Wednesday, 11 February 2015

Ditahan kerana mengajar agama tanpa tauliah

Seorang penceramah bebas ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), semasa sedang menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 300 orang di Masjid Putra Nilai, dekat sini, sekitar jam 9 malam kelmarin.

Menurut jurucakap Bahagian Penguatkuasa JHEAINS, penceramah, Ustaz Hanafi Hashin, 31, ditahan atas kesalahan mengajar agama tanpa pentauliahan di negeri ini.

Katanya, atas kesalahan tersebut, dia kemudiannya didakwa di Mahkamah Syariah, Sendayan, semalam pada jam 11 pagi.

Hanafi (kiri) semasa dibawa ke Mahkamah Syariah Sendayan, semalam.
“Dalam perbicaraan, penceramah tersebut kemudiannya mengaku bersalah, dan hakim syarie mengenakan hukuman denda RM1,500 terhadap beliau, atau tiga bulan penjara jika gagal membayar.

“Walau bagaimana pun, hukuman tersebut telah pun diselesaikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, pihak penguatkuasa turut menahan tiga lagi individu, termasuk jurukamera program tersebut, imam masjid dan juga penganjur program berkenaan, untuk bantu siasatan.

Sinar Harian