Thursday, 26 March 2015

Sekitar majlis perkahwinan Najwa Tan Sri Muhyiddin Yassin

Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Noorainee Abd Rahman, Najwa, 28, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Idris Koh Keng Hui, 29, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Sri Satria, di sini, pagi tadi.


Idris Koh Keng Hui, 29, menyarungkan cincin kepada Najwa, 28.

Menurut kenyataan pejabat Timbalan Perdana Menteri, mereka dinikahkan oleh Muhyiddin di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat dan Khatib Dr Sirajuddin Suhaimee pada 11.40 pagi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menikahkan sendiri anak perempuannya
Muhyiddin turut memuat naik gambar majlis pernikahan itu di Facebooknya serta memberi nasihat kepada anak dan menantunya.

Pasangan Idris Koh Keng Hui, 29, dan Najwa, 28, bergambar bersama ibu bapa pengantin lelaki, Chiam Juat Wah dan Koh Lai Poo.

"Kepada Idris dan Najwa, selamat menempuh alam rumah tangga. Najwa, jadilah seorang isteri yang solehah, berilah ketaatan kepada suami, jagalah budi pekerti dan akhlak sebagai seorang isteri serta taatilah Allah sepanjang hidupmu," katanya.

Pengantin bergambar dengan kedua-dua belah ibu bapa
Kira-kira 300 tetamu menghadiri majlis pernikahan itu termasuk ibu dan bapa pengantin lelaki, Chiam Juat Wah dan Koh Lai Poo serta ahli keluarga pengantin kedua-dua pihak dan sahabat.

Hmetro