RAMALLAH - PALESTIN. Sekurang-kurangnya 12 penduduk Palestin cedera selepas tentera rejim Zionis bertindak ganas menyerang kumpulan penunjuk perasaan di wilayah Tebing Barat.
Kelmarin, puluhan penduduk Palestin menyertai protes di kem pelarian al-Jalazoun sebagai membantah projek pembinaan tembok pemisah di sepanjang Tebing Barat.
![]() |
Pertempuran tercetus antara tentera rejim Zionis dan penduduk Palestin yang membantah projek pembinaan Tembok Pemisah di Tebing Barat. |
Dalam insiden berasingan, satu lagi kekecohan berlaku selepas tentera rejim Zionis bertempur dengan penduduk Palestin yang menghadiri majlis pengebumian bekas tahanan, Jaafar Ibrahim Awad di bandar Beit Ummar.
Sementara itu, Pejabat Hak Asasi Manusia PBB menyuarakan kebimbangan terhadap penahanan pentadbiran yang dikenakan ke atas tahanan Palestin di penjara Israel.
"Penahanan tanpa dakwaan atau perbicaraan melanggar Konvensyen Geneva Ke-4 kerana Israel sewenang-wenangnya memindahkan tahanan ke penjara di luar wilayah Palestin," jelas jurucakapnya, Ravina Shamdasani.
Sinar Harian
No comments:
Post a comment