LEDANG - Hasrat lima murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sengkang untuk menyertai pertandingan bola tampar tidak kesampaian apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan di Batu 18 Jakan Bukit Gambir - Sengkang, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mengakibatkan tiga murid iaitu Nur Shafiqah Nor Azman, 12, patah kaki kiri; Siti Nurul Shafiqah Kasim ,12, patah tulang rahang, cedera pada muka dan mulut, manakala Afiq Zahran Zamri, 10, luka pada mulut dan hidung.
![]() |
Keadaan kereta guru SK Sengkang selepas terbabit kemalangan di Batu 18 Jalan Bukit Gambir-Sengkang, semalam. |
Menurutnya, dua murid lain iaitu Ikhwan Khusairi Fazlin dan Mohd Shahril Kasim yang masing-masing berusia 11 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tangkak.
“Ketika kejadian kesemua murid terbabit dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Abdullah dekat Sungai Mati, di sini untuk menyertai pertandingan Bola Tampar yang diadakan di sekolah berkenaan.
“Setibanya di tempat kejadian, Perodua Alza yang dipandu guru lelaki dari arah Sengkang menghala Bukit Gambir tidak sempat mengelak lalu merempuh sebuah lori dua tan yang tiba-tiba terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melintang di tengah jalan,” katanya.
Beliau berkata, pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dipercayai telah membuat laporan di balai polis berhampiran.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment