BANDA, Aceh – Sebuah daerah di Aceh meluluskan undang-undang baharu melarang lelaki dan wanita belum berkahwin daripada bersama menaiki motosikal.
Seorang wakil rakyat, Fauzan Hamzah berkata, anggota-anggota Parlimen daerah Aceh Utara meluluskan peraturan tersebut pada minggu lalu.
“Ia akan dikuatkuasakan dalam tempoh setahun,” kata Fauzan.
“Pasangan belum berkahwin yang duduk dalam keadaan rapat di atas motosikal jelas melanggar hukum syarak dan boleh membawa kepada maksiat,” tambahnya.
Wilayah itu mula melaksanakan hukum syarak selepas diberikan kuasa autonomi khas pada 2001 dalam usaha Jakarta menamatkan penentangan puak pemisah.
Langkah terbaharu melarang menunggang motosikal bersama yang akan melibatkan lebih 500,000 orang di Aceh Utara dibuat selepas sebuah bandar di Aceh mengharamkan kaum wanita daripada mengangkang semasa membonceng motosikal.
Mereka sebaliknya diminta untuk duduk secara menyamping supaya kelihatan lebih sopan
Kosmo
Kosmo
No comments:
Post a comment