KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual 21 April (Selasa) depan, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, gangguan bekalan air sementara itu berikutan kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air di kawasan terbabit.
"Kawasan-kawasan yang terlibat ialah di:
- Putra Indah,
- Putra Bahagia,
- Putra Permai,
- Putra Mahkota, dan
- Bukit Lanchong, Shah Alam",
katanya dalam kenyataan media, di sini.
Manakala, kerja penukaran injap kekupu bersaiz 450mm di Bulatan Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur pula bermula pada 21 April (Selasa) dari jam 9.00 malam hingga 12.00 tengah hari keesokannya 22 April.
"Kawasan yang terlibat di Wilayah Kuala Lumpur ialah di
- Taman Cheras Utama,
- Taman Pandan Perdana,
- Taman Cheras Indah,
- Taman Maju Jaya,
- Taman Pandan Indah,
- Taman Kencana,
- Taman Pandan Indah Komersial dan
- Jalan Pandan Cahaya".
Katanya, pengguna yang memerlukan maklumat berhubung kerja-kerja berjadual boleh mengakses aplikasi sistem my-Syabas yang boleh dimuat turun melalui Google Playstore dan Appstore serta di laman web rasmi Syabas di www.syabas.com.my atau melayari laman Facebook, Twitter Syabas dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment