Thursday, 22 January 2015

Terkini kesihatan Tuan Guru

 Kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Nik Mat semakin baik walaupun belum pulih sepenuhnya.

Nik Mohamad Abduh berkata, keadaan kini bertambah baik berbanding semalam selepas tiga hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

"Kanser prostat tahap empat yang sedang ayahanda alami tidak jejas fungsi badan yang lain apabila dia lulus ujian yang dilakukan doktor.

"Hari ini lebih baik, sedar untuk solat subuh seperti biasa malah lebih ceria. Ayahanda juga teringin untuk makan nasi air dan pihak HUSM tunaikan," katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar Wad 2 Delima, hari ini.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, buat masa sekarang doktor juga tidak membenarkan orang ramai untuk melawat secara dekat bimbang mendatangkan kesan.

"Bimbang dengan jangkitan lain doktor hanya membenarkan pelawat melihat dari luar cermin bilik sahaja.

"Semalam memang datang melawat, malah ayahanda juga ada batuk-batuk sikit," katanya.

Tambahnya, buat masa sekarang bapanya akan terus dirawat di ICU kerana tahap kesihatannya masih dalam pengawasan.

Nik Abduh berkata, doktor juga cuba mengawal kanser yang dihadapi bapanya sejak lima tahun lalu selain pernah menjalani kimoterapi.

"Alhamdulillah rawatan doktor untuk kanser nampak berkesan. Cuma kita harap kesihatan akan kembali pulih seperti biasa," katanya.

Sinar Harian