Sunday, 1 February 2015

Jackie Chan, Ustaz Kazim terima anugerah Datuk (5 foto)

Penceramah terkenal, Ustaz Kazim Elias dan bintang antarabangsa dan pelakon Hong Kong, Chan Song Kang atau Jackie Chan kini bergelar Datuk selepas menerima Panglima Mahkota Wilayah (PMW) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan, pagi tadi. 

Ustaz Kazim berselfie dengan Jackie Chan
Chan, 60, adalah antara 356 penerima darjah kebesaran bintang dan pingat sempena Hari Wilayah, hari ini.  


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan anugerah itu di Istana Negara di sini.
Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bermula sejak 2008 bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan, jasa serta khidmat cemerlang warga dalam Wilayah Persekutuan.