Sunday, 26 April 2015

Selamat pengantin baru Sam Bunkface & isteri

SERI KEMBANGAN: Dengan sekali lafaz vokalis Bunkface, Sam sah bergelar suami kepada Aida Azira Hussin jam 9.27 pagi semalam pada majlis ijab kabul pasangan itu yang diadakan di Dewan Sapura, Mines Resort City, di sini. 

Pasangan ini dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid al-Islam Serdang Raya, Ustaz Mohd Ramizi. Pihak pengantin lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pihak pengantin perempuan. 


Aida menerima hantaran mas kahwin RM1,000, sebentuk cincin, senaskah al-Quran, sehelai sejadah serta sepasang set telekung. Hantaran dibalas dengan sebentuk cincin, senaskah al-Quran dan sehelai sejadah kepada pihak lelaki. 


Untuk busana akad nikah dan persandingan, pasangan ini sepakat untuk memberikan tanggungjawab yang cukup istimewa kepada pereka yang tidak asing lagi dalam dunia rekaan perkahwinan, Lynda Rahim Kuala Lumpur. 


Aksesori hiasan 'gold tattoo' pula tajaan Aisyah Wong, dipadankan dengan solekan yang minimalis dan elegen oleh Emmy Agung dan dilengkapkan lagi tatarias rambut dari Chez Hair Studio. 


Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu. Mula berkenalan sebagai rakan kerjaya sekitar tahun 2011, perasaan yang pada mulanya hanya atas dasar profesionalisme, perlahan-lahan membuahkan rasa cinta. 



Akhirnya, pada pertengahan 2013, status perhubungan mereka, memasuki fasa yang lebih serius. Sesuai dengan kecintaan mereka terhadap pantai, pasangan ini memilih Koh Tao sebagai destinasi bulan madu selama lima hari. Mengenai cahaya mata, pasangan ini sangat terbuka dan bersedia dengan rezeki kurniaan Allah SWT.


Bharian