BERIKUTAN kejayaannya memperkenalkan menu eksklusif dikenali sebagai 'Dari Dapur Istana' bulan lepas, Malaysia Airlines' (MAS) akan terus menyajikan hidangan itu kepada penumpang Kelas Satu dan Kelas Perniagaannya hingga akhir tahun ini.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan kebangsaan itu berkata, hidangan tersebut adalah hasil kerjasama pihaknya dengan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dan ia akan disajikan dalam penerbangan ke destinasi terpilih di Eropah, Australia, New Zealand dan sektor serantau.
Beliau berkata, Menu Diraja itu akan menampilkan cita rasa Tengku Puan Pahang seperti Nasi Tumpang Bersama Jelatah, Nasi Kuning Bersama Opor Ayam Kacang, Udang Masak Merah, Ayam Panggang Johor, Grilled Beef Tenderloin Patty, Beef on Toast, Dadar Pahang and Puding Raja.
Sementara itu, Pengurus Makanan dan Minuman Dalam Penerbangan MAS, Cef Zahiddin Dris berkata, syarikat itu berbangga kerana dapat menghidangkan Menu Diraja kepada dunia, di samping dapat mempelajari rahsia penyediaannya daripada Tuanku Azizah.
"Ia merupakan peluang sekali seumur hidup bagi pasukan ini apabila kami dapat bekerjasama dengan Tuanku Azizah ... Tuanku Azizah, bersama cef berdedikasi daripada MAS dan BAC mencuba hingga 20 resipi pada sesi memasak khas sebelum memilih lapan hidangan itu," katanya.
Sinar Harian
No comments:
Post a comment