Tuesday, 16 December 2014

Esok hari terakhir jualan tiket online final kedua Piala AFF


Penjualan tiket secara dalam talian untuk perlawanan final kedua Piala AFF tetap diteruskan sehingga esok meskipun peruntukan sebanyak 20,000 tiket sudah habis terjual.


Pengerusi Jawankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S Sivasundram pada sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi berkata, sehingga petang ini sebanyak 27,000 tiket sudah terjual sejak ia mula dijual Ahad lalu dan akan terus dibuka sehingga jam enam petang esok.

Katanya, tiada jumlah maksimum untuk jualan tiket dalam talian meskipun FAM sebelum ini membuat ketetapan untuk hanya menjual sehingga 20,000 tiket.

Untuk itu, mereka yang masih berminat untuk menyaksikan perlawanan final membabitkan Malaysia dan Thailand masih boleh membeli tiket menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Harian Metro

Baca lagi >>

Putri Mardiana bohong, suami masih belum lafaz cerai - Isteri

Isteri kepada lelaki yang ditangkap khalwat dengan pelakon Putri Mardiana pada awal pagi Ahad lepas mendedahkan dia dan suami masih belum bercerai.

Wanita tersebut telah meninggalkan komen di laman sosial Facebook salah seorang kenalannya dengan memberitahu tentang status terkini kes perbicaraan mahkamah dia dan suami.


Norhasni Md Hashim menulis bahawa dia dan suami, yang dikenali sebagai 'Ejump' masih suami isteri kerana cerai masih belum dilafazkan.

Dia turut memberitahu Ejump tidak mahu melafazkan cerai dan perbicaraan masih berjalan, sekaligus menyangkal dakwaan Putri Mardiana kepada sebuah blog hiburan yang menyatakan kes teman lelakinya dengan isteri sudah selesai.

Selain itu, Norhasni turut membidas kenyataan Putri Mardiana bahawa Ejump masuk ke dalam rumahnya hanya untuk meminum air sebagai sesuatu yang tidak berasas kerana masa yang diambil agak panjang.

Berikut kenyataan yang ditulis isteri teman lelaki Putri Mardiana: "Sorry yer sehingga saat ini ejump belum lafaz cerai dan tidak mahu lafaz cerai…kes masih berjalan…saman no: 1****-0**-0*** tahun 2014…so statement sudah diceraikan…masuk tuk minum air berjam-jam, huhuhuhu please la laaa logic la skit…."

Terdahulu, Putri Mardiana telah mengeluarkan kenyataan kepada sebuah blog hiburan dengan menyatakan Ejump sudah melafazkan cerai terhadap isterinya pada perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin.

Malah pelakon itu tidak segan-silu mengaku hubungan cintanya dengan lelaki berstatus suami orang itu turut direstui keluarga.

Putri Mardiana juga mendedahkan sudah merancang untuk berkahwin dengan Ejump pada tahun hadapan.

Astro Awani

Baca lagi >>

Lama betul masa yang diambil untuk siapkan penyapu sabut, harga pula tersangat murah

BACHOK - Selepas berpuluh tahun mengabdikan diri sebagai pembuat penyapu tradisional daripada sabut kelapa, kini tiada lagi generasi baharu yang ingin mewarisi kemahiran itu.

Ibrahim Yaakob, 70-an, satu- satunya warga emas yang mewarisi kemahiran membuat penyapu sabut yang suatu ketika dahulu digunakan masyarakat setempat sebelum adanya penyapu plastik dan pelbagai medium lain.

Ibrahim mempelajari kemahiran itu daripada penduduk tempatan yang lebih veteran daripadanya sejak 1981.

“Sekarang pakcik semakin uzur, kesihatan selalu bermasalah dan buat penyapu ikut kudrat yang ada sahaja.

“Walaupun permintaan banyak dari Kelantan dan luar negeri ini, sehingga ke Kuantan dan Pulau Redang tetapi kudrat tua pakcik tidak berdaya untuk memenuhi semua permintaan tersebut.

“Pagi ini ada yang datang tempah 20 batang penyapu tetapi belum sempat dibuat sebab pakcik tak sihat sangat beberapa hari ni,” katanya yang mampu menyiapkan empat hingga lima batang penyapu sehari.

Menurutnya, proses membuat penyapu sabut agak rumit kerana sabut kelapa hijau perlu direndam dalam sungai berdekatan selama setahun.

Katanya, jika sabut yang direndam hanya lima atau enam bulan sahaja, ia tidak cukup lembut untuk diuraikan dan tidak menyerap air.

"Bahan tersebut perlu ditutup dengan kayu dan daun kelapa sebelum ia sesuai dijadikan asas penyapu," katanya.

Ibrahim berkata, batang penyapu pula dibuat daripada buluh yang dibeli khas dan pengikatnya pula menggunakan tali.

“Kini bekalan sabut semakin sukar diperoleh sebab ramai pengusaha kelapa jual sabut kepada pengusaha buat tilam.

“Kalau ada pun pakcik kena beli. Buat penyapu bukan banyak untung, cukup makan sahaja. Sebatang penyapu dijual dengan harga RM4 sahaja,” katanya.

Sekali sekala Ibrahim dapat dilihat menjual sendiri penyapu buatannya di pasar tani Bachok setiap pagi Sabtu.

Ibrahim berkata, sebelum ini jirannya juga pernah membuat penyapu sabut tetapi kini yang tinggal hanya dia seorang sahaja di situ yang mengusahakannya sebagai pendapatan untuk menyara hidup.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Kisah disebalik kehilangan anak Pencetus Ummah (PU) Yeop

"Ketika kami sampai di R&R itu, dia mengadu sakit perut dan nak berhenti buang air, maka saya pun berhenti. Selepas dia keluar dari kereta ke tandas, entah macam mana tidak lama selepas itu, saya terlupa hal dia yang belum masuk kereta dan teruskan perjalanan.

Mungkin kerana terlalu memikir selepas itu saya ada ceramah di Kuala Kangsar," kata pendakwah PU Yeop mengimbas insiden beliau tertinggal anaknya, Muhammad Iskandar Zulqarnain, 8,  di sebuah stesen minyak di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Lebuh Raya Utara Selatan di Gurun, Kedah, Ahad lalu.

PU Yeop atau nama sebenarnya, Mohd Zainudin Mohamed Zaini berkata, hanya setelah sampai di rumahnya di Simpang, Taiping, baru dia tersedar seorang daripada enam anaknya yang bersama dalam perjalanan dari Perlis sebelum itu, tidak ada.

"Tiba-tiba saya teringat, saya turunkan dia di stesen minyak R&R Gurun kira-kira dua jam sebelum itu. Sampai di rumah, baru saya tersedar anak saya tak cukup seorang. Nak patah balik (ke Gurun)... dalam tempoh dua jam itu, macam-macam boleh jadi. Cemas memanglah cemas tapi saya tak boleh ikutkan perasaan. Mahu tak mahu saya kata kepada isteri, kita kena bertenang. Kita usaha elok-elok. Kalau kelam kabut, apa pun tak jadi.

"Sebagai bapa, siapa tidak sayangkan anak, darah daging sendiri? Tapi kalau saya sendiri buat kelam kabut, tidak bertenang, emaknya lebih lagi.

Tambahan pula, saya ada ceramah yang nak kena pergi di Kuala Kangsar. Saya tak boleh tak pergi, habis majlis orang yang sudah buat persiapan. Sebab itu, saya tak boleh nak berpatah balik ke Gurun walaupun anak sendiri hilang," katanya.

Dalam keadaan itu, bagi Yeop apa yang paling penting ialah betul-betul berserah kepada ALLAH untuk lindungi anaknya itu.

"Saya tidaklah berserah saja, saya telefon polis, saya juga telefon tanya Plus, minta tolong cari anak saya. Saya kira lepas selesai ceramah di Kuala Kangsar itu, baru saya akan putuskan apa yang saya sendiri akan buat," katanya.

