Sebanyak 502 syarikat dari 36 buah negara sudah mengesahkan penyertaan pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) dari 17 hingga 21 Mac ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia menyaksikan tambahan penyertaan 69 syarikat berbanding edisi sebelum 2013, dan menjadikan penyertaan terbesar dalam sejarah penganjuran acara itu.
"Tujuh puluh peratus daripada syarikat industri aeroangkasa dan maritim terbesar dunia dengan modal pasaran melebihi AS$500 bilion menyertai LIMA kali ini," katanya ketika menyampaikan Perutusan Menteri Pertahanan 2015 di sini Rabu.
Selain itu, tujuh negara telah mengesahkan penyertaan pada pertunjukan aerobatik, termasuk dari China.
Selain itu, beliau berkata, Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN akan diadakan sempena penganjuran LIMA kali ini.
"Insya-Allah, LIMA'15 bakal meletakkan satu standard baharu pameran pertahanan dan mampu melonjakkan kerancakan industri pertahanan global dan tempatan," katanya.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment