Thursday, 18 December 2014

Senarai perkhidmatan tren KTM Intercity yang terjejas ekoran banjir di Pantai Timur

Beberapa perkhidmatan tren KTM Intercity di laluan Pantai Timur terjejas hari ini ekoran banjir.

Keretapi Tanah Melayu (KTM) Bhd dalam kenyataan hari ini berkata perkhidmatan tren No.72 Shuttle Gua Musang-Tumpat juga dibatalkan akibat bencana alam itu.

Justeru itu, para penumpang boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perjalanan yang dibatalkan ataupun menukar semula tarikh perjalanan.

Landasan terbabit dengan gangguan itu ialah di KM490 hingga KM493 iaitu antara Tanah Merah ke Pasir Mas, Kelantan yang dinaiki air pada 4 pagi tadi.

Perkhidmatan tren yang terjejas ialah: 
  • Tren No 70 Shuttle Gua Musang-Tumpat, 
  • Tren No 71 Shuttle Tumpat-Gua Musang, 
  • Tren No 73 Shuttle Tumpat-Gua Musang,  
  • Tren No 26 Ekspres Senandung Timuran (Woodlands-Tumpat), 
  • Tren No 27 Ekspres Senandung Timuran (Tumpat-Woodlands), 
  • Tren No 28 Ekspres Wau (Kuala Lumpur Sentral-Tumpat) dan 
  • Tren No 29 Ekspres Wau (Tumpat-Kuala Lumpur Sentral).

Kesemua tren terlibat akan berhenti di stesen berhampiran yang tidak terlibat dengan banjir.

Orang ramai boleh mendapatkan keterangan lanjut daripada bahagian khidmat pelanggan KTM Bhd di talian 1-300-88-5862. 

Bernama

Baca lagi >>

Gambar sekitar banjir di Terengganu, mangsa banjir meningkat

Mangsa banjir di Terengganu yang dipindahkan meningkat kepada 4,581 orang petang ini daripada 4,023 tengah hari tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, statistik menunjukkan jumlah perpindahan di setiap daerah terbabit meningkat terutamanya di kawasan pedalaman Terengganu.

Mangsa banjir di daerah Hulu Terengganu adalah yang paling ramai, iaitu 1,746 orang yang ditempatkan di 33 pusat pemindahan mengatasi daerah-daerah lain.

Di Besut 1,123 mangsa kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan, sementara 10 pusat pemindahan dibuka di Dungun menempatkan 478 mangsa.

Di Kemaman 957 mangsa ditempatkan di 20 pusat pemindahan, sementara di Setiu pula 277 mangsa ditempatkan di lapan pusat pemindahan.

Banjir di daerah Kuala Terengganu dan Marang telah pulih sepenuhnya dan semua pusat pemindahan di daerah berkenaan telah ditutup.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hashim Abd. Jalil berkata lebih 200 pegawai dan anggota polis telah digerakkan untuk membantu mangsa terjejas banjir di enam daerah di negeri itu.

Katanya enam daerah itu ialah Kemaman, Hulu Terengganu, Besut, Setiu, Dungun dan Kuala Terengganu.

"Kita mempunyai pasukan sokongan dalam menghadapi banjir sekiranya ia bertambah buruk kelak," katanya pada  sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini. - Bernama

Lagi gambar banjir yang tersebar di aplikasi Whatsapp dan FB Info Banjir Terengganu (kredit kepada pemilik foto)

Pihak bomba membantu memindahkan warga emas

Kg Kua Ajil

Kg Tasik

Bandar Jerteh

B tu 24 Kuala Berang

Depan Bank Rakyat Kerteh

Sek. Keb. Pasir Akar

Kg Kuala Ping

Kg Pengkalan Ajal Ajil

Kuaters Guru Sekolah Durian Mas 1

Masjid Terapung Hadhari, Jerteh.

Baca lagi >>

Video Final Piala AFF Suzuki 2014 (pusingan pertama)



 Thailand 2 - Malaysia 0

Baca lagi >>

Gambar sekitar banjir di Kelantan, mangsa banjir terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 3,283 mangsa sehingga 12 tengah malam.

