KERINDUAN peminat terhadap bekas juara Formula Satu (F1) Michael Schumacher bakal terubat apabila anaknya Mick Schumacher akan membuat penampilan sulung dalam perlumbaan Formula 4, hari ini.
Memetik laporan The.Telegraph.co.Uk, Mick, yang baru berusia 16 tahun akan berlumba di Ochersleben, Jerman selepas mencatat masa ke-10 terpantas dalam sesi kelayakan ketika memandu kereta van Amersfoort semalam.
![]() |
(Kiri) Mick Schumacher dan Michael Schumacher |
“Kami memang bangga kerana memiliki seorang pelumba yang mempunyai nama besar dalam pasukan tetapi nama sahaja tidak akan memberi mata kepada anda,” kata Pengarah Urusan Pasukan Van Amersfoot Racing, Willem kepada akhbar Jerman, Bild.
Sementara menurut pengurus Mick, Sabine kehm beliau merayu kepada pihak media agar tidak memberi tekanan berlebihan kepada Mick kerana bukan mudah buatnya untuk menjadi sehebat bapanya.
Bapanya Michael Schumacher merupakan seorang lagenda perlumbaan F1, sehingga kini bapanya masih terbaring dan belum pulih sepenuhnya sejak kemalangan ketika bermain ski.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment