Tuesday, 10 February 2015

Wanita dipukul semasa pertemuan pertama kerana tak cantik

CHINA - Angkara merasakan dirinya tertipu, seorang lelaki tergamak memukul seorang wanita yang baru dikenalinya sebagai wanita cantik di media sosial bertukar menjadi sebaliknya.

Xiaojin Tuan, 32, mengenali Huang Mao melalui laman sosial WeChat dan gambar profil yang digunakan wanita terbabit berlainan dengan rupa sebenarnya.

Lelaki berkenaan yang hilang sabar dan merasakan dirinya tertipu terus menumbuk wanita tersebut.

"Saya sangat kenal dengannya kerana rupanya sudah sebati dalam ingatan saya. Oleh itu, apabila wanita lain datang dan duduk sebelah saya, saya benar-benar terkejut.

Wajah sebenar Huang Mao. - Foto CEN
"Wanita tersebut mempunyai wajah yang gemuk dan berjerawat, sama sekali berbeza dengan wanita dalam gambar," katanya.

Kedua-dua mereka mula bertengkar dan lelaki tersebut menuduh wanita terbabit menipunya lalu menumbuk wanita itu hingga jatuh ke lantai. 

Menurut laporan Metro.co.uk, orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba untuk meleraikan pertengkaran tersebut

Sementara itu, rakannya, Kong Ho, berkata Xiaojin sangat teruja untuk bertemu wanita yang dianggapnya dewi itu.

"Saya sering menasihatinya untuk berhati-hati dan berkata wang yang dibelanjakan Xiojin untuk membeli tiket penerbangan demi berjumpa wanita terbabit agak mahal namun dia mengatakan yang cinta tidak mempunyai harga dan tidak kisah membelanjakan wang yang banyak," ujarnya.

Jurucakap polis berkata, kedua-dua mereka ditahan dan wanita tersebut telah diberikan rawatan perubatan.

Wanita terbabit bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak mendakwa  Xiaojin dan tidak akan mengadakan temujanji dengan lelaki yang dikenali melalui media sosial lagi.

Sinar Harian

Baca lagi >>

DJ Salamfm dipecat dalam masa 24 jam melalui whatsapp

 Penyampai radio Salam FM, Mohamed Noor Mohamed Yusof mendakwa dipecat daripada stesen radio berfokuskan dakwah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), berkuatkuasa 30 Januari lalu apabila bertanyakan mengenai tunggakan gaji.

Juruhebah yang lebih dikenali sebagai DJ Noor itu berkata, paling menyedihkan apabila beliau hanya dimaklumkan mengenai pemecatan tersebut melalui aplikasi pesanan Whatsapp sejurus selesai menjalankan tugasan pada jam 8.00 pagi.

“Saya DJ Salamfm (kelolaan JAKIM/RTM) dibuang dalam masa 24 jam pada 30 Januari lalu melalui whatsap.

“Hanya kerana saya bertanyakan gaji saya yang tidak dibayar” ujarnya ketika menghubungi SuaraTV sebentar tadi.

Menurutnya antara alasan yang digunakan oleh pihak Media JAKIM, pemecatan tersebut terpaksa dilakukan kerana arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’Seri Jamil Khir Baharom.

Tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan itu, beliau kemudiannya segera menghubungi Jamil Khir bagi mendapatkan kepastian.

“Saya segera hantar pesanan SMS kepada YB Menteri dan beliau terus hubungi saya menyatakan bahawa beliau TIDAK PERNAH sesekali mengetahui tentang apa yang berlaku.

“Apatah lagi untuk mengeluarkan sebarang arahan tentang perkara terbabit” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi ia jelas membuktikan bagaimana pihak pengurusan Media Jakim segaja mengunakan nama Menteri untuk melaksanakan keputusan berdasarkan komplot.

“Bayangkan pengorbanan saya selama lebih 5 tahun, macam tu je bahagian media jakim buat kat saya.

“Saya amat tertekan, ini semua berlaku dalam keadaan saya terpaksa menjaga ibu, lima orang anak buah (kerana) abang saya lumpuh seluruh badan dan hanya mampu menggerakkan mata sahaja” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi walaupun pihak majikannya mengetahui mengenai penderitaan yang dihadapinya itu namun mereka tidak pernah mengendahkannya.

“Mereka pernah katakan dalam mesyuarat, JAKIM ini bukan JKM (Jabatan Kebajikan Masyaraat).

“(Pada saya) ia sangat kurang ajar dan tidak ada hati perut” ujarnya kesal.

Suara.tv

Baca lagi >>

Pengambilan sukarelawan simpanan polis

PENGAMBILAN INSPEKTOR DAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS SIRI 1/2015:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan eksesais pengambilan Inspektor dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bermula dari 9 Februari hingga 13 Februari 2015.


SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.

KELAYAKAN:

1. Jawatan Inspektor : Dari kalangan Inspektor Kor SUKSIS yang ditauliah sahaja.

2. Jawatan Konstabel : Minima lulus SRP/PMR atau setaraf dengannya. 

3. Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.

4. Bersih dari sebarang Rekod Jenayah/Rekod Cawangan Khas

5. Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga didalam keadaan darurat.

6. Pekerja-pekerja dari kumpulan Key Personal seperti Hospital /TNB (breakdown)/Telekom (teach) , Pegawai Keselamatan/ Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/Badan Berkanun tidak layak memohon.

7. Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Akademik dan Sijil Berhenti Sekolah/Tamat Sekolah

8. Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/peraturan/kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

KELAYAKAN FIZIKAL

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

1. Tinggi sekurang-kurangnya Lelaki :162cm, Wanita : 152cm
2. Berat badan sekurang-kurangnya Lelaki : 50 kg, Wanita : 48 kg
3. Mempunyai penglihatan yang baik;
4. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;
5. Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

CARA MEMOHON

Eksesais pengambilan akan dijalankan secara walk-in interview bermula pada 09/02/2015 hingga 13/02/2015 bermula jam 7.00 pagi. 

Untuk pemeriksaan dan ujian kecergasan fizikal, calon lelaki dikehendaki membawa bersama seluar pendek dan kasut sukan manakala calon wanita bawa seluar track bottom dan t-shirt. 

Senarai Pusat-pusat Walk-in Interview adalah seperti berikut:

KUALA LUMPUR 

Tel : 03-21460522
Tarikh : 9 -13 Februari 2015
Tempat : 
• IPK Kuala Lumpur
• Dewan Integriti, Tingkat 7, IPD Sentul

SELANGOR

Tel : 03-55145222
Tarikh : 9 -13 Februari 2015
Tempat : 
• Mes Pegawai Kanan, IPK Selangor
• Dewan Anggerik, IPD Sepang
• Dewan Utama, IPD Ampang Jaya

PULAU PINANG

Tel : 04-2221522
Tarikh dan pusat temuduga akan dimaklumkan

JOHOR

Tel : 07-2254222
Tarikh dan pusat temuduga akan dimaklumkan

KEDAH
Tel : 04-4299222
• 9 -10 Februari 2015 - SLAK Anak Bukit,Alor Setar
• 11 -13 Februari 2015 - SLAK Kuala Muda, Sungai Petani

PERAK

Tel : 05-2451222

1) 9 Februari 2015
• Bilik Maklumat Balai Polis Bagan Serai, IPD Kerian
• Dewan Bunga Tanjung, IPD Tg.Malim
• Bilik Mesyuarat, IPD Pengkalan Hulu

2) 9 – 10 Februari 2015
• Rumah PERKEP, IPD Manjung

3) 10 Februari 2015
• Bilik Gerakan Cawangan Khas, IPD Gerik
• Bilik Gerakan, IPD Kuala Kangsar

4) 10 – 11 Februari 2015
• Bilik Mesyuarat StaRT, IPD Hilir Perak

5) 11 Februari 2015
• Kelab Polis, IPD Perak Tengah
• Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan, IPD Selama

6) 12 Februari 2015
• Mes Pegawai Kanan, IPD Batu Gajah
• Rumah PERKEP, IPD Kampar

7) 12 – 13 Februari 2015
• Kompleks Latihan/Sukan, IPK Perak
• Bilik Hemodialisis, IPD Taiping
8) 13 Februari 2015

• Pejabat Sukarelawan Simpanan Polis, IPD Sg. Siput
• Kompleks Perumahan, IPD Tapah

SABAH 

Tel : 088-450222
1) 9 – 10 Februari 2015
• Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu
• Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau
• Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan

2) 12 – 13 Februari 2015
• Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran 
• Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort
• Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu

3) 15 – 16 Februari 2015
• Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat
• Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan
• Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau

SARAWAK

Tel : 082-245522
Tarikh dan pusat temuduga akan dimaklumkan

TERENGGANU

Tel : 09-6354735, 09-8592222, 09-8482222, 09-6098222, 09-6956222, 09-6098222
13 Februari 2015
• Dewan Redang, IPK Terengganu
• Rumah Kelab, IPD Kemaman
• Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun
• Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu
• Ibu Pejabat Polis Daerah Besut
• Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu

MELAKA

Tel : 06-2854222
9 -13 Februari 2015
• Dewan Serbaguna, IPK Melaka

KELANTAN

Tel : 09-7455622
Tarikh dan pusat temuduga akan dimaklumkan

NEGERI SEMBILAN

Tel : 06-4842222
Tarikh dan pusat temuduga akan dimaklumkan

PERLIS

Tel : 04-9082222
9 -13 Februari 2015
• Kompleks Latihan Pdrm Kuala Perlis
• Balai Polis Kuala Perlis

Baca lagi >>

Selepas kisahnya tersebar, lelaki ini akhirnya mampu memiliki sebuah kereta

KISAH seorang lelaki di Amerika Syarikat yang sanggup berjalan sejauh 33 kilometer untuk ke tempat kerja pada setiap hari telah menarik perhatian masyarakat untuk menggerakkan tabung derma bagi membantunya.

Sumbangan daripada lebih 11,000 individu berjaya mengumpulkan lebih AS$300,000 (RM1.1 juta), sekali gus membolehkan James Robertson, 56, dari Detroit, Michigan membeli sebuah kereta.

Pengasas kempen di laman GoFundMe, Evan Leedy memberitahu pada awalnya, sasaran mereka adalah hanya AS$5,000 (RM17,735), namun ia telah mencatat kutipan yang jauh lebih tinggi.
Robertson di samping kereta baru miliknya
“Saya hanya mahu memastikan dia memiliki sebuah kereta untuk berulang alik ke tempat kerja. Usaha ini tidak akan berhasil tanpa bantuan orang ramai yang bermurah hati menyalurkan derma di bawah kempen kami,” katanya.

Difahamkan, Robertson mula berjalan kaki hampir sedekad selepas kereta Honda miliknya rosak pada 1988.

Menurutnya, dia tidak berkemampuan untuk membeli kereta baharu kerana gajinya sebagai seorang pekerja kilang di pinggir bandar Rochester Hills hanya AS$10.55 (RM37) sejam.

Robertson akhirnya memilih kereta Ford Taurus untuk kegunaannya ke tempat kerja.

“Kereta ini seakan menggambarkan diri saya. Rekaan luarannya sangat kukuh dan dalamannya ‘kuat’ seperti saya,” katanya dalam nada sebak selepas diberi peluang untuk pandu uji kenderaan tersebut. – The Mirror

Sinar Harian

Baca lagi >>

Anwar dipenjara 5 tahun

Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan itu disampaikan pada jam 2.05 petang tadi.

Mahkamah Persekutuan mendapati  Anwar bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam itu.

Dengan keputusan ini, Anwar gagal mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya.

Peguam Anwar, Gopal Sri Ram telah meminta masa sehingga jam 1 untuk proses mitigasi.

Keputusan itu disampaikan selepas perbicaraan selama lapan hari, menjangkaui jadual asal perbicaraan selama dua hari.

Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu atas alasan mahkamah tidak pasti secara 100 peratus tentang sampel yang diambil daripada mangsa bagi ujian DNA.

Mahkamah memutuskan bahawa sampel itu mungkin telah diganggu atau tercemar sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk analisis.

Walau bagaimanapun, pada 7 Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah juga mendapati Anwar gagal membuktikan dakwaannya bahawa wujud konspirasi politik dalam pertuduhan terhadapnya.

Dengan keputusan ini, Anwar, 67, boleh hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen (MP) Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.
 
Anwar diwakili sepasukan 15 orang peguam yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat belas peguam yang lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R. Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Khim Choon, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu. Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Ini merupakan kes liwat kedua terhadap Anwar.  

Dalam kes pertama, dia didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada tahun 1994, dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Mahkamah mengarahkan beliau menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara enam tahun kerana rasuah, setelah didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah pada 4 April, 1999.

Namun selepas menghabiskan hampir enam tahun di penjara kerana rasuah, beliau dibebaskan pada 2 Sept, 2004, selepas Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudian menjadi Ketua Hakim Negara, mengubah sabitan dan mengetepikan hukuman penjara ke atas beliau atas tuduhan liwat, dengan keputusan majoriti 2-1.
   
Abdul Hamid, yang menulis penghakiman majoriti, berkata hakim mendapati Anwar dan tertuduh bersama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja "terlibat dalam kegiatan homoseksual" dan hakim-hakim lebih cenderung untuk mempercayai bahawa liwat yang didakwa itu memang berlaku.

Astroawani

Baca lagi >>

Ciri-ciri keselamatan Perodua Myvi ‘facelift’ diiktiraf 4-bintang



Perodua memulakan 2015 dengan memberikan model Myvi mereka nafas baharu yang merangkumi perubahan menyeluruh kepada model paling popular ini.

Untuk luaran, tambah baik termasuk penggunaan lampu projektor, spoiler belakang rekaan baharu, rekaan aloi terkini, pembuka pintu krom, ‘moulding sisi’ dengan kemasan krom, lampu belakang LED serta juga bampar baharu untuk bahagian depan dan belakang. Bahagian belakang turut menampilkan ‘diffuser’.

Kombinasi enjin (pilihan 1.3 liter ataupun 1.5 liter) dan transmisi manual 5-kelajuan ataupun automatik 4-kelajuan masih lagi dikekalkan. Varian pula terbahagi kepada Standard G dan Premium-X (untuk Myvi 1.3 liter; dan SE serta Advance untuk Myvi 1.5 liter. Keperluan untuk mendapatkan penggunaan bahan api optima dibantu oleh stereng elektrik.

Terdapat juga sedikit kelainan dari segi saiz diantara kedua-dua varian: walapun lebar dan tinggi Myvi 1.3L dan 1.5L adalah serupa pada 1665mm dan 1570mm masing-masing, risalah jualan ada menyatakan bahawa kereta 1.3L adalah panjang sedikit berbanding versi 1.5 liter (3695mm dan 3685mm).

Namun begitu, saiz bahagian dalam kekal serupa iaitu 1850/1380/1265 untuk ukuran-ukuran panjang, lebar dan tinggi kabin.

Berkenaan kabinnya lagi, kerusi-kerusi di dalam semua varian adalah dibalut dengan fabrik (kualiti berbeza diantara 1.3L dengan 1.5L), kecuali 1.5L Advance yang dibalut dengan kulit. Kedua-dua versi 1.5 liter juga dilengkapi kerusi hadapan jenis semi-bucket yang lebih kemas memegang pemandu.

Untuk sistem audio, varian Standard G dilengkapi pemain CD asas; manakala varian paling mewah iaitu 1.5L Advance menampilkan pemain multimedia lengkap dengan navigasi GPS serta kamera undur. Varian-varian lain diantara kedua-dua ini pula dipasang pemain CD/MP3 dengan slot USB dan sambungan Bluetooth.
Kesemua jenis Perodua Myvi 2015 datang dengan sepasang beg udara dan cangkuk untuk menggantung beg tangan (yang pertama kali digunakan pada model Axia). Semua varian juga mendapat sistem brek ABS (dan EBD dan Brake Assist) kecuali 1.3L Standard G.

Kereta ini juga ditambah dengan sensor hadapan yang boleh diaktifkan oleh pemandu apabila perlu, terutamanya bila memasuki kotak parkir.

ASEAN NCAP juga telah mengesahkan bahawa Myvi ‘facelift’ sekarang diiktiraf dengan 4-bintang untuk ciri-ciri keselamatannya.

Mengikut Perodua sendiri, langkah-langkah tambah baik yang diberikan kepada Myvi baharu ini mempunyai nilai sebanyak RM4,500.

Harga untuk Perodua Myvi adalah seperti di bawah:






Astroawani

Baca lagi >>

Tips elakkan kereta daripada dicuri


  • Seboleh mungkin, letakkan kereta anda di kawasan terbuka yang terang dan dilalui orang awam.
  • Sentiasa pastikan semua tingkap – termasuk sunroof dan boot – terkunci dengan kemas, walaupun anda meninggalkan kereta anda sebentar sahaja.
  • Pasangkan alat ‘immobiliser’.
  • Gunakan kunci tambahan untuk stereng/gear.
  • Pasangkan pengesan GPS.
  • Pastikan peralatan tambahan seperti pengesan GPS ataupun ‘immobliser’ mendapat pengesahan daripada ‘Thatcham’. ‘Thatcham Research’ adalah pusat penyelidikan bagi industri insurans bagi kenderaan.

Astroawani

Baca lagi >>