KATHMANDU - NEPAL. Angka kematian akibat gempa bumi di Nepal terus meningkat kepada lebih 3,000 orang manakala 6,500 yang lain dilaporkan cedera.
Ketua Agensi Pengurusan Bencana Nepal, Rameshwor Dangal berkata, 3,218 orang maut, 6,500 orang cedera manakala berpuluh yang lain di negara jiran seperti China dan India turut tercedera.
Gempa bumi itu turut menyebabkan runtuhan besar-besaran berhampiran kem 1 dan 2 Gunung Everest
Pusat Kaji Ukur Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi itu berlaku pada 11.56 pagi (2.56 petang waktu Malaysia), kelmarin.
Gempa bumi itu mengakibatkan kemusnahan besar-besaran harta benda dan juga merosakkan banyak mercu tanda bersejarah termasuk tapak warisan diiktiraf Unesco seperti Menara Dharahara Tower dan Dataran Durbar.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment