Wednesday, 11 February 2015

100 kenderaan terlibat dalam kemalangan di Seoul

SEOUL - KOREA SELATAN. Dua terbunuh manakala lebih dari 43 yang lain cedera selepas terlibat dengan sebuah kemalangan di sebuah lebuh raya menghala ke sebuah lapangan terbang antarabangsa, hari ini.

Memetik laporan Strait Times, lebih dari 100 kenderaan terlibat dalam kejadian tersebut. Kemalangan berpunca akibat kabus tebal dan jarak penglihatan yang terhad.


Kejadian dilaporkan bermula selepas sebuah limosin melanggar sebuah kenderaan dari arah belakang.

Beberapa jalan kini sudah ditutup dan lebih 40 mangsa sudah dihantar ke hospital, termasuk lapor mangsa yang kini dalam keadaan kritikal.


Sinar Harian

Baca lagi >>

Tarif elektrik turun bermula 1 Mac 2015

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tarif baharu elektrik yang diumumkan hari ini, selaras dengan penurunan kos bahan api dan penjanaan, dapat membantu meringankan kos sara hidup.

Dalam catatan di laman Facebook dan Twitter Najib berkata, kerajaan akan terus mengutamakan kebajikan rakyat.

Setelah semakan semula kos bahan api dan penjanaan, Kabinet pada hari ini memutuskan untuk mengurangkan tarif elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Labuan bermula 1 Mac 2015, katanya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan, pengguna di Semenanjung Malaysia akan menikmati penurunan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWj), manakala purata kadar tarif bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20/kWj berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini setelah dimaklumkan kos penjimatan ICPT yang boleh dilepaskan kepada pengguna dalam bentuk tarif yang lebih rendah adalah RM726.99 juta setelah mengambil kira penurunan kos bahan api global dan penjanaan.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Operasi hentian Bas Greenwood dihenti bermula Mac depan, semua penumpang perlu naik di TBS

Hentian Bas Greenwood, Gombak yang sebelum ini dijadikan hentian bas ekspres sementara akan dihentikan perkhidmatannya kepada pengguna dan pengendali bas selepas 8 Mac depan.
 
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataan hari ini berkata, pengendali bas ekspres ke pantai timur telah diarah memindahkan operasi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
 

"Orang awam yang mahu ke pantai timur dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bas ekspres di TBS bagi keselamatan, keselesaan dan kemudahan mereka.
   
"Penurunan dan pengambilan penumpang di Hentian Greenwood juga menyumbang kepada kesesakan jalan raya di kawasan itu dan menambahkan risiko keselamatan terhadap pengguna jalan raya serta penumpang," kata kenyataan terbabit.
   
SPAD juga menggalakkan orang ramai yang hendak ke pantai timur agar menggunakan perkhidmatan LRT dan KTM Komuter yang berintegrasi dengan TBS. 

Bernama

Baca lagi >>

Presiden Zimbabwe terjatuh, 27 pengawal digantung tugas

HARARE - ZIMBABWE. Seramai 27 pengawai pengiring digantung tugas kerana gagal menyelamatkan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe daripada terjatuh.

Menurut Dailymail UK, kejadian berkenaan menyebabkan beberapa gambar Mugabe terjatuh dijadikan bahan jenaka di internet.

Foto-foto tersebut yang telah diubah dan ditambah dengan elemen-elemen jenaka tersebar di dunia maya, dikenali sebagai 'meme' dan disertai oleh hashtag #MugabeFalls.

Sementara itu, portal berita Zimbabwe, The Standard melaporkan, kejadian tersebut membuktikan pengawal 'tidur', tidak memahami asas pengawalan dan gagal berada tiga kaki dari kedudukan Presiden.

Sinar Harian

Baca lagi >>

20,000 liter minyak diesel bernilai RM34,000 dirampas

Kuching, 11 Feb – Dua lelaki warganegara Indonesia ditahan bersama 20,000 liter minyak diesel oleh sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima semasa menjalankan tugas Op Pensura di kawasan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Bintawa, petang semalam.

Komander PPM Wilayah Lima ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata, semasa pemeriksaan polis ke atas sebuah kapal, ia didapati telah membawa sejumlah 20,000 liter muatan minyak diesel bernilai RM34,000 yang disimpan di dalam petak ikan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, mereka gagal menunjukkan dokumen pemilikan minyak yang dibawa manakala dua daripada tiga kru kapal berkenaan tidak mempunyai sebarang permit kerja yang sah.

“Turut dirampas sebuah kapal ikan kelas C bernilai RM170,000,” terang beliau.

