji al-Quran dan datang ke masjid, namun melalui cara baru itu, ia mampu menarik peserta untuk mendalami al-Quran.

“Masjid Iktikaf Jamek Panji ini adalah masjid kelima daripada 500 masjid terpilih di bawah Program Rumah Ngaji di negeri ini.

“Kita buat projek Rumah Ngaji, letak sasaran di mana semua peserta boleh baca dan mampu milik al-Quran yang mempunyai terjemahan serta senang difahami,” katanya selepas merasmikan Program Rumah Ngaji di Masjid Iktikaf Jamek Panji, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor dan Pengerusi Masjid Iktikaf Jamek Panji merangkap Pengurus Pasukan Young Warriors Belia Kelantan, Jae Affandi Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusof dan Pengurus Sinar Harian Kelantan, Surena Md Noor.

Muhammad Nasir berkata, kaedah yang diperkenalkan Rumah Ngaji juga membolehkan peserta memahami maksud di dalam al-Quran sehingga praktikkannya dalam amalan hidup seharian.

Sementara itu, Marhaini berkata, melalui sistem tiga hari untuk membaca al-Quran di bawah program Rumah Ngaji membolehkan peserta mendalami al-Quran dengan lebih santai dan menarik.

“Semasa wakil Karangkraf lawat Turki, kami tertarik lihat semua orang bersatu dan dapat bina madrasah, jadi melalui program ini, Sinar Harian dapat siarkan apa keperluan masjid ini,” katanya.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Burger tertua di dunia

ADELAIDE - AUSTRALIA. Dua lelaki Australia mendakwa memiliki burger yang paling tua di dunia.

Casey Dean, Eduard Nitz masing-masing pada ketika itu berusia 14 tahun dan 13 tahun membeli burger berkenaan di sebuah restoran makanan segera.

Burger tersebut dibeli untuk rakannya, namun rakannya tidak pernah datang mengambilnya dan  burger tersebut disimpan selama 20 tahun.

Menurut Casey, dia cukup yakin burger tersebut adalah yang paling tua di dunia.

“Kami berjenaka dengan seorang rakan dengan memberitahunya kami menyimpan burger itu untuknya. Tetapi dia tidak muncul dan kami teringat mengenai burger itu enam bulan kemudian.

"Hari berganti tahun dan kini selepas 20 tahun, burger tersebut masih sama dan sempurna di dalam bungkusan asalnya," katanya dipetik Mirror.uk.

Menurut rekod, burger itu bukan satu-satunya produk Mcdonald’s yang bertahan bertahun-tahun.

Burger keju terakhir McDonald’s dijual di Iceland masih kekal dan bebas cendawan selepas ia dibeli enam tahun lalu.

Sinar Harian

Baca lagi >>

LIMA di Langkawi 17-21 Mac 2015 ini

Sebanyak 502 syarikat dari 36 buah negara sudah mengesahkan penyertaan pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) dari 17 hingga 21 Mac ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia menyaksikan tambahan penyertaan 69 syarikat berbanding edisi sebelum 2013, dan menjadikan penyertaan terbesar dalam sejarah penganjuran acara itu.

"Tujuh puluh peratus daripada syarikat industri aeroangkasa dan maritim terbesar dunia dengan modal pasaran melebihi AS$500 bilion menyertai LIMA kali ini," katanya ketika menyampaikan Perutusan Menteri Pertahanan 2015 di sini Rabu.

Selain itu, tujuh negara telah mengesahkan penyertaan pada pertunjukan aerobatik, termasuk dari China.

Hishammuddin berkata, Jepun bakal membuat penampilan sulung dalam pameran LIMA.

Selain itu, beliau berkata, Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN akan diadakan sempena penganjuran LIMA kali ini.

"Insya-Allah, LIMA'15 bakal meletakkan satu standard baharu pameran pertahanan dan mampu melonjakkan kerancakan industri pertahanan global dan tempatan," katanya. 

Sinar Harian

Baca lagi >>

Pemilik butik saman Suria KLCC

BritishIndia (Asia) Sdn. Bhd. (BritishIndia), memfailkan saman terhadap pengurusan pusat membeli-belah ikonik terkemuka, Suria KLCC yang cuba mengeluarkan butik itu dari premisnya.

