Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah.
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
12 Februari 2015/23 Rabiul Akhir 1436H
Perkembangan Kesihatan Ayahanda
Tahap kesihatan ayahanda menurun selepas jalani rawatan pada ulsernya semalam. Doktor sedang berusaha stabilkan.
Ini adalah sebuah kisah tentang tentera Al-Qassam seperti mana yang diceritakan oleh Gilad Shalit, seorang tentera Zionis yang pernah menjadi tawanan kepada tentera Al-Qassam selama lebih 5 tahun.
Gilad mula ditawan oleh tentera Al-Qassam pada 25 Jun 2006 dan kemudiannya dibebaskan pada 18 Oktober 2011 dalam sebuah perjanjian pertukaran tawanan penjara antara Hamas dan kerajaan Zionis, di mana seramai 1027 orang Palestin yang berada di dalam tahanan Zionis dibebaskan sebagai tukar ganti kepada seorang tentera Zionis, Gilad Shalit.
Seorang remaja yang memakai pakaian lokap, terketar-ketar ketika disoal polis berhubung rangka motosikal yang ditemui di sungai Tukul, Kampung Mengkali, Limbat, Kubang Kerian, di sini, semalam.
Dalam keadaan tangannya bergari, remaja lelaki yang berusia 16 tahun itu, tidak keruan selepas berkali-kali disoal oleh polis berhubung tindakannya.
Remaja tersebut turut berpakat dengan seorang lagi rakannya meleraikan komponen motosikal dan membuang rangkanya ke sungai terbabit yang dipercayai bergerak aktif sejak setahun lalu.
![]() |
Rohaimi (kiri) menyoal remaja berusia 16 tahun ini yang terlibat leraikan komponen motosikal dan membuangnya dalam sungai, semalam. |
Pengulas sukan negara, Datuk Hasbullah Awang dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dipercayai akibat komplikasi jantung, sebentar tadi.
Beliau yang bertugas sebagai pengulas sukan menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di IJN sejak minggu lalu.
ALOR SETAR - Beberapa penggali kubur terkejut apabila menemui keranda dan jenazah masih sempurna walaupun sudah dikebumikan hampir 15 tahun lalu ketika kerja menggali kubur dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan, Derga di sini, kelmarin.
Penggali kubur, Mansor Ahmad, 57, berkata, mereka mendapat arahan dari pihak pengurusan tanah perkuburan masjid terbabit untuk menggali bagi mengebumikan jenazah baru bersebelahan kubur berkenaan.
Menurutnya, pihaknya menggali kubur kepada seorang saudaranya yang meninggal dunia kerana sakit jantung untuk dikebumikan bersebelahan dengan kubur terbabit.
"Selepas menggali tanah sedalam satu meter, tiba-tiba tanah bersebelahan itu runtuh dan kami mendapati sebuah keranda yang masih sempurna di dalamnya. Kami terkejut kerana difahamkan kubur itu sudah lama dikebumikan iaitu kira-kira 15 tahun lalu.
"Bagaimanapun keranda itu masih sempurna seperti baharu sahaja dikebumikan. Apa yang pelik ialah kami melihat keranda itu berada di dalam ruang yang kosong dan tanah tidak pula menutupi keranda itu," katanya kepada Sinar Harian.
![]() |
Mansor menunjukkan kubur yang jenazahnya masih sempurna walaupun sudah dikebumikan 15 tahun lalu. |
![]() |
Wan Maimunah bersama suaminya Makpol bergambar di hadapan restoran miliknya. |
![]() |
Kacang Pool Haji (foto:http://johorkaki.blogspot.com/) |