Tuesday, 3 February 2015

Koleksi gambar EcoSport SUV kompak

PERTAMA kali memandang Ford EcoSport, pasti anda dapat melihat ciri-ciri ken­deraan utiliti sukan (SUV) pada­nya, iaitu tinggi. Tetapi badannya agak kecil. Mungkin spesifikasi cross over pun wajar dilabel pada EcoSport.

FORD EcoSport merupakan SUV kompak terbaharu yang sesuai digunakan dalam bandar.
Secara rasmi Ford meletakkan klasifikasi EcoSport dalam segmen B iaitu kereta kompak atau dalam konteks EcoSport ia adalah SUV kompak dan yang mampu dimiliki.

Dibina berdasarkan kepada platform segmen B global Ford seperti Ford Fiesta, EcoSport memiliki jarak setinggi 200 milimeter dan boleh mengharung air setinggi 550 milimeter. Faktor ini juga menjadikannya pilihan ideal untuk ibu-ibu mengambil dan menghantar anak ke sekolah, misalnya.

Menawarkan penjimatan bahan api mengagumkan, mudah dikendalikan dan rangkaian ciri pintar, EcoSport sememangnya sebuah kenderaan yang tepat untuk pemanduan di bandar dan laluan-laluan yang mencabar.
DARI pandangan belakang, Ford Ecosport memperlihatkan ciri-ciri SUV.
Ketika ia selesa mengharung air di kawasan banjir dan menghiburkan pemandu dengan pemilihan muzik serta panggilan telefon bebas ta­ngan, SUV kompak ini juga menawarkan tahap keselesaan terbaik dan operasi yang senyap.

EcoSport serba baharu dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder global Ford 1.5 liter twin independent variable camshaft timing (Ti-VCT). Mampu menjana sehingga 110PS dan kuasa kilas mencecah 142Nm, enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik Ford PowerShift enam kelajuan yang ultra efisien dengan ciri Select Shift untuk menawarkan penjimatan bahan api sehingga 15.4km/L dan emisi karbon dioksida 154g/km.

EcoSport ditawarkan dalam dua varian iaitu Trend dan Titanium. Untuk Trend harganya ialah RM92,888 dan didatangkan dalam tiga warna, Candy Red, Midnight Sky dan Frozen White. Varian Titanium pula berharga RM103,888 dengan empat warna pilihan iaitu Mars Red, Winning Blue, Midnight Sky dan Frozen White.

EcoSport serba baharu membuatkan pemanduan lebih seronok dan intuitif dengan barisan ciri pintar. Ini termasuklah sistem sambungan di dalam kereta yang diaktifkan melalui suara, Ford SYNC. Buat pertama kalinya di Malaysia, Ford SYNC boleh didapati dalam bahasa Mandarin dan Inggeris.

Sistem yang memenangi anugerah itu membolehkan pemandu terus memegang stereng dan mata mereka fokus ke atas jalan raya ketika memilih muzik kegemaran atau membuat panggilan telefon menggunakan arahan suara.
Dashboard EcoSport yang serba moden dan mesra pemandu. 
Antara ciri pintar dan memudahkan pengguna ialah lampu yang menyala selama beberapa saat selepas enjin kereta dimatikan (follow-me-home lights), Rear Parking Aid dengan Park Pilot dan lampu pandang belakang anti-silau yang mengelakkan pemandu menjadi silau akibat pancaran cahaya lampu kenderaan di belakang mereka.

Varian EcoSport Titanium juga hadir bersama sistem kemasukan pintar tanpa kunci dengan butang Push Start Ford, penggilap cermin, lampu utama automatik dan bumbung suria.
TERDAPAT bumbung terbuka dalam EcoSport.

Terdapat 20 ruang penyimpanan barang yang gabungan semuanya berkapasiti 21 liter, ia termasuklah:
  • Ruang penyimpanan hadapan yang disejukkan dan boleh menyimpan sehingga enam tin minuman
  • Tempat menyimpan cermin mata hitam di bahagian atas konsol
  • Satu laci di bawah tempat duduk penumpang hadapan yang cukup besar untuk menyimpan sebuah komputer riba
  • Poket pada pintu hadapan yang boleh meletak botol-botol air 1.5 liter dan 600ml
  • Poket pada pintu hadapan yang boleh meletak botol-botol 600ml

Ruang kargo belakangnya juga cukup versatil. Tempat duduk belakang boleh diba­ringkan untuk lebih keselesaan atau dilipat sepenuhnya bagi memperoleh ruang kargo tambahan.

Apabila tempat duduk belakang dilipat ke arah kerusi hadapan, ruang but mence­cah 705 liter, cukup besar untuk meletak sebuah mesin basuh. Tempat duduk belakang juga boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40 untuk me­ngangkut objek-objek yang panjang seperti pek perabut, pada masa yang sama boleh membawa penumpang di belakang.
REKA bentuk meter yang menarik dalam EcoSport.
Untuk menghilangkan tekanan ketika memandu, EcoSport juga ha­dir bersama pelbagai sistem bantuan pemandu serta ciri keselamatan.