Pengasas BritishIndia, Pat Liew berkata, syarikat yang menyewa di Suria KLCC sejak 1998 diberi empat hari untuk menerima tawaran tanpa syarat sama ada untuk berpindah ke lokasi lain atau diletakkan ke tempat lain.

Kata beliau, surat tawaran diterima pada Julai 2014 meskipun BritishIndia kekal kompetitif membayar sewa, malah pihak pengurusan masih menerima sewa pada bulan yang sama.

Jelasnya, tindakan pihak pengurusan Suria KLCC itu menjadi tanda tanya yang menyebabkan BritishIndia melakukan rundingan dan berjuang untuk mengekalkan tempat mereka di Suria KLCC.

“Kami mendapat tahu bahawa lokasi premis BritishIndia sekarang ini dicadangkan untuk disewa kepada satu jenama fesyen asing yang sudah mempunyai lokasi sedia ada di Suria KLCC.

“Kami dibiarkan tanpa mempunyai pilihan, kami nekad mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi hak-hak kami dan dilayan secara adil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

BritishIndia memohon injunksi untuk menghalang pengurusan Suria KLCC daripada menjalankan ancaman mereka dan perintah halangan dijadualkan pada 24 Februari 2015.

BritishIndia merupakan jenama tempatan yang mempunyai lebih 40 cawangan termasuk 20 di pusat membeli-belah di Singapura, Thailand dan Filipina dan kini masih dalam proses pengembangan di seluruh dunia.
Menurut Liew, BritishIndia dijemput untuk membuka cawangan di lokasi utama dalam Suria KLCC 18 tahun yang lalu apabila pusat membeli-belah berkenaan mula-mula dibuka.

“Bekas Presiden Petronas dan Pengerusi Suria KLCC Sdn. Bhd., Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin berhasrat untuk menampilkan jenama popular Malaysia setanding antarabangsa di pusat membeli-belah itu.

“Sekiranya BritishIndia dipaksa untuk meninggalkan Suria KLCC, ia menandakan pengakhiran bagi satu jenama fesyen yang berjaya di Malaysia di pusat membeli-belah ikonik negara,” katanya.

Utusan

Baca lagi >>

Anak Tok Guru bercerita mengenai ayahnya

LIMA hari berlalu pemergian Allahyarham, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anak-anaknya mula meluahkan kerinduan terhadap kata-kata mutiara daripada ayahnya.

Anak bongsunya, Nik Asma’ Salsabila, berkata, sepanjang hayat ayahnya itu sentiasa memberikan pesanan yang selama-lamanya akan melekat di dalam hati dan sanubari sebagai seorang Muslim.

“Ketika ini saya rindu untuk mendengar kata-kata ayah dalam ceramah- ceramah yang mempunyai maksud mendalam, perumpamaan mudah untuk difahami dan membawa kebaikan kepada diri saya sendiri dan semua.

“Di saat-saat akhir ayah tidak berpesan apa-apa, tetapi paling saya ingat dan ayah sentiasa pesan ketika hayatnya jangan tinggalkan solat, selalu berselawat dan bacalah ayat Kursi apabila keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui di Pulau Melaka semalam.

Biarpun ayah tidak berbahasa puitis dengan anak-anak, namun Nik Asma’ Salsabila memberitahu tutur kata arwahlah dalam memberi nasihat paling diingati untuk pegangan hidup.

Anak ke 10 hasil perkongsian hidup Nik Aziz bersama pasangannya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak itu juga memberitahu, ayahnya itu memang mengutamakan pendidikan agama dalam diri anak-anak.

“Saya masih ingat lagi, semasa saya hendak makan di sisi ayah dan ketika itu ayah sedang membaca kitab, ayah akan berkongsi manfaat bacaannya itu kepada saya,” katanya.

Nik Asma’ Salsabila yang berusia 31 tahun dan mempunyai dua cahaya mata itu juga mengakui sebagai anak bongsu dia lebih rapat dengan arwah bekas menteri besar Kelantan itu.

