Sunday, 15 February 2015

Situasi terkini demam denggi di Malaysia

Bagi tahun 2015, kes denggi didapati meningkat setiap minggu dan pada minggu kelima sahaja sebanyak 3,037 kes denggi dengan 8 kematian dilaporkan. Sejumlah dua (2) negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Pahang 40 kes (60.6%) dan Kedah 4 kes (19%).

Jumlah kumulatif kes denggi sehingga 7 Februari 2015 adalah 15,039 kes iaitu meningkat sebanyak 59% atau 5,586 kes berbanding tempoh yang sama tahun 2014 iaitu 9,453 kes. Manakala jumlah kumulatif kematian denggi adalah sebanyak 44 kematian berbanding 17 kematian tahun 2014 dengan peningkatan sebanyak 158.8%.

Analisa Kementerian Kesihatan masih menunjukkan 166 hotspots (61.7%) daripada 269 hotspots masih mempunyai kadar pembiakan Aedes melebihi 1%. Situasi ini sangat kondusif untuk penyebaran virus denggi terus berlaku disebabkan vektor (Nyamuk Aedes). Sebanyak 61% daripada tempat pembiakan Aedes didapati dirumah kediaman. Oleh itu aktiviti membersihkan kediaman masing-masing setiap minggu perlu dilakukan.

Setiap individu perlu melindungi diri dari gigitan nyamuk di waktu puncak gigitan iaitu awal pagi dan senja dengan menggunakan repelan atau pakaian berlengan panjang atau seluar panjang dan pada waktu yang sama, semua digalakkan menyembur aerosol pembunuh nyamuk di dalam rumah atau lain-lain kaedah yang dapat mengurangkan risiko gigitan Aedes seperti ubat nyamuk lingkaran, repellan nyamuk elektrik dan sebagainya.

Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Denggi dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan yang diadakan pada 12 Februari 2014, turut memutuskan beberapa langkah meningkatkan aktiviti kawalan denggi pelbagai agensi. Aktiviti penguatkuasaan juga akan dipertingkatkan dengan kompaun maksimum RM 500.00 bagi setiap kesalahan pembiakan dan didakwa di mahkamah bagi kes-kes berulang. Lindungi diri dan keluarga anda dari dijangkiti Demam Denggi. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman sesawang idengue atau facebook CPRC Kementerian Kesihatan.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Baca lagi >>

Bihun Sufi 100 peratus suci, halal

Halal atau tidak? Itulah isu pengguna hari ini. Ternyata pengguna semakin bijak menilai sesuatu produk di pasaran kerana kualiti menjadi keutamaan pilihan.

Maka tidak hairan jika kebanyakan masyarakat pada hari ini bijak menetapkan piawaian terhadap sesuatu produk iaitu halal.

Sesuatu yang penting untuk pengguna memilih produk yang halal atas dasar percaya akan kebersihan dan keselamatannya.

Status halal dan kebersihan menjadi teras utama pengeluar produk makanan Bumiputera Islam demi memberi keyakinan kepada pengguna terhadap produk dipasarkan.

Menyedari hakikat itu dan kebertanggungjawaban terhadap masyarakat Islam di negara ini, Pengurus Pengedaran Bihun Sufi Brand Wilayah Utara, Amer Yunan menceburi bidang berkenaan.

Amer berkata, walaupun ramai pesaing, ia tidak mematahkan semangatnya bertukar bidang daripada seorang kontraktor kepada pengedar bihun.

"Sepanjang tiga tahun, produk Bihun Sufi dipasarkan ke rangkaian kedai runcit seluruh negara dan jumlah pengeluaran harian di zon utara iaitu di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis mencecah 240,000 kilogram.

"Enam bulan pertama selepas menceburi penjualan bihun, 2011 menjadi tahun mencabarkan apabila terpaksa memberi tumpuan terhadap promosi produk sebelum menjenamakan produk ke peringkat yang stabil," katanya.

Menurutnya, pada masa itu, produk Bihun Sufi masih baharu di pasaran dan masa diperlukan sehingga enam bulan untuk memastikan 36,000 bungkus bihun berjaya dihabiskan di empat negeri.

“Alhamdulillah, berkat kesabaran dan keyakinan terhadap produk kami, kini Bihun Sufi mendapat permintaan amat menggalakkan.

"Dalam tempoh empat tahun menceburi bidang ini, 36,000 bungkus habis dijual dalam tempoh dua bulan,” katanya.

100 peratus buatan Muslim

Amer berkata, sebagai syarikat Bumiputera Islam, menjadi tanggungjawab memastikan segala produk dijamin halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurutnya, pengguna Islam mempunyai banyak pilihan ketika membeli produk, terutama makanan daripada pengeluar Bumiputera Islam yang mempamerkan logo halal Jakim.

“Pilihlah barang buatan Muslim di mana setiap kandungan produk juga mendapat kebenaran Jakim dalam memastikan ia bersih, halal dan selamat untuk dimakan.

“Contohnya produk bihun kami, semua proses akan dinilai mengikut jadual oleh Jakim demi memastikan cara kerja dan proses pembuatan memenuhi garis panduan ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, Bihun Sufi keluaran Elham-Q Malaysia Sdn Bhd yang berpangkalan di Pulai, Johor, kini semakin dikenali bukan sahaja dalam pasaran tempatan, malah mendapat sambutan pasaran luar negara.

“Bihun Sufi diyakini suci dan halal serta mendapat kelulusan piawaian halal Jakim serta ISO, kerana kita tahu timbul isu status halal bihun yang mengejutkan banyak pihak pada tahun lalu.

