Friday, 27 February 2015

Balai polis RM20 juta bakal dibina di Beladin

BELADIN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukkan RM20 juta untuk membina sebuah balai polis di sini.

Beliau berkata, tender untuk pembinaan Balai Polis Beladin itu akan dibuka September ini.

"Balai polis ini perlu dibina bagi meningkatkan lagi keselamatan di kawasan ini.
Datuk Seri Najib Razak merasmikan pembinaan Dewan Masyarakat Beladin yang bernilai 3.6 juta hari ini

"Saya mendengar keluhan rakyat di Beladin ini yang amat mengharapkan sebuah balai dibina," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis pecah tanah pembinaan Dewan Masyarakat Beladin di sini, hari ini.

Dewan bernilai RM3.6 juta itu dijanjikan Najib ketika melawat Beladin pada Februari 2013.

Bharian