Wednesday, 11 February 2015

Operasi hentian Bas Greenwood dihenti bermula Mac depan, semua penumpang perlu naik di TBS

Hentian Bas Greenwood, Gombak yang sebelum ini dijadikan hentian bas ekspres sementara akan dihentikan perkhidmatannya kepada pengguna dan pengendali bas selepas 8 Mac depan.
 
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataan hari ini berkata, pengendali bas ekspres ke pantai timur telah diarah memindahkan operasi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
 

"Orang awam yang mahu ke pantai timur dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bas ekspres di TBS bagi keselamatan, keselesaan dan kemudahan mereka.
   
"Penurunan dan pengambilan penumpang di Hentian Greenwood juga menyumbang kepada kesesakan jalan raya di kawasan itu dan menambahkan risiko keselamatan terhadap pengguna jalan raya serta penumpang," kata kenyataan terbabit.
   
SPAD juga menggalakkan orang ramai yang hendak ke pantai timur agar menggunakan perkhidmatan LRT dan KTM Komuter yang berintegrasi dengan TBS. 

Bernama