Berkuatkuasa serta merta, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) akan mengambil tindakan ke atas umat Islam yang berkelakuan tidak senonoh dan berpakaian menimbulkan keghairahan di tempat awam.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah JHEAT, Moktar Salleh berkata, penguatkuasaan itu akan dilakukan anggota JHEAT dalam operasi bersepadu dengan agensi penguatkuasa lain termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Monday, 16 February 2015
Tindakan diambil terhadap wanita yang berpakaian ketat
Pemain, penonton menghadiahkan Al-Fatihah buat Tok Guru dan Datuk Hasbullah di stadium
Setelah menangguh perlawanan mengikut jadual asal hari Sabtu lalu berikutan kematian, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, malam tadi lebih 25,000 bertafakur di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Penghormatan diberi kepada bekas Menteri Besar Kelantan dan pengulas sukan Datuk Hasbullah Awang yang meninggal dunia pada Khamis lepas.
Malam tadi menyaksikan Kelantan bertemu Lions XII yang berakhir The Red Warriors menang 2-0.
Kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah Liga Super dan berada di kedudukan teratas liga.
ZAMANI MD ZAIN
Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) dibatalkan
Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan pendekatan mengambil kira pandangan orang ramai dalam menentukan kelulusan sesebuah projek agar ia membawa manfaat menyeluruh.
Selain dari pembangunan ekonomi, pentadbiran Negeri Selangor turut menitikberatkan sumbangan sosial dan manusiawi dalam setiap projek yang diluluskan.
Dasar pembangunan berkualiti, rakyat dipeduli akan menjadi teras dalam setiap pembangunan di Negeri Selangor.
Pertikaian mengenai kelulusan Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) sebelum ini banyak berkisar kepada persoalan - persoalan ini.
Kerajaan Negeri juga berpendirian bahawa pembinaan lebuhraya dalam Negeri Selangor perlulah bermanfaat bukan sahaja kepada pengguna lebuhraya tetapi juga dinikmati oleh penduduk di mana lebuhraya itu dibina.
Pendirian ini telah diluluskan dalam pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2015 di Persidangan Dewan Negeri Selangor pada 24 November 2014.
Menteri Besar Selangor
Pengasas coklat Ferrero Rocher meninggal dunia
Lelaki paling kaya di Itali, Michele Ferrero, yang juga merupakan pemilik perusahaan coklat 'Nutella' telah meninggal dunia di usia 89 tahun semalam.
Memetik laporan The Guardian, Presiden Itali menyampaikan salam takziah sambil memuji Ferrero sebagai tokoh penting dalam industri makanan di Itali.
Takziah dari 3 Tanah Suci
Semalam, pada saat ini, Syeikh Ismail Haniyeh, bekas perdana menteri Gaza, Palestin menghubungi saya daripada bumi Gaza untuk menyampaikan salam takziah daripadanya mewakili umat Islam Gaza di atas kembalinya ke rahmatillah ayahanda tuan guru 3 hari lepas.
Beliau berpesan agar keluarga saya tabah menghadapi ketentuan Allah dan berdoa semoga ayahanda diampuni dan dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para solihin.
Saya begitu gembira menerima panggilan daripada syeikh Ismail Haniyeh. Begitu terasa kehangatan persaudaraan di antara kita di Malaysia dan rakyat Gaza di serambi Baitul Maqdis.
Semoga ayahanda juga ditulis oleh Allah sebagai antara para pejuangNya yang berjuang untuk membebaskan bumi Palestin daripada penjarahan Yahudi.
Nik Mohamad Abduh
Datin Tuan Sabariah berkongsi cerita memori indah bersama Tok Guru
PERMERGIAN insan tersayang yang berkongsi hidup selama 53 tahun sudah pasti memberi kesan hebat kepada diri seseorang, apatah lagi insan itu seorang suami penyayang yang lebih dikenali sebagai Tok Guru, juga menjadi pemimpin disayangi ramai, di dalam dan luar negara.
Ikuti luahan hati DATIN TUAN SABARIAH TUAN ISHAK, isteri bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam wawancara eksklusif bersama wartawan Sinar Harian, ROSMIZA KASIM dan SITI FATIHAH AWANG di kediaman beliau sehari selepas pemergian suami yang dicintai itu.
“Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah,” itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang baru sehari meninggalkan saya buat selama-lamanya.
Pak Hamid, tukang gunting rambut Allahyarham Tok Guru berkongsi kisah
“Arwah seorang yang sangat ‘mudoh baso’ (tidak rumit), kalau datang kedai saya, dari dulu sampai akhir, tidak pernah sekalipun merungut,” kata Pak Hamid, tukang gunting rambut Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pak Hamid atau nama sebenar, Abdul Hamid Sheikh Mubarak, 73, merasa bagaikan insan terpilih kerana sejak 1970-an lagi, hanya dia yang sentiasa menjadi pilihan arwah untuk mengunting rambut.
Ketika berkongsi kenangan bermakna itu, Pak Hamid berkata, pada awalnya arwah menggunakan perkhidmatan ‘Pok Kob’ (Allahyarham Yakob Senik) dan ketika itu, Pak Hamid bekerja bersama arwah Pak Kob di Kedai Gunting, Bangunan Pejabat Pas Negeri.
![]() |
Pak Hamid menunjukkan gambar kenangannya ketika menggunting rambut Allahyarham Nik Abdul Aziz. |