Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bulan depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, keputusan itu diambil atas beberapa sebab termasuk untuk memberi keutamaan kepada urusan bantuan pasca banjir kepada mangsa dan usaha kepada perpaduan ummah.
"Pada PRK Parlimen Gelugor kita tidak meletakkan calon, jadi tak semestinya mesti letak calon...kita lihat juga pada keadaan dan situasinya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini, sebentar tadi.
Najib yang juga Presiden UMNO, keputusan itu juga dibuat selepas mengambil maklum pandangan daripada UMNO di negeri dan bahagian terbabit.
"Bagaimanapun kita tidak boleh menghalang mana-mana individu jika mereka mahu menawarkan diri bertanding pada PRK berkenaan," katanya.
Mengenai PRK Parlimen Permatang Pauh, Najib berkata ia belum dapat diputuskan kerana keluarga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah mengemukakan petisyen Pengampunan Diraja.
Katamya, sama ada berlaku kekosongan kerusi Parlimen itu dan pilihan raya kecil perlu diadakan perlu diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Kita tunggu ikut pada tafsiran Perlembagaan oleh SPR, jika sudah diputuskan, MT akan bermesyuarat untuk tentukan keputusan," katanya.
Bharian
No comments:
Post a Comment