Thursday, 11 December 2014

Piala AFF Suzuki 2014; Malaysia menewaskan Vietnam aggregat 5-4

Malaysia membuat Vietnam gigit jari selepas menang besar untuk gah layak ke final bola sepak Piala AFF Suzuki di Stadium My Dinh, malam ini.

Ketika tidak diberi peluang dengan tuan rumah menjadi pilihan dalam separuh akhir kedua, anak didik Dollah Salleh membuat kejutan untuk menang 4-2 dan layak dengan agregat 5-4.

Gol Harimau Malaya adalah sumbangan Safiq Rahim, m-4, Norsharul Idlan Talaha (m-16), jaringan sendiri oleh

Dinh Tien Thanh (m-29) dan Shukor Adan (m-43).

Vietnam merapatkan jurang dengan dua gol sumbangan Le Cong Vinh pada minit ke-22 dan 79.

Dalam perlawanan akhir timbal balik pada 17 Disember ini, Malaysia akan menentang Thailand yang sebelum ini menewaskan Filipina dengan agregat 3-0 di Bangkok, semalam.

SKUAD PEMAIN

MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Shukor Adan (kapten), Indra Putra Mahayuddin (Mo hamad Muslim Ahmad), Safiq Rahim, S Kunalan, Mohd Badhri Mohd Radzi (Baddrol Bakhtiar),Azamuddin Mohd Akil, Mohd Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha

VIETNAM: Tran Nguyen Manh, Le Phuoc Tu, Dinh Tien Thanh, Nguyen Van Bien,Ngo Hoang Thinh (Le Tan Tai), Le Cong Vinh (kapten), Nguyen Van Quyet, Que Ngoc Hai, Pham Thanh Luong, Vo Huy Toan (Mac Hong Quan), Nguyen Huy Hung

PENGADILl: Toma Masaaki (Jepun)
Berita Harian

Baca lagi >>

Aku pun nak dapat banyak!

Dua hari lepas ketika hendak membawa anak yatim dan ibu mereka membeli uniform sekolah, saya terpaksa meminta pertolongan seorang kawan, dia guru sekolah dalam penjara.

Dia membawa kereta ke rumah saya, tempat berkumpul. Ketika nak bertolak, saya minta dia membawa kereta Exora saya, tetapi dia menolak.

Katanya,"Jika aku bawa kereta hang, aku dapat sikit atas tenaga aku sahaja, tapi kalau aku guna kereta aku untuk bawa anak yatim ini, tentu aku dapat lebih banyak dari Allah."

Allahuakbar!! Berkira sungguh dia dengan ganjaran Allah.

Diceritakan untuk suntikan minda kepada anda semua, ketika orang lain mungkin berkira untung rugi dunia, mereka berkira banyak sedikitnya ganjaran Tuhan.

Nukilan: Cikgu Abd Ghani Haron 

Baca lagi >>

Buah pinggang rosak selepas makan produk turunkan berat badan ini

Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli atau memakan dua produk menurunkan berat badan haram yang diperoleh secara dalam talian, sehingga menyebabkan dua remaja dimasukkan ke hospital kerana mengalami halusinasi dan kegagalan buah pinggang yang teruk selepas menggunakannya.

Salah satu produk, 'Nutri Drops Grapefruit Diet' diuji oleh HSA mengandungi bahan kimia yang tidak diisytiharkan seperti sibutramine, benzyl sibutramine (sejenis sebatian berkaitan kimia daripada sibutramine) dan phenolphthalein, kata pihak berkuasa itu dalam kenyataan.

Sibutramine, sejenis ubat menurunkan berat badan diharamkan di Singapura sejak 2010 berikutan kebimbangan keselamatan yang serius terhadap pengguna.

Paras sibutramine yang dikesan dan ditemui adalah pada kuantiti yang tinggi dan boleh meningkatkan toksik dalam produk tersebut.

Produk kedua adalah 'Nutrex Research Adipodex' yang dipasarkan secara dalam talian sebagai makanan diet tambahan dan dilabel mengandungi yohimbine iaitu mengandungi ramuan perubatan barat yang tidak dibenarkan dijual dalam makanan tambahan yang dijual di negara ini.

Kedua-dua kes penyakit serius berkaitan dengan produk menurunkan berat badan yang menyalahi undang-undang itu, dilaporkan kepada HSA oleh mereka yang profesional dalam penjagaan kesihatan, baru-baru ini.

Seorang remaja mengalami halusinasi selepas memakan 'Nutri Drops Grapefruit Diet' lebih daripada sebulan untuk mengurangkan berat badan dan beliau telah dimasukkan ke hospital.

