Tuesday, 20 January 2015

Kanak-kanak maut dilanggar bapa

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dilanggar, ketika bapanya mengundurkan kereta di sebuah taman perumahan di Tok Dor, Jerteh di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.15 malam itu, bapa kanak-kanak terbabit Rusli Ibrahim, 47, hendak mengalihkan kereta yang diletakkan di luar pagar rumah ke dalam garaj kediaman teres setingkat keluarga tersebut.
Berhati-hati semasa ingin mengundur kereta. (gambar hiasan)
Ruslina Puteri Batrisyia, anak ketiga daripada empat beradik, yang cedera parah di kepala meninggal dunia di Hospital Daerah Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, bapa kanak-kanak malang itu yang merupakan seorang kontraktor hanya menyedari kejadian itu apabila terasa terlanggar sesuatu ketika mengundurkan kereta ke dalam garaj.

"Bapa dan ibu kanak-kanak itu kemudian membawa mangsa ke Hospital Daerah Besut. Namun setibanya di hospital, pegawai perubatan bertugas mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Bernama

Baca lagi >>

Doakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, beliau kini di ICU

Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM) Kubang Kerian hari ini.

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam Facebooknya, sebentar tadi.

“Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi.  Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata, akan sentiasa memaklumkan perkembangan ayahanda dari semasa ke semasa.

“Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang,”katanya.

Baca lagi >>