“Ayah memang tegas, tetapi seorang ayah yang penyayang. Masih teringat lagi ketika zaman kanak-kanak dahulu semasa ayah pulang dan mendapati saya tidur di katilnya, ayah tidak kejutkan saya, sebaliknya ayah yang tidur di bawah,” katanya sambil tersenyum.
Datin Tuan Sabariah dan anak-anak 
Katanya, bilik kedua ibu bapanya itu sangat eksklusif kerana ibunya yang dipanggil dengan panggilan mesra ‘Che’ itu sudah mendidik dari awal-awal lagi tidak boleh sewenang-wenangnya dibenarkan masuk kecuali disuruh.

“Jadi di saat begini saya teringatkan ketika Che membenarkan saya masuk, dapat tidur menggunakan selimut ayah ketika itu dan perkara sedemikian adalah saat yang paling menggembirakan,” katanya.

Tambahnya, sentiasa menjadi pegangan hidupnya apabila ayah selalu berpesan supaya jangan merumitkan keadaan dan jadikan kehidupan itu sesuatu yang mudah.

Selain itu, Nik Asma’ Salsabila berkata, ayahnya memang seorang yang gemarkan masakan kampung, namun dalam tempoh setahun kebelakangan ini arwah lebih sukakan masakan barat terutamanya spageti.

Sementara itu, kakaknya, Nik Amalina, 38, yang merupakan anak kesembilan daripada 10 beradik itu berkata, arwah ayahnya itu memang menitikberatkan supaya menuntut ilmu untuk bekalan dunia dan akhirat.

“Ayah berkata, jika mahu mencari ilmu sampai mana-mana pun ayah akan tanggung tetapi kalau nak suruh bawa berjalan (bersiar-siar jauh) tidak boleh.

“Ayah adalah seorang bapa yang baik kerana didikannya boleh mematangkan anak-anak. Masa saya zaman kanak-kanak, abang belajar di Timur Tengah dan ketika itu saya masih ingat dia mahu pulang kerana peperangan, tetapi ayah tidak benarkan dan ayah berkata ‘jika mati nanti kita bertemu di syurga’,” katanya.

Katanya, bukan tidak sayangkan anak, tetapi mementingkan keluarga itu yang diajarnya, namun beliau lebih ke arah mendidik supaya boleh berdikari dalam hidup.

Berkongsi mengenai kegiatan masa lapang pula, Nik Amalina memberitahu arwah lebih suka membaca kitab dan dalam masa sama berkebun.

“Masa lapang ayah dimanfaatkan dengan membaca kitab dan ayah juga akan menerangkan kepada kami secara sejelas-jelasnya isi kandungannya secara mendalam supaya menjadi panduan hidup.

“Pernah juga saya melihat ayah berjalan sekitar kawasan dengan pakaian kebun dan ada penduduk kampung yang tergamam memerhatikannya,” katanya.

Kongsinya lagi, arwah ayahnya memang seorang yang garang tetapi keperibadiannya itulah menjadikan anak-anak sentiasa hormat dengannya.

“Ayah tegur benda yang memang patut ayah marah seperti baca al-Quran tidak betul. Memang ayah marah.

“Saya reda dengan pemergian ayah. Rindu memanglah sebagai anak mesti terkenangkan ayah. Apatah lagi ketika memandu mesti teringatkan ayah. Namun ketentuan Ilahi itu lah terbaik dan sebagai hambanya kita perlu menerimanya,”  katanya.

Katanya, setelah pemergian ayahnya menemui Ilahi keluarga mendoakan yang terbaik demi insan banyak berjasa kepada kami. Tenang dan damailah ayah di sana.

Al-Fatihah.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Dua pesanan Tok Guru

Dua pesanan TGNA buat Ana.

Bilamana Presiden PAS waktu itu Dato Hj Fadzil Nor meminta ana bertanding dalam PRU ke 10, Ana terus ke Pulau Melaka bertemu dengan TGNA meminta bekalan nasihat. Dia nasihatkan dua perkara:

1. Masuk politik jangan niat nak jadi kaya, kalau nak kaya kena berniaga. Politik ni perjuangan kita bagi memenangkan Islam.

2. Pergi ke mana-mana biar ada duit dalam poket, mana tahu kalau kita bertemu dengan orang tengah susah, kita boleh bantu dia. Bantu waktu tengah susah, tak sama dengan kita bantu waktu dia dah senang.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Itulah nasihat yang sangat terkesan dalam kehidupan Ana. Semoga nasihat ini akan terus dihayati dan diamalkan... Senyum

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Baca lagi >>