KEPALA BATAS - Sebanyak 40 rumah dan puluhan pokok tumbang dalam kejadian ribut di Penaga, di sini, malam tadi.
Adun Penaga, Mohd Zain Ahmad berkata, antara kampung terlibat dalam kejadian pada 9.30 malam itu ialah Kampung Seri Pantai, Permatang Tok Labu, Permatang Tok Brain dan Permatang Janggus.
![]() |
Gambar hiasan |
Seorang penduduk Kampung Seri Pantai, Sarimah Ismail, 50, berkata, kejadian itu menyebabkan bumbung rumahnya tercabut mengakibatkan air hujan mencurah masuk ke dalam rumah.
Bahiyah Ismail, 41, pula berkata banyak peralatan rumah terutama barangan elektrik rosak akibat terkena air hujan selepas bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang.
"Ribut itu berlaku lebih kurang 10 minit, memang tak sempat nak buat apa-apa. Kami sekeluarga hanya fikir untuk selamatkan diri sahaja," katanya.
Sinar Harian
No comments:
Post a comment