Ciri-ciri lain termasuklah Anti-lock Braking System (ABS), Emergency Brake Assist (EBA), Passive Anti-Theft System (PATS) dengan Pelumpuh Enjin, tali pinggang ke­ledar pra regangan, teknologi Ford BeltMinder dan ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak.

Sebagai tambahan, varian Eco­Sport Titanium dilengkapi tujuh beg udara sebagai standard – beg udara untuk pemandu dan penumpang ha­dapan, beg udara sisi, curtain dan pada bahagian lutut pemandu.

Utusan

Baca lagi >>

Tips membeli smartphone baru

Telefon pintar menjadi kegilaan generasi baru. Satu demi satu model dikeluarkan, namun tetap menerima sambutan hangat dan laris seperti pisang goreng panas.

Namun, pengguna perlu tahu hayat telefon pintar kebanyakannya tidak panjang seperti telefon genggam awal pengeluaran dulu. Selain aplikasi yang membebankan penggunaan bateri, telefon pintar dikatakan mudah terdedah kepada virus diperoleh ketika melayari internet.

Sebelum membeli, pastikan wang dilaburkan setimpal dengan fungsi, kegunaan, kualiti seterusnya pakej pelan ditawarkan telefon berkenaan. Pembelian berbaloi serta mengambil kira bajet ditetapkan didapati melalui:

1. Tawar-menawar

Keghairahan memiliki telefon pintar seperti mana diiklankan membawa kerugian jika tidak menepati selera dan keperluan.

Lebih dikesalkan, ia dibeli dengan harga mahal sedangkan nilai di pasaran menunjukkan penurunan. Sebab itu, jangan terus beli sebaliknya kunjungi dua tiga kedai yang menawarkan telefon berserta aksesori terlebih dulu bagi membuat perbandingan harga.

Pilih yang menawarkan harga paling rendah dan sebolehnya, cuba tawar-menawar untuk mendapatkan pembelian bernilai.

Anda dinasihatkan tidak membeli telefon yang baharu saja dilancarkan di pasaran tetapi tunggu sehingga enam bulan. Biasanya harga telefon bimbit akan turun sebaik model baru dilancarkan.

2. Elak pembelian secara ansuran

Aliran telefon pintar berubah saban minggu. Persaingan sengit dalam kalangan pelbagai jenama dan syarikat pengeluar gajet itu memungkinkan kemunculan model baru dalam tempoh singkat.

Kecenderungan memiliki model telefon pintar terkini bukan saja mendorong pembeli berbelanja besar tetapi lebih parah, kerap menukar telefon demi mengejar aliran baharu.

Ia mendatangkan kerugian terutama jika ia dibeli secara ansuran dengan tempoh penggunaan belum mencecah setahun. Sebaiknya, lakukan pembelian tunai manakala jika berkenan dengan model tertentu, tunggu sehingga harganya jatuh. 

Harga boleh turun sehingga RM300 dan lebih sebaik muncul model baharu yang menawarkan aplikasi lebih canggih.

3. Hindari pakej pasca bayar mahal

Telefon pintar menawarkan sambungan data yang membolehkan penggunanya melayari internet, laman sosial seperti Facebook dan Twitter selain berhubung menerusi aplikasi Whatsapp, Telegram, Line dan sebagainya.

Pakej pelan internet itu meliputi 1MB (megabit), 2MB, 5MB dan seterusnya, namun semakin tinggi MB, semakin besar jumlah bil perlu dilunaskan.

Memilih pelan paling mahal menyebabkan anda perlu membayar bil bulanan hingga mencecah ratusan ringgit sedangkan kadar penggunaan mungkin hanya separuh daripada pelan dipilih.

Untuk lebih penjimatan, anda disarankan memilih pelan prabayar yang membolehkan anda melayari internet selama sebulan dengan harga belasan ringgit.

4. Utamakan aksesori penting

Telefon pintar memerlukan pelindung skrin bagi melindungi skrin daripada calar, comot, malah retak. Namun, elakkan terpedaya dengan tawaran harga pelindung skrin yang ada kalanya tidak masuk akal.

Berbanding memasang pelindung skrin berharga puluhan ringgit, rajinkan diri mencari kedai aksesori menawarkan harga berpatutan, misalnya tidak lebih RM30 berserta upah memasangnya.

Aksesori lain wajib ada termasuk alat bebas tangan (handsfree), alat pengecas kuasa tambahan (power bank), sarung (casing) dan sebagainya yang amat diperlukan bagi telefon berbilang kegunaan seperti ini.

Bharian

Baca lagi >>

Gempar! Kereta dipandu warga emas merempuh masuk stesen minyak

Petaling Jaya: Orang ramai yang sedang mengisi minyak dan membeli barangan di premis stesen minyak Petronas Ara Damansara, di sini, gempar apabila kereta jenis Proton Wira Aeroback merempuh pintu cermin hadapan premis kira-kira 9 pagi tadi.
Menurut pekerja stesen minyak itu, dalam kejadian terbabit terdapat beberapa pelanggan di dalam premis yang sedang membeli barangan dan berurusan di kaunter sebelum sempat menyelamatkan diri apabila kereta yang dipandu seorang wanita warga emas berusia 61 tahun merempuh pintu hadapan premis berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan membabitkan pelanggan stesen minyak itu dan wanita terbabit juga selamat.

Difahamkan wanita berkenaan secara tidak sengaja menekan pedal minyak kenderaannya secara kuat ketika hendak meninggalkan stesen minyak terbabit sebelum merempuh premis berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih diteruskan.

Hmetro

Baca lagi >>

Kisah di sebalik pembunuhan Nursyuhada

Jitra: Bapa kepada penuntut wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima.

Johari Hashim berkata, pemuda tersebut adalah rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.
Nursyuhada Johari - Al-fatihah
Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.

“Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.

“Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lepas. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya,” katanya kepada pemberita.

Anaknya Nursyuhada, 20, yang merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak, semalam.

Johari berkata, namun selepas itu, anaknya memberitahu lelaki berkenaan masih menganggunya.
Beliau berkata, keluarga pemuda itu mengetahui kelakuannya yang pernah bertindak ganas memecahkan pintu rumahnya di Taman Hosba di sini.

Menurutnya, pemuda tersebut pernah melarikan anaknya dengan kereta sebelum ini tetapi mereka sekeluarga menemuinya semula.

“Saya sangat terkejut apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu.

“Isteri saya cuba menghubunginya anak saya beberapa kali, tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak saya,” kata Johari.
Beliau berkata, bapa lelaki itu kemudian menghubungi anaknya dan memaklumkan kepada Johari anaknya telah mengelar leher Nursyuhada.

Beliau juga kesal kerana lelaki itu dilapor memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara itu kerana mengalami sakit mental.

Johari berkata, kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada awal bulan lalu ketika menghantar anaknya di perhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk pulang ke kampus.

Nursyuhada yang meninggal di Hospital Kuala Kangsar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, pagi tadi.

Bernama

Baca lagi >>

Jenazah mangsa kelar selamat dikebumikan

Jenazah pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang maut akibat dikelar kenalan lelakinya, semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, dekat sini, pada jam kira-kira 11 pagi tadi.
Nursyuhada Johari, 20, yang juga anak kedua daripada enam beradik sebelum itu disembahyangkan di Masjid Kampung Cherok Mokkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan terbabit.

Pelajar tahun pertama jurusan Perhotelan di UiTM Pulau Pinang, maut selepas dikelar dan ditikam di lehernya di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang pada tengah hari, semalam.

Sebelum itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan kenalan lelakinya itu di dalam kereta sebelum dikelar dan mayatnya disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar.

Bharian

Baca lagi >>

Kagum! Raja Muda Perlis turun padang sendiri mencari asnaf zakat

Diceritakan oleh Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di dalam FB miliknya,

"Petang semalam saya menyertai aktiviti mingguan DYTM Raja Muda Perlis iaitu kayuh basikal mencari asnaf zakat (mereka yang layak menerima zakat).
Melalui denai, sawah, parit dan lorong memang memenatkan tapi berbaloi apabila dapat sampai dan melihat sendiri tempat tinggal golongan asnaf dan kehidupan mereka.

Dalam tahun 2015 sahaja, semalam sudah siri yang ke-10 kayuhan mencari asnaf berkenaan.
Lama tak naik basikal memang sakit badan dan rasanya basikal yang saya ada itu kurang sesuai. Apapun, sesiapa yang berminat elok sertai aktiviti amal seperti ini di Perlis."

Baca lagi >>

Alahai...comelnya burger kura-kura ni

GUANGZHOU - CHINA. Dek kerana takut kura-kura peliharannya disita petugas lapangan terbang, seorang lelaki yang dikenali sebagai Li telah ‘menukar’ kura-kura tersebut menjadi burger.

Memetik laporan daripada News.com.au, Li bertindak sedemikian bagi memastikan kura-kura tersebut dapat ‘terbang’ bersamanya.

Li dilaporkan hendak berlepas dari bandar raya Guangzhou Baiyun ke Ibu kota Beijing China.

Pada awalnya, Li berjaya mengaburi petugas ketika bagasinya melintasi pemeriksaan sinar X meskipun petugas tersebut seperti mengesyaki sesuatu.

Petugas tersebut sempat mengatakan bahawa beliau melihat satu ‘benjolan’ keluar daripada bagasinya.

Namun Lli membantah dakwaan petugas itu dan meyakinkannya, bahawa benda yang ia lihat bukan kura-kura.
"Tidak ada kura-kura, hanya burger dan tidak ada sesuatu yang istimewa di dalam bagasi ini untuk dilihat," kata Li seperti dilapor media China.

Walaupun lolos dalam pemeriksaan pertama, namun rahsia Li akhirnya terbongkar pada pemeriksaan berikutnya.

Akhirnya Li mengaku dia telah membawa haiwan peliharaanya itu dari rumah, kerana berharap dapat menikmati penerbangan bersama kura-kuranya itu.

Sinar Harian

Baca lagi >>