Monday, 4 May 2015

Al-Quran Al Haramain paling banyak terjual

Al-Quran Al Haramain terbitan Karya Bestari menjadi al-Quran paling banyak terjual sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL) yang berlangsung sejak 24 April lalu.

Pengurus Hal Ehwal Islam & Penerbitan al-Quran Karangkraf, Ahmad Yani Abd Manaf berkata, jualan al-Quran mendapat sambutan luar biasa daripada pembeli.


“Sejak diterbitkan, al-Quran Al Haramain dijual hampir 400,000 naskhah dan dicetak tujuh kali,” katanya.

Katanya, penerbitan al-Quran Karya Bestari telah bermula sejak dua tahun lalu dengan menghasilkan 22 al-Quran dalam pelbagai bentuk.

Katanya, sejak itu al-Quran terbitan Karya Bestari dicetak hampir satu juta naskhah.

Sementara itu, Ahmad Yani berkata, penerbitan al-Quran Karangkraf adalah berkualiti daripada segi struktur cetakan, susun atur dan kandungan.

Menurutnya, harga al-Quran Karya Bestari adalah berpatutan dan mampu milik.

Dalam pada itu, pengenalan al-Quran AR-Riyadh yang baharu diterbitkan dua minggu lalu adalah al-Quran terjemahan perkataan.

Sinar Harian