Friday, 27 February 2015

Helikopter tentera Iran terhempas


TEHRAN: Tiga orang maut apabila sebuah helikopter tentera Iran terhempas di utara Tehran semalam, lapor media.

"Maklumat yang diterima menunjukkan helikopter itu adalah milik tentera udara dan tiga kru yang berada di dalamnya terkorban," kata agensi berita Fars yang memetik Gabenor wilayah Shemiranat, Ezzatollah Khanmohammadi.

Katanya, nahas petang itu mungkin disebabkan ribut salji tebal yang melanda wilayah berkenaan sehingga ke Tehran.

Nahas berlaku di kawasan pergunungan Alborz, beberapa kilometer utara Tehran. - AFP

Bharian