Mengimbas perjalanan dalam tempoh selama dua jam dari Gurun ke Taiping, Yeop berkata, dia sendiri tidak habis fikir macam mana dia sendiri, isterinya dan anak-anaknya yang lain boleh terlupa Muhammad Iskandar Zulqarnain tidak masuk kereta ketika mereka meneruskan perjalanan.

"Ini ujian ALLAH untuk saya dan keluarga," katanya.

Sedar dirinya dalam ujian, bagi Yeop itulah peringatan untuk beliau dan keluarganya bersikap tenang hadapi keadaan itu," katanya.

Penyerahan dan doa Yeop ternyata dimakbulkan ALLAH. Habis ceramah, beliau pulang ke rumah. Tidak lama kemudian, Muhammad Iskandar Zulqarnain sudah ada di depan pintu rumah.

"Rupa-rupanya ada orang yang baik hati jumpa dia di stesen minyak itu. Keluarga itu dari Changlun, Kedah dalam perjalanan ke Bagan Serai ke rumah kenduri saudara mereka," katanya.
PU Yeop (kanan) dan Muhammad Iskandar (baju merah) bersama keluarga yang membawa anaknya pulang.
Mengulas apa yang berlaku kepada anaknya, Yeop mengakui, punca kejadian itu kerana kecuaian beliau sendiri.

"Orang boleh kata apa saja kepada saya, dan bagi saya, ALLAH menguji saya. Ini jadi peringatan untuk diri saya sendiri. Kita masing-masing kena beringat selalu, tak boleh leka macam saya.

Paling penting, macam mana kita kendalikan diri, keadaan sekeliling, anggota keluarga apabila berlaku kecemasan seperti itu supaya tidak bertambah cemas dan panik.

Sebaiknya maklumkan segera dengan pihak berkuasa, dengan kemudahan teknologi seperti WhatsApp dan Facebook sedikit sebanyak membantu kita,” katanya.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Tidur 30 minit produktiviti meningkat 30 peratus

SEBUAH kilang di Guangdong, China membenarkan pekerja mereka tidur di tempat kerja selama 30 minit setiap hari kerana mendakwa ia boleh meningkatkan produktiviti sebanyak 30 peratus.

Peraturan ini merupakan sebahagian daripada pembaharuan baharu yang dilaksanakan pihak kilang sejak beberapa tahun lalu supaya pekerja lebih produktif.

Difahamkan, peraturan tidur di tempat kerja telah memberi banyak manfaat kepada pekerja dan kerajaan China kini gembira dengan peningkatan produktiviti pekerja yang diperoleh selepas mereka dibenarkan tidur seketika.

Bagaimanapun, sejak 2005, terdapat penambah baikan seperti kenaikan gaji, penyediaan asrama bagi pekerja yang ingin tidur berbaring dan dewan makan diubahsuai menjadi gelanggang pingpong serta tenis untuk mereka bersantai.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 1,673 pagi ini

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 1,673 orang dari 424 keluarga pagi ini berbanding 480 orang malam tadi.

Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu menyatakan sehingga 9 pagi ini, kesemua mangsa itu ditempatkan di 23 pusat pemindahan di enam daerah.
Foto: FB Info Banjir Terengganu
Setakat ini, hanya daerah Dungun belum dilanda banjir.

Marang mencatat mangsa pemindahan paling ramai iaitu seramai 646 orang daripada 163 keluarga diikuti Kemaman 519 orang (122 keluarga), Setiu 416 orang (114 keluarga).

Lain-lain daerah iaitu Besut 16 orang (tiga keluarga), Hulu Terengganu 54 orang (18 keluarga) dan Kuala Terengganu 22 orang (5 keluarga).

Sebanyak 23 pusat pemindahan termasuk masjid, balai raya, dewan sivik, rumah pegawai ladang, bangunan sekolah dan surau dibuka iaitu tiga di Marang, Kemaman (9), Setiu (7), Hulu Terengganu (2) dan masing-masing satu dibuka di Kuala Terengganu dan Besut.