Seorang lagi individu berusia 20-an menggunakan 'Nutrex Research Adipodex' yang diiklankan untuk menurunkan berat badan dan mengalami kegagalan buah pinggang yang teruk menyebabkan beliau dimasukkan ke hospital.

Kedua-dua produk berkenaan dibeli secara dalam talian dan dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan.

'Nutri Drops Grapefruit Diet' dilabel mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti anggur, 'raspberry ketone', 'hawthorn berry', teh hijau dan delima tetapi dikesan mengandungi bahan-bahan yang diharamkan.
Bernama

Baca lagi >>

Azmin tiada dalam senarai penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor



Senarai penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang berlangsung hari ini:

Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (DK)

  1. Sultan Nazrin Shah


Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (DKII)

  1. Tengku Abdul Samad Shah (Tengku Panglima Besar Selangor)


Darjah Kelas Pertama – Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) 
membawa gelaran 'Datuk Seri':

  1. Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat)
  2. Tan Sri Shamsul Azhar Abbas (Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP)


Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) (Kelas Pertama)  membawa gelaran 'Datuk Setia':

  1. Tan Sri Ismee Ismail (Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji) 
Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) (Kelas Kedua)  membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita:

  1. Iskandar Abdul Samad (Pesuruhjaya PAS Selangor)
  2. Dr Ahmad Yunus Hairi.
  3. Datuk Ahmad Rasidi Hazizi (Duta Malaysia Di London)  
  4. Datuk Rustam Yahaya (Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Luar)
  5. Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki (Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat)
  6. Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohd Ramli (Panglima Armada merangkap Panglima Bantuan Markas Pemerintahan Armada Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) )
  7. Mejar Jeneral Datuk Shahrani Mohd Sany (Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat) 
  8. Datuk Mohamed Nazim Tun Abdul Razak (Pengarah Urusan NRY Architects Sdn Bhd )
  9. Prof Dr Mohd Azmi Mohd Lila (Profesor Pejabat Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) )
  10. Ahmad Zaharin Mohd Saad (Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS))
  11. Ir Abdul Ghani Hashim (Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) )

 
Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)(Kelas Kedua) membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita:

  1. Tengku Iskandar Shah Tengku Ismail Shah (Tengku Seri Andika Diraja)
  2.  Brig Jen Nazri Abu Bakar (Ketua Pengarah Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) )
  3. Brig Jen Jalaluddin Manan (Panglima Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, Sabah)
  4. Narander Singh a/l Chand Singh (Pengarah Jabatan Penjara Sungai Buloh Timbalan Komisioner Penjara)
  5. Ir Mohamad Dalib (Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan)
  6. Tan Sri Dr Ir GanThian Leong (Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Brunsfield International Group)
  7. Mohamad Lotfy Mohamad Noh (Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KWASA Land Sdn Bhd)
  8. Raja Idris Raja Kamarudin (Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad)
  9. Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat (kartunis)
  10. Dr Lee Eng Lam (Pakar Kanak-kanak Ramsay Pusat Perubatan Sime Darby) 
  11. Dr Dahlia Rosly (Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia)
  12. Ong Swee Leng (Pengarah Audit Jabatan Audit Negara)
  13. Mohamad Yasid Bidin (Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor)


Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS)

  1. Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail (Naib Presiden Yayasan Malaysia-Amerika yang juga kerabat Diraja Selangor)
  2. Tengku Datuk Yusof Tengku Zainal Karib Shah (Pengarah Apex Group of Companies)
  3. Slamat Yahya (Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam) 
  4. Muhammad Farhan Wijaya (Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah)
  5. Prof Dr Abdul Shukor Juraimi (Dekan Fakulti Pertanian UPM)
  6. Prof Dr Yoshihito Shirai (Felo Penyelidikan UPM)
  7. Dr Kamarruddin Asri (Pengarah Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia)
  8. Jaswant Singh a/l Jai Singh (Pengarah Eksekutif Bahagian EKO Pelaburan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) )
  9. Dr Rozita Halina Tun Hussein (Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan Kementerian Kesihatan)
  10. Mano a/l Verabathan (Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pengangkutan Malaysia)
  11. Siti Zaleha Ibrahim (Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor)
  12. Mohamed Izam Mohamed Yusof (Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor)
  13. Norzila Sidek (Pengurus Kanan Pembangunan Bisnes PKNS)
  14. Haron Mokhtar (pelukis '22 keping Karya Siri Menghadap Sultan Koleksi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor')
Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS)
14 penerima

Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS)
20 penerima, antaranya tiga atlet yang memenangi pingat emas Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan;

  1. Syakilla Salni Jefry Krisnan @ Krisnamurthy (karate)
  2. Ahmad Syukri Abdul Aziz (perahu layar)
  3. Mohamad Faizal Norizan (perahu layar)

Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS)
18 penerima

Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC)
7 penerima

Bernama

Baca lagi >>