Tuesday, 24 March 2015

Helikopter terhempas atas rumah, 3 orang maut

Tiga orang terbunuh selepas sebuah helikopter Robinson R44 terhempas di atas sebuah rumah di sini.

Menurut pegawai bomba, nahas itu berlaku kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan kelmarin di Alamanda Street, kira-kira 2 kilometer dari Lapangan Terbang Eksekutif Orlando.

"Tiada penghuni ketika kejadian tersebut kerana semua penghuni berada di bahagian utama rumah tersebut", katanya dipetik Florida Today.

Mangsa yang maut ialah penumpang yang berada di dalam helikopter berkenaan dan nama mangsa masih belum didedahkan. Tiada mangsa lain yang cedera.

Sementera itu, memetik laporan Daily Mail, mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut ialah seorang ahli perniagaan, isterinya dan juga seorang rakan mereka.

Sinar Harian