Sementara itu, keadaan cuaca di bandar ini mendung dan hujan sekali sekala.

Astro Awani

Baca lagi >>

Lebih 50 gambar sekitar sambutan ulang tahun HAMAS yang ke-27

Kanak-kanak turut mahu berjihad

Allahu Akbar!

Demonstrasi operasi ketenteraan oleh Briged Al-Qassam

Demonstrasi operasi ketenteraan oleh Briged Al-Qassam

Demonstrasi operasi ketenteraan oleh Briged Al-Qassam

R160; Roket Rantisi, jarak tembakan boleh menjangkau sehingga 160km

Seorang ahli pasukan Squad Komando Amfibia mendukung seorang kanak-kanak kecil dalam perarakan

'Ababil', pesawat tanpa pemandu milik Al-Qassam

'Ababil', pesawat tanpa pemandu milik Al-Qassam

'Ababil', pesawat tanpa pemandu milik Al-Qassam

Antara ucapan Abu Ubaidah: 
"Wahai rakyat Israel, tanyalah kepada pemimpin kamu, ke mana hilangnya tentera-tentera kamu? Ke mana perginya mereka semua? Tanyalah mereka beberapa kali sehingga tersingkap hakikat yang sebenar hari demi hari. Sesungguhnya apa yang mereka sembunyikan daripada kamu itu lebih besar


Antara ucapan Abu Ubaidah:
"
Briged Al-Qassam telah mengharungi peperangan Al-Furqan (2009) dan Hijaratus Sijjil (2012) dan yang terbaru Asful Ma'kul (2014). Kami keluar daripada setiap peperangan itu dalam keadaan kami bertambah kuat dan kekuatan itu akan bertambah dari semasa ke semasa.
Kami tidak akan sesekali meletakkan senjata kami sehingga kami masuk ke dalam Masjidil Aqsa bersamanya."

Drone Ababil yang diterbangkan semasa Abu Ubaidah berucap

Drone Ababil yang diterbangkan semasa Abu Ubaidah berucap

Drone Ababil yang diterbangkan semasa Abu Ubaidah berucap

Pejuang berani mati

Briged Al-Qassam

Antara senjata yang dimiliki oleh Briged Al-Qassam

Pemimpin HAMAS Dr. Khalil Al-Hayyah

Pemimpin HAMAS Ismail Haniyeh

Pemimpin HAMAS Dr Khalid Al-Batash

Meneropong musuh

Antara senjata Al-Qassam

Skuad Amfibia Briged Al-Qassam

J-90, roket dengan jangkauan sejauh 90km

Tunggulah syahid atau menang...





Skuad 2 alam

Gagah berani

Perarakan Al-Qassam

Skuad Amfibia

Al-Qassam

Al-Qassam

Al-Qassam

Berapa km? Ia sangat menggerubkan musuh

Meneropong musuh

Gerun

Semoga Allah merahmati

Semoga memperoleh syahid

Israel! Mu tunggu kami serang

Segak

Pesawat tanpa pemandu

Bersedia untuk menggempur

Hujan rahmat

Anak-anak kecil pun bersemangat nak sertai perarakan

Menanti saat untuk dilancarkan

Al-Qassam yang digeruni musuh

Skuad amfibia

Bersedia  menyerang dari arah laut

Mati di jalan Allah cita tertinggi kami

Senjata yang menggerunkan Israel

Digeruni Israel

Bersedia menghancurkan Israel Laknatullah!

Antara senjata milik Al-Qassam

Sedari kecil sudah bercita-cita mahu syahid

Meriah

Briged Al-Qassam

Mengadu hanya padaNya

Persembahan oleh briged Al-Qassam

Persembahan oleh briged Al-Qassam

Solat di mana-mana sahaja, asal tempat itu bersih

Jom Menderma Secara Autodebit / Tetap Bersama Aman Palestin
http://tinyurl.com/amanpalestin

Baca lagi >>