Tuesday, 24 March 2015

Adik Adam koma akibat kemalangan

Tasek Gelugor: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun koma selepas basikalnya berlanggar dengan sebuah van di Permatang Sungai Dua, di sini, 1 petang Khamis lalu.

Ketika kejadian, murid Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh itu, Adam Haris Mohd Hisham dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil bubur di masjid yang mengadakan majlis kenduri.

Anak kedua daripada empat beradik itu jatuh tertiarap dan diseret beberapa meter sehingga tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospitap Pulau Pinang (HPP).

Murid berkenaan parah termasuk patah dua tulang rusuk selain otaknya bengkak menyebabkan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.

Kemalangan yang menyebabkan Adam Haris koma itu menjadi viral di laman sosial sejak semalam dan ramai yang melahirkan simpati memandangkan bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Hmetro