Menurut portal eBanjir Kelantan, semua mangsa di enam jajahan di negeri ini kini ditempatkan di 40 pusat pemindahan banjir.
Pasir Puteh
Berdasarkan rekod jajahan Tanah Merah merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 963 mangsa diikuti Jeli (927), Pasir Mas (545), Kuala Krai (499), Pasir Puteh (365) dan Machang (39).

Keseluruhan 259 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Sementara itu, empat laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu di KM12, Jalan Chiku-Aring, Gua Musang, KM4 Jalan Sungai Durian/ Chenulang, Kuala Krai danKM2 Jalan Bukit Sireh/Kg Bedal/ Kuala Nal, Kuala Krai, KM7 Jalan Kg Pek-Paloh Rawa, Machang.

Lagi gambar banjir yang tersebar di aplikasi Whatsapp dan FB Info Banjir Kelantan (kredit kepada pemilik foto)
Depan Balai Islam Lundang

Ciku

Depan KKTM Lubok Jong

Depan KKTM Lubok Jong

Tambatan D'Raja Kota Bharu

Kastam Rantau Panjang

Kuala Krai

Tambatan D'Raja Kota Bharu


UiTM Machang

Maybank Lundang

Rantau Panjang


Jalan Jeli ke Kuala Balah tidak boleh dilalui.

Kuala Krai

Baca lagi >>

Kenapa perlu memohon sijil halal JAKIM

Kekangan kewangan dialami usahawan terutama Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan punca mereka gagal memohon sijil halal untuk memasarkan produk.

Pengarah Urusan Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ), Zamri Norani berkata, berdasarkan peratusan secara purata, hanya 30 peratus usahawan Bumiputera di negara ini memiliki sijil halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), manakala selebihnya dikuasai usahawan bukan Bumiputera.

“Mereka sebenarnya sedar akan kepentingan mengeluarkan produk halal di pasaran tetapi disebabkan kekangan tersebut menyebabkan ‘orang kita’ berkira untuk mengeluarkan modal bagi memiliki sijil halal.

“Sebaliknya, dalam kalangan usahawan bukan Bumiputera yang memang menyasarkan pembeli dalam kalangan Muslim dan perlu untuk mereka memiliki sijil halal bagi memasarkan produk,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata, usahawan seharusnya tidak hanya memikirkan produk mereka berlegar di pasaran tempatan sahaja, sebaliknya sehingga ke pasaran antarabangsa.

“Dengan memiliki sijil halal, ia memberi keyakinan lebih tinggi kepada pembeli di atas produk dikeluarkan," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Program Halal Negeri Sembilan 2014 - Pematuhan dan Insentif Dalam Perniagaan, di Fakulti Pengajian Quran & Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di sini, semalam.

Sementara itu, Zamri berkata, pihaknya sedia menjadi jambatan dengan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk menyalurkan maklumat  berkaitan hal ehwal pengurusan industri halal di Malaysia.

“Ini adalah bagi meningkatkan kefahaman, keperluan dan kepentingan standard, penguatkuasaan dan pematuhan sijil halal selain mengenal pasti hala tuju industri halal daripada beberapa perspektif, pendekatan dan startegi badan-badan yang berkepentingan,” katanya.

Seramai 290 peserta terdiri dalam kalangan usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia, kakitangan Risda, industri dan pelajar Usim terlibat dalam program berkenaan.

Pada program itu, turut menyaksikan penyerahan zakat perniagaan sebanyak RM92,866 oleh Syarikat QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS).

Sinar Harian

Baca lagi >>

Awas peniaga online! Anda wajib lakukan ini

Peniaga dalam talian atau online, termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram, diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, perkara itu bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga.

"Melalui Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna 2012, peniaga online juga diwajibkan untuk memaparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, alamat e-mel dan nombor telefon di laman web, Facebook atau Instagram mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 pada persidangan itu, di sini.

Perkara itu dibangkitkan Senator Shahanim Mohamad Yusoff yang ingin tahu antara langkah kementerian untuk melindungi pengguna dalam urus niaga secara dalam talian pada sesi perbahasan rang undang-undang berkenaan.

Persidangan dewan kemudiannya meluluskan pindaan rang undang-undang berkenaan yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan pencegahan kegiatan penyelewengan barang kawalan dan subsidi.

Terdahulu, Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 turut diluluskan.  Persidangan dewan bersambung esok.

Bernama

Baca lagi >>