KAHERAH - MESIR. Amnesty International mendakwa pihak berkuasa Mesir menggunakan mahkamah bagi menyekat tugas wartawan di negara itu.
Dalam laporannya, kumpulan hak asasi manusia itu berkata, terdapat kes di mana wartawan ditahan untuk tempoh yang lama tanpa sebarang dakwaan atau perbicaraan.
Ia termasuklah kes seorang jurugambar dikenali sebagai Shawkan yang telah ditahan selama lebih 600 hari.
"Di Mesir, orang yang mencabar kenyataan rasmi pihak berkuasa, mengkritik kerajaan atau mendedahkan sebarang bentuk pelanggaran hak asasi manusia berisiko untuk disumbat ke dalam penjara.
"Biasanya, mereka akan ditahan tanpa sebarang pendakwaan atau pertuduhan ke atas mereka sengaja direka-reka," jelas Amnesty.
Bagaimanapun, laporan Amnesty itu dinafikan Kementerian Luar Mesir sambil menjelaskan setiap penahanan ke atas wartawan dibuat selepas mendapat waran.
"Tiada dijadikan sasaran kerana menjadi wartawan. Tuduhan seperti ini adalah karut dan sengaja dipolitikkan," jurucakap kementerian, Badr Abdelatty. - Reuters
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment