Monday, 4 May 2015

Manchester tewas lagi

MANCHESTER United berdepan tiga kekalahan berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas kepada West Bromwich Albion di laman sendiri, semalam.

Dalam dua aksi sebelum ini, The Red Devils, tewas kepada Chelsea (0-1) dan Everton (0-3).

Kegagalan itu menyukarkan United memberi saingan kepada dua pasukan teratas, Arsenal dan Manchester City.
Aksi Mata (kiri) ketika menentang West Brom, semalam.

Menurut perancang tengah United, Juan Mata, mereka perlu belajar daripada kesilapan andai mahu mengakhiri saingan liga di kedudukan terbaik.

“Perlawanan ini amat mengecewakan. Kami tidak mencipta gol dalam tiga perlawanan.

“Kami perlu belajar daripada kekalahan ini untuk kembali bangkit,” katanya.

Dalam aksi itu, Jonas Olsson menjadi pemusnah United selepas pemain pertahanan itu meledakkan gol kemenangan pada minit ke-63.

Sinar Harian