Monday, 19 January 2015

Cuaca sejuk pula melanda Kuala Krai

Selepas dilanda banjir besar bulan lepas, jajahan Kuala Krai hari ini mencatat suhu kedua paling sejuk di negara ini selepas Cameron Highlands.
 
Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi, http://www.met.gov.my, Kuala Krai mencatat suhu minimum 19.4 darjah celsius dan maksimum 30.5 darjah celsius.

Suhu terendah jajahan itu kali pertama pada Januari tahun lepas.

Kuala Krai pasca banjir (foto: Ustaz Azhar Idrus)
 
Suhu di Cameron Highlands hari ini pula minimum 12.5 darjah celsius manakala maksimum 22.8 darjah celsius, menurut laman sesawang itu.
 
Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya tidak menolak kemungkinan fenomena cuaca sejuk yang pernah berlaku pada tahun lepas boleh berulang.
 
"Udara sejuk dari pergunungan Himalaya dan Siberia ketika musim sejuk di Hemisfera Utara merupakan penyebab utama kejadian suhu sejuk ekstrem berlaku di utara dan pantai timur Semenanjung pada Januari tahun lepas.

"Kehadiran udara sejuk yang mendap menyebabkan keadaan kurang pembentukan awan, berikutan ini suhu lebih sejuk pada waktu malam sehingga mencatat suhu serendah 17.2 darjah celsius seperti berlaku tahun lepas di Kuala Krai," menurut kenyataan itu.
 
Kenyataan itu menyebut bagaimanapun fenomena berskala global seperti ini sukar diramal memandangkan banyak faktor lain yang mempengaruhi fenomena suhu sejuk ekstrem ini.
 
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui:


Bernama