Monday, 2 February 2015

Berhati-hati beli ikan keli terutama yang dijual dengan harga terlampau murah, kehalalannya diragui

Orang ramai di Terengganu dinasihatkan supaya supaya lebih berhati-hati ketika membeli ikan keli di pasar-pasar negeri ini bagi mengelak mendapatkannya daripada sumber yang diragui kehalalannya.
 
Pengarah Perikanan Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim berkata ketika ini terdapat banyak lambakan ikan keli dari pantai barat yang dijual di sini dengan harga yang murah tanpa diketahui sumber halal dan haramnya ikan itu.

Gambar hiasan
 
"Biarlah kita tahu dari mana ikan-ikan itu, halal haramnya dan tahap kebersihannya. Ini kerana kita sedia maklum terdapat ikan keli yang dipasarkan bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tentang status halal haramnya ikan berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-73 yang bersidang pada April 2006 memutuskan bahawa ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seupamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan itu sengaja dipelihara dalam air najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.
 
Abdul Khalil berkata, kesan dari lambakan ikan keli itu menyebabkan penurunan harga ikan keli di pasaran negeri ini serta menjejaskan kehidupan penternak hidupan itu yang turut mengalami kerugian.
 
Sebelum ini, seorang pengusaha ikan keli terbesar di Terengganu, Zakaria Harun, yang memiliki sijil halal ternak keli, mendakwa banyak penternak ikan keli di negeri ini mengalami kerugian ekoran lambakan ikan itu yang dijual dengan harga serendah RM3 sekilogram.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Mangsa nekad rempuh peragut di Kamunting

KAMUNTING – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua lelaki bertindak memecahkan cermin kereta dan meragut beg tangannya di persimpangan lampu isyarat, Masjid Kamunting, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, semalam.

Saksi kejadian, Amran, 34, berkata, mangsa bagaimanapun bertindak berani mengejar dua lelaki itu dan merempuh mereka hingga jatuh.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan.

"Dua lelaki terbabit kemudian ditangkap orang ramai yang berada di lokasi kejadian," katanya.

Difahamkan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dua suspek terbabit  diserah kepada polis.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, sebelum kejadian, wanita berkenaan berhenti di kawasan lampu isyarat sebelum didatangi dua lelaki yang bertindak memecahkan cermin keretanya menggunakan objek keras.

"Suspek memecahkan cermin kereta sebelum meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan," katanya.

"Dua suspek turut cedera ringan akibat terjatuh daripada motosikal dan mereka ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi dan ragut," katanya.

Ismail berkata, pihaknya memuji keberanian ditunjukkan mangsa yang berusia awal 30-an itu.

“Walaupun suspek berjaya melarikan beg tangan mangsa, namun sikap beraninya mengejar suspek membolehkan beg tangannya diperoleh semula," katanya.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Nicol cipta rekod dunia

RATU skuasy negara Datuk Nicol David mencipta rekod dunia baru apabila dapat bertahan selama 106 bulan sebagai pemain nombor satu dunia dalam senarai terbaharu Persatuan Skuasy Wanita (WSA).

Pemain berumur 31 tahun ini yang berasal dari Pulau Pinang yang muncul pemain nombor satu dunia sejak Januari 2006, mengatasi rekod 105 bulan yang dicipta Susan Devoy dari New Zealand yang dipegangnya sejak Februari 1993.

 
Susan merupakan bekas juara dunia empat kali dan juara terbuka British lapan kali.
   
Menurut laman web www.squashsite.co.uk, Nicol memungut 3,446 mata sementara pemain Mesir, Raneem El Welily selaku pemain nombor dua dunia mengumpul 2,580 mata diikuti pemain dari England, Laura Massaro dengan 2,145 mata.
   
Rekod itu diumum pada kejohanan JP Morgan Tournament of Champions di New York bulan lalu di mana pengerusi kejohanan John Nimick dan pengarah Beth Rasin menyerahkan kepada Nicol poster yang ditandatangani kesemua pemain dunia lain.
   
"Pencapaian Nicol meletakkannya dalam kalangan atlet terhebat dalam sejarah dan sesungguhnya beliau meningkatkan taraf sukan kita," katanya.
   
Bulan ini turut menyaksikan Nicol mengekalkan ranking kejuaraan hingga 103 bulan sejak Ogos 2006, 45 bulan mengatasi Devoy.
   
"Untuk menjadi pemain nombor satu dunia adalah unik dan memerlukan persembahan luar biasa, tetapi untuk memegang tangga teratas selama 106 bulan adalah menakjubkan," kata Ketua Eksekutif WSA, Tommy Berden.
   
Nicol pula berkata: "Menjadi nombor satu memerlukan kerja keras. Bagi saya, ia berkaitan bermain dalam kejohanan, yang lain merupakan bonus."

Sinar Harian

Baca lagi >>

Gara-gara mahu selfie dengan keretapi, 3 maut dirempuh

AGRA - INDIA. Gara-gara mahukan 'selfie berani' dan memuat naik gambar ke laman sosial, tiga pelajar kolej maut dirempuh kereta api.

Kejadian yang berlaku pada 27 Januari lalu mengorbankan tiga pelajar kolej, lapor The Times of India.

Gambar hiasan
Mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai Takub, Iqbal dan Afzal. Ketiga-tiga mangsa dilaporkan berusia 20-an dan merupakan pelajar sebuah kolej.

Memetik laporan tersebut, rakan mangsa yang maut, Aneesh berkata, beliau bersama tiga rakannya tersebut sedang dalam perjalanan ke Agra untuk melihat Taj Mahal.

Menurut pegawai polis, Sanjay Kumar memberitahu, keempat-empat pelajar berkenaan ingin 'selfie' dengan keretapi yang sedang bergerak.

Aneesh, yang sedang mengambil gambar memberitahu, mereka tidak sempat mengelak keretapi tersebut.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Dr.MAZA dilantik sebagai Mufti Perlis yang terbaharu

YBhg Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dilantik sebagai Mufti Perlis untuk kali ke 2. 


"Hari pertama memasuki pejabat sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis bagi lantikan kali kedua.

Pohon doa semua rakyat Malaysia.

PA Mufti boleh dihubungi di talian 049794428. Fax 049763844."

DrMAZA.com

Baca lagi >>

'Assalamualaikum, nama saya Farouk, saya Muslim, saya mahu sembahyang dulu' - misteri nota yang tertulis pada mayat seorang lelaki

Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing, yang dibungkus dengan plastik hitam, ditemui dalam semak berhampiran ladang kelapa sawit di Kubang Menerong, Tasek Gelugor di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mayat lelaki bersama sekeping nota itu ditemui pada 3.30 petang oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan mengenainya kepada polis.

"Lelaki  itu menemui bungkusan plastik hitam seperti mayat dikafan selepas terhidu bauan wangi di kawasan semak itu...dipercayai air mawar yang disiram ke atas mayat itu.

"Bersama mayat itu terdapat sekeping kertas yang diletakkan atas dadanya yang ditulis nota dalam Bahasa Melayu iaitu 'Assalamualaikum, Nama saya Farouk, saya Muslim, saya mahu sembahyang dulu'," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Namun, polis tidak menemui dokumen pengenalan diri pada mayat berkenaan.

Abdul Rahman berkata, tiada sebarang kecederaan atau kesan lebam ditemui pada mayat itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Polis  sedang menyiasat punca sebenar kematian mangsa. Mayatnya dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Sinar Harian

Baca lagi >>

AWAS taktik rompakan LANGGAR dan SAMUN berleluasa sekarang!

‘Satu sindiket samun kenderaan yang dikenali sebagai Geng Macai Buyong yang bergerak aktif sekitar Lembah Klang telah berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya beberapa ahli kumpulan tersebut’.
SUMBER: HARIAN METRO, Januari 2014

Kejayaan menumpaskan kumpulan ini tidak bermakna kita boleh menganggap tiada lagi kejadian samun kereta. Penjenayah yang semakin bijak dan berani ini akan muncul apabila terdapat ruang dan peluang untuk melakukannya dan kita tidak harus leka serta mengambil mudah akan tahap keselamatan semasa memandu pada waktu siang mahupun malam.

Ketahui beberapa taktik yang dikesan digunakan penjenayah untuk melarikan harta benda khususnya kenderaan anda dengan menggunakan taktik SAMUN dan LANGGAR BELAKANG KERETA.

Modus Operandi

1. Suspek terdiri daripada empat orang atau lebih dan menaiki kenderaan seperti kereta atau motosikal

2. Suspek yang menaiki kereta akan mengekori mangsa yang memandu bersendirian lalu melanggar belakang kereta mangsa sehingga mangsa memberhentikan kenderaan untuk melihat kerosakan yang dialami.

3. Terdapat juga kejadian di mana suspek menggunakan dua buah kereta di mana sebuah kereta akan bertindak menghalang kereta mangsa di hadapan manakala sebuah lagi akan melanggar belakang kereta mangsa. Lazimnya kejadian ini berlaku di persimpangan lampu isyarat.

4. Ada juga menggunakan taktik dengan menyerang mangsa yang baru sahaja masuk atau ke dalam kereta ataupun keluar daripada kenderaan.

5. Suspek akan mensasarkan mangsa yang menggunakan lebuh raya, jalan yang kurang dilalui orang ramai atau yang memandu kenderaan pada tengah malam atau awal pagi.

Nasihat

1. Sekiranya anda melihat atau diekori oleh mana-mana individu yang mencurigakan atau tidak dikenali terus menghubungi mana-mana BALAI POLIS berdekatan.

2. Sekiranya anda baru sahaja membuat pengeluaran wang dengan jumlah yang banyak dinasihatkan untuk meninjau keadaan sekeliling sebelum menuju ke kenderaan atau mengekori anda semasa memandu

3. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda

4. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis kenderaan, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

Sumber: PDRM

Baca lagi >>