Inisiatif kerajaan Malaysia sepanjang tahun 2014 berjaya merangsang pertumbuhan peluang pekerjaan, menurut sebuah laporan Indeks Pekerjaan Asia.
Berdasarkan laporan itu, suku ke-empat 2014, pusat membeli-belah baru dan kemasukan produk antarabangsa menyumbang 31 peratus kenaikan untuk perkerjaan berkaitan pengiklanan dan jual-beli.
Pengiklanan pekerjaan untuk pemasaran profesional berkembang sebanyak 55 peratus untuk mengikut kehendak syarikat dalam menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan jualan.
Bidang IT pula kekal sebagai antara bidang popular yang menyaksikan peningkatan sebanyak 75 peratus permintaan tenaga kerja.
Peranan Malaysia sebagai hub logistik di Asia Tenggara juga menyumbang sebanyak 33 peratus peluang pekerjaan dalam bidang berkaitan.
"Malaysia antara negara yang berkembang pesat dalam pemasaran di Asia Tenggara. Inisiatif oleh kerajaan Malaysia dan peningkatan operasi pemasaran terus menarik orang luar ke negara tersebut," kata Sally Raj, Pengarah Urusan Robert Walters Malaysia.
"2015 akan menjadi tahun yang menarik selepas ramai pihak mula mengambil berat mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan April nanti." tambah beliau.
Sinar Harian
No comments:
Post a comment