“Bukan sahaja halal dan bersih, bihun kami ada keistimewaan tersendiri kerana mudah dimasak, tidak mudah hancur, memiliki tekstur yang lembut dan hanya perlu direndam selam 10 minit dengan air sejuk sebelum dimasak,” katanya.

Amer berkata, Bihun Sufi mengorak langkah ke hadapan apabila muncul dengan produk baharu yang lebih ekonomik iaitu Bihun Sufi pek 2.5 kilogram Jumbo.

Menurutnya, pelancaran produk baharu berkenaan dibuat atas permintaan tinggi daripada pengusaha kantin, katering, peniaga pasar malam, restoran, kedai makan, pengusaha hotel dan mereka yang menyasarkan makanan dalam kuantiti lebih banyak.

“Jika sebelum ini pengguna beli pek 4.8kg mengandungi 12 bungkus bihun 400 gram, tetapi sekarang mereka boleh mendapatkan pek 2.5kg yang nyata lebih berpatutan harganya.

“Bukan sahaja mementingkan produk bersih dan halal tetapi kita juga menitik berat harga yang berpatutan untuk pelanggan dan produk baharu ini ternyata mendapat permintaan menggalakkan,” katanya lagi.

Katanya, buat masa ini outlet lebih tertumpu kepada mini market dan kedai runcit, namun pasarannya akan diperluas di pasar raya untuk memastikan ia dapat memenuhi permintaan pengguna.

“Kita beri jaminan produk Sufi 100 peratus buatan Muslim dan berbaloi mendapatkannya kerana maklum balas yang kita terima amat positif.

“Bagi pengguna di Perak yang ingin mendapatkan produk ini boleh menghubungi talian 013–5390004, manakala bagi Pulau Pinang dan Kedah, pengguna boleh menghubungi Mohd Tarmizi Ariffin menerusi 010-5159207 atau melawat laman sesawang  www.sufibrand.com.my,” katanya.

Sinar Harian

Baca lagi >>

'Melbourne Love TGNA'

Pemergian bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Khamis, 12 Februari lepas mendapat perhatian pelajar-pelajar Malaysia yang berada di luar negara.

Kematian Allahyarham yang juga dikenali Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) turut mendapat reaksi pelajar Malaysia di Australia.

Paparan papan elektronik bertulis 'Melbourne Love TGNA' di sebuah bangunan di Bourke Street, Australia menjadi viral di laman media sosial selepas kematian Mursyidul Am Pas itu.

Foto ucapan 'Melbourne love TGNA' yang tersebar di laman sosial.
Seorang pelajar Malaysia yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 24, turut mengutuskan ucapan takziah di atas kematian pemimpin Pas yang disegani itu.

“Saya berasa sedih atas berita kematian berkenaan itu dan menggunakan kempen yang disediakan oleh syarikat telco tempatan Telstra untuk menyampaikan mesej berkenaan,” katanya dari Melbourne ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Kempen syarikat telekomunikasi itu sebenarnya mensasarkan rakyat negara tersebut yang menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day) pada 14 Februari.

Menurut pelajar Universiti of Melbourne itu lagi, sejumlah 20 pelajar Malaysia dari pelbagai universiti di Australia turut melakukan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham.

Terdahulu, beberapa keping foto yang menunjukkan mesej berbeza seperti 'Malaysia Love TGNA' dan 'We Love Nik Aziz' di papan media elektronik sama juga telah dimuatnaik ke laman sosial.

Sinar Harian

Baca lagi >>

'Nanti abang tak dok, sapo nak jago Yah'

“Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah."

Sayu hatinya bila mengingati ungkapan itu seakan terpatri bahawa orang yang disayanginya itu akan pergi menemui Ilahi tidak lama lagi.

Bagi Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri mantan menteri besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, ungkapan yang dibuat tiga hari sebelum beliau meninggal dunia cukup menyentuh hatinya.

Baju kesukaan Tok Guru yang dipakai Tuan Sabariah semalam akan menjadi kenangan untuk selama-lamanya.

“Itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang meninggalkan saya buat selama-lamanya,” kata Tuan Sabariah.

Tuan Sabariah berkata demikian dalam satu temu bual bersama akhbar Sinar Harian sehari selepas ikon negeri Kelantan itu meninggal dunia.

Sesungguhnya pemergian suami yang telah berkongsi hidup dengannya selama 53 tahun itu pasti memberikan kesan mendalam buat Tuan Sabariah.

Menurut Tuan Sabariah, kata-kata itu diluahkan arwah ketika masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

“Kata-kata abang itu saya sambut dengan senyuman, sambil menggenggam tangan abang.

“Saya kata ‘Anak-anak kita kan ada, mereka boleh jaga saya sampai bila-bila. Abang janganlah risau.’

“Walaupun dalam hati saya ketika itu sebak tidak terkata,” cerita Tuan Sabariah sambil menyeka air matanya dan ditenangkan oleh sanak saudara.

Tuan Sabariah juga mengakui terlalu rindukan suaminya walaupun baru sehari arwah pergi menghadap Ilahi.

Astroawani

Antara foto kenangan Datin Tuan Sabariah dan Tok Guru







Foto: Internet

Baca lagi >>

Ada tak kenal kawan yang mahu bekerja dari rumah?



Saya ada tools yang boleh membantu mereka memulakan bisnes yang boleh dilakukan dari rumah dan bermula tanpa modal atau sekiranya ada, guna modal yang cukup minimum.

Boleh lihat toolsnya di SINI

Baca lagi >>