Kesemua barang rampasan kemudiannya dibawa ke Markas Operasi PPM Wilayah Lima untuk diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuching manakala dua warga asing tersebut ditahan dan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen.

Baca lagi >>

Ditahan kerana mengajar agama tanpa tauliah

Seorang penceramah bebas ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), semasa sedang menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 300 orang di Masjid Putra Nilai, dekat sini, sekitar jam 9 malam kelmarin.

Menurut jurucakap Bahagian Penguatkuasa JHEAINS, penceramah, Ustaz Hanafi Hashin, 31, ditahan atas kesalahan mengajar agama tanpa pentauliahan di negeri ini.

Katanya, atas kesalahan tersebut, dia kemudiannya didakwa di Mahkamah Syariah, Sendayan, semalam pada jam 11 pagi.

Hanafi (kiri) semasa dibawa ke Mahkamah Syariah Sendayan, semalam.
“Dalam perbicaraan, penceramah tersebut kemudiannya mengaku bersalah, dan hakim syarie mengenakan hukuman denda RM1,500 terhadap beliau, atau tiga bulan penjara jika gagal membayar.

“Walau bagaimana pun, hukuman tersebut telah pun diselesaikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, pihak penguatkuasa turut menahan tiga lagi individu, termasuk jurukamera program tersebut, imam masjid dan juga penganjur program berkenaan, untuk bantu siasatan.

Sinar Harian

Baca lagi >>

"Ikatan kasih tidak sesekali kan terlerai..air mata mengiring ketabahan Anwar.." - Wan Azizah -

Tangisan keluarga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang memuktamadkan beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 30, tujuh tahun lalu.

Di samping itu, pelbagai situasi luar biasa berlaku. Ia termasuk tindakan barisan hakim bertindak keluar dari kamar apabila Anwar mengecam sistem kehakiman negara semasa diberi ruang untuk mengemukakan rayuan.

Hiba dalam pelukan sang suami
Kerosakan kecil sistem pembesar suara juga mengganggu bacaan penghakiman. Namun, suasana di dalam galeri awam Dewan 1 Mahkamah Persekutuan yang dipenuhi ahli keluarga, pemimpin PR dan penyokong Anwar bertukar suram sejurus keputusan diumumkan.

Keputusan sebulat suara itu dicapai panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang menolak rayuan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Membacakan keputusannya yang mengambil masa kira-kira dua jam itu, Arifin berkata pendakwaan berjaya buktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.

Ketika keputusan itu mula dibacakan, Anwar yang pada mulanya tenang di kandang tertuduh dilihat beberapa kali berpaling ke belakang memandang ke arah isteri dan anak-anaknya.

Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pembelaan memohon mahkamah ditangguhkan seketika sebelum mengemukakan hujahan untuk diambil kira sebelum keputusan dibuat.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk anak-anaknya.

Bapa Wan Azizah, Wan Ismail Wan Mahmud  juga kelihatan sebak ketika didakap menantunya. “You have to be strong (Bapa perlu tabah)," bisik Anwar ketika itu.

Ketika mahkamah bersidang semula kira-kira jam 1.15 petang, Gopal Sri Ram mengemukakan hujahnya memohon mahkamah mengambil kira sumbangan Anwar kepada demokrasi Malaysia terutama ketika bersama kerajaan.

Katanya, tiada alasan untuk mahkamah menambah hukuman penjara sebaliknya mahkamah perlu mempertimbangkan untuk jatuhkan hukuman lebih ringan.

Pihak pendakwa raya yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagaimanapun berhujah kesalahan itu serius dan hukuman penjara enam tahun perlu dikenakan.
Wajah sedih Wan Ismail, bapa Dr Wan Azizah ketika keluar dari kamar mahkamah.
Mahkamah itu mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas menolak rayuan peringanan hukuman oleh peguam bela. Arifin turut menolak rayuan pemberatan hukuman yang dikemukakan pendakwa raya.

Sejurus prosiding kes itu berakhir, salah seorang penyokong Anwar yang berada di dalam dewan mahkamah sempat melaungkan ungkapan 'reformasi dan takbir' yang disambut beberapa penyokong dan pemimpin PR.

Anwar kemudian bersalaman dan berpelukan dengan ahli keluarga dan penyokongnya sebelum dibawa ke Penjara Sungai Buloh.

Rayuan akhir Anwar didengar dari 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu di hadapan panel lima hakim mahkamah tertinggi negara.

Ketua Umum PKR itu didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 30, di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

Pada 7 Mac 2014, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, diketuai Hakim Datuk Balia Wahi Yusof yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh sebulat suara mendapati Anwar bersalah dan jatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Sinar Harian

Baca lagi >>