PRESIDEN Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan sebagai penasihat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Menurutnya, beliau tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil.
"Saya ingin bekerjasama dengan sebuah organisasi yang telus, bersih, jujur dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.
"Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil. Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan saya sebagai penasihat FAM," katanya seperti dipetik dalam JOHOR Southern Tigers di sini hari ini.
Tunku Ismail berkata, beliau mengimpikan negara mempunyai badan pentadbir bola sepak yang dikendalikan oleh golongan berdedikasi, profesional dan berpengetahuan tentang bola sepak sekali gus bukannya ditadbir oleh pihak yang mempunyai kepentingan peribadi serta mengejar modal politik satu masa nanti.
"Saya mempunyai satu impian. Satu impian dan idea yang menjadi pegangan saya, dan ianya satu impian dan idea yang saya sanggup berkorban untuk mencapainya.
"Saya mengimpikan setiap pasukan dilayan secara adil. Hanyalah bola sepak, permainan yang indah, tiada politik," katanya.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment