Kurang dua minggu sahaja lagi masa yang tinggal buat 173,985 peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum nama mereka tersenarai di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN, Mastura Mohd Khalid berkata, tindakan itu akan mula berkuat kuasa pada Januari 2015.
Friday, 19 December 2014
Panggilan akhir buat peminjam PTPTN
Perhatian warga Petaling & KL, simpan air secukupnya, ada gangguan bekalan air minggu depan
Sebanyak 18 kawasan sekitar Petaling dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air Selasa ini, kerana kerja-kerja penggantian injap.
Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di sini hari ini, lapan kawasan di Petaling akan mengalami gangguan bekalan air bermula 10 pagi hingga 7 malam kerana kerja penggantian injap kekupu di Kolam Menara Tasik Prima Puchong.
- Tasik Prima 1 hingga 4;
- Puchong Utama 7;
- Prima Biz Hub;
- Lake Belva dan
- Pangsapuri Seri Pelangi.
- Hospital Pantai, Cheras;
- Masjid Pandan Indah;
- Taman Cheras Utama;
- Pandan Perdana;
- Pandan Komersial;
- Pandan Indah;
- Cheras Indah;
- Jalan Pandan Utama;
- Taman Maju Jaya dan
- Pandan Mewah.
Pengecualian cukai GST hospital swasta: rayuan ditolak!
Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) gembira apabila Kementerian Kesihatan faham bagaimana kos perkhidmatan swasta akan meningkat apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada April nanti.
Presidennya Dato’ Dr Jacob Thomas berkata ia adalah satu langkah positif daripada kerajaan memandangkan sektor swasta akan lebih banyak mengambil bahagian untuk bekerjasama dengan kerajaan pada masa hadapan.
Penyamun tetak pesara guru
Seorang pesara guru cedera di tangan dan kepala apabila ditetak seorang penyamun dalam kejadian di Kampung Parit Yaani Tengah di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa, Mohd Fadhil Sayuti, 73, pada mulanya cuba membantu isterinya, Zainab Tarmidi, 59, yang ternampak kelibat seorang lelaki bertopeng di belakang rumah mereka.
Harian Metro
'Jangan sebar dokumen kerajaan di laman sosial'
Penjawat awam di negara ini diingatkan tidak menyebarkan sebarang maklumat serta dokumen berkenaan kerajaan di laman sosial bagi menjamin keselamatan negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Harga baharu petrol akan diumumkan
Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Ahmad Maslan berkata kadar itu belum dapat diumumkan pada masa ini memandangkan kerajaan masih mengkajinya.

Bagi menangani isu berkenaan, kerajaan mengenal pasti 10 syarikat yang mendominasi 80 peratus pasaran barangan keperluan di Malaysia, untuk berbincang menurunkan harga barangan, katanya.
Astroawani
Sayu! Seorang bayi perempuan dihanyutkan arus deras selepas terjatuh daripada dukungan ibunya
Seorang pemuda penghidap penyakit sawan menjadi korban pertama banjir di Kelantan.
Manakala seorang bayi perempuan berusia setahun lapan bulan dikhuatiri mati lemas dalam dua kejadian berasingan di Kampung Pertang, Kuala Krai dan Kampung Lepa Limbat di Kota Bharu.
Astroawani
Kilang mi di meletup, 3 maut
Sandakan: "Beberapa minit sebelum itu saya bersama mereka yang mengadu suhu mesin pendandang terlalu tinggi. Selepas suhu mesin kembali normal, saya ke bahagian bersebelahan yang dipisahkan dinding batu sebelum berlaku letupan amat kuat."
Demikian penyelia kilang memproses mi, Murni Abdullah, 30, menceritakan mengenai kejadian letupan mesin pendandang di kilang terletak di Jalan Chong Hua Batu 8 1/2, di sini, semalam, menyebabkan tiga pekerja terbunuh.