Wednesday, 8 April 2015

1MDB tak muflis

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini menafikan syarikat pelaburan strategiknya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah muflis.
   
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu tidak seharusnya timbul kerana syarikat berkenaan telah berjaya melunaskan hutangnya sebanyak RM2 bilion kepada dua institusi kewangan pada 13 Febuari lepas.   

"1MDB telahpun melunaskan hutang sebanyak RM2 bilion dengan Maybank dan RHB pada 13 Februari 2015 mengikut syarat-syarat perjanjian pinjaman.   

"Sedemikian itu tidak timbul isu 1MDB sudah muflis," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, dalam satu jawapan bertulis kepada Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) di Dewan Rakyat di sini.   

Chuan Aun meminta Menteri Kewangan menjelaskan sama ada 1MDB sebenarnya sudah muflis kerana tidak berupaya membayar balik mengikut jadual berkontrak bagi pinjamannya sebanyak RM2 bilion daripada Maybank. -

Sinar Harian