Tidak dinafikan lagi, ramai pengguna menggunakan laman sosial untuk berkongsi apa sahaja, tidak terkecuali luahan perasaan yang menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap orang lain di sekeliling mereka.
Bagi pengguna aktif laman sosial seperti Facebook, Twitter atau blogger, kebanyakan mereka cenderung untuk memiliki tabiat ini.
Bagaikan trending, laman sosial seperti Facebook kini dijadikan sebagai punca peningkatan jumlah perceraian antara pasangan suami isteri masa kini.
Thursday, 22 January 2015
FB punca ramai pasangan bercerai
Terkini kesihatan Tuan Guru
Kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Nik Mat semakin baik walaupun belum pulih sepenuhnya.
Nik Mohamad Abduh berkata, keadaan kini bertambah baik berbanding semalam selepas tiga hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
"Kanser prostat tahap empat yang sedang ayahanda alami tidak jejas fungsi badan yang lain apabila dia lulus ujian yang dilakukan doktor.
Wow..dah boleh guna Whatapps melalui komputer!
APLIKASI Whatapps kini memperkenalkan perkhidmatan menghantar pesanan menerusi pelayar web.
Melalui blognya, Whatsapp berkata, pelayar web akan menduakan setiap perbualan dan pesanan dari peranti telefon bimbit dan setiap pesanan pengguna akan terus berada di dalam telefon bimbit.
Mahu kelihatan cantik, peha pula mereput
SAO PAULO - BRAZIL. Bekas ratu cantik dari Brazil terpaksa bertarung nyawa dan menanggung derita sepanjang hayat hanya kerana untuk kelihatan cantik.
Andressa Urach, 27, mengakui apa yang berlaku telah mengubah hidupnya, sekaligus memberikan pengajaran paling pahit untuk dikenang sepanjang masa.
Pada masa itu, saya hanya mahu orang lain memandang saya dengan penuh rasa cemburu,” katanya seperti yang dipetik menerusi Mail.Online.
Menurut Urach, keinginan yang begitu tinggi untuk mencantikkan lagi pehanya membuatkan dia mengambil keputusan untuk menjalankan rawatan kaedah menyuntik pehanya dengan (filler) bahan kimia, hidrogel dan polymethylmetacrylate (PMMA).
Namun bentuk peha yang diidamkan tidak kesampaian apabila doktor mengesahkan bahan kimia yang disuntik ke dalam paha mula mereputkan tisu kulitnya. “Rawatan kecantikan yang dijalankan mula mereput dan memakan tisu peha saya.
Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih!
Di sebalik cerita kemenangan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-29 yang bersiaran di TV3 baru-baru ini, cerita penaja utama anugerah berprestij itu iaitu produk Qu Puteh termasuk pengasas produk berkenaan dari Vida Beauty turut menjadi sensasi.
Pengasas produk, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan Datuk Vida dalam erti kata lain berjaya membuatkan produk berkenaan diingati ketika berlangsungnya AJL 29. Dikecam atau dipuji di laman sosial, ia tetap publisiti terbaik buat produk itu.
Malah tak kurang yang menyifatkan beliau jenis yang gila glamor apabila wajahnya kerap ditampilkan sepanjang AJL 29 berlangsung. Tagline 'Qu Puteh barulah putih' sambil menyentuh pipi dengan jari yang digayakan beliau turut dipersendakan.
Bagi Datuk Vida sebagai pelabur dan penaja, beliau mahu memanfaatkan jumlah pelaburan yang diberikan kepada sesebuah acara itu sebaik mungkin. Difahamkan untuk AJL 29 saja beliau menaja mencecah RM3 juta manakala GegarVaganza hampir RM2 juta.
![]() |
Pengasas Qu Puteh, Datuk Vida bersama Datuk Siti Nurhaliza |
QZ8501: Beberapa mayat masih terperangkap di badan pesawat
PANGKALAN BUN: Imbasan sonar oleh Jabatan Hidrooceanografi Indonesia menemukan beberapa jenazah mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang masih terperangkap di dalam badan pesawat.
Perkara itu dinyatakan oleh Panglima Armada RI Kawasan Barat Laksda Tentera Nasional Indonesia (TNI), Widodo hari ini, sejurus pengesahan penemuan lokasi badan pesawat itu, awal pagi ini.