Pembantu peribadi kepada pelakon dan pelawak Zizan Razak mengesahkan kereta Ferrari milik Zizan mengalami kemalangan di Putrajaya kelmarin.
Menurut Izwan Zailani, 25, kejadian tersebut berlaku apabila kereta yang dipandu Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 31, gagal dikawal dan melanggar pembahagi jalan sewaktu selebriti itu dalam perjalanan ke sebuah lokasi penggambaran drama sekitar Putrajaya.
![]() | |
Gambar kereta Ferrari kuning yang remuk dan menjadi viral di internet sejak kelmarin ini BUKAN milik Zizan. |
“Kereta jenis Ferrari F430 itu gagal dikawal dan akhirnya terlanggar pembahagi jalan.
“Bagaimanapun, kenderaan tersebut tidak rosak teruk, manakala Zizan tidak mengalami kecederaan.
“Buat masa ini, saya belum pasti sama ada Zizan mahu buat laporan polis atau tidak,” ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo
No comments:
Post a Comment