Sunday, 1 February 2015

Raja Saudi rombak Kabinet

Pemerintah baharu Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz al Saud, 79, merombak barisan Kabinet dan turut memecat Putera Bandar yang didakwa sebagai dalang utama serangan gas beracun di Syria daripada Majlis Keselamatan Kebangsaan.

Raja Salman


Rombakan besar-besaran yang menyaksikan pelantikan 31 menteri baharu itu dibuat seminggu selepas baginda mengambil alih takhta daripada Raja Abdullah yang mangkat pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, jawatan beberapa menteri daripada beberapa kementerian termasuk minyak, kewangan, dalam negeri, buruh dan pengangkutan masih dikekalkan.

Selain itu, Raja Salman turut membubarkan lebih 10 majlis dan jawatankuasa sedia ada serta menubuhkan dua badan utama untuk hal ehwal keselamatan dan ekonomi.  

